Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Recap 2018 @ OtakIt.my

,
256 0

Tahun 2018 melabuhkan tirai. Lembaran 2019 bakal dihamparkan. Banyak perkara telah berlaku sepanjang 2018. Antara berita-berita terbesar adalah pergabungan Uber dengan Grab, menjadikan Grab syarikat ehailing terbesar di Asia Tenggara, dunia dikejutkan dengan perletakan jawatan Jack Ma, dan tahun 2018 adalah tahun pilihan raya di Malaysia mencipta sejarah baru di mana kerajaan baru telah wujud dan tampok pemerintahan diambil alih oleh Pakatan Harapan.

Seperti tahun lepas, artikel ini ditulis untuk melihat kembali berita, rencana dan temuramah menarik sepanjang 2018. Antara artikel-artikel yang mendapat banyak pembaca adalah artikel-artikel yang berbentuk temuramah bersama dengan CEO syarikat-syarikat permulaan yang banyak memberikan inspirasi dan pandangan mereka terhadap trend-trend yang sedang sohor kini.

Jom lihat kembali, artikel-artikel menarik yang telah dipaparkan pada laman OtakIt dari bulan Januari hingga Disember 2018.

Klik sini jika anda mahu baca Recap 2017 @ OtakIt

31 Skim Pembiayaan Untuk Sepak Mula Perniagaan Anda 2018

Artikel ini tertulis kerana tular diaplikasi Whatsapp, senarai badan atau institusi yang menyediakan pembiayaan untuk memulakan perniagaan. Ia antara artikel-artikel di OtakIt yang banyak menerima kunjungan trafik dari Google.

Komuniti Grafik Malaya Tawarkan 30 Logo Alternatif untuk Visit Malaysia 2020

Warga pereka grafik tidak berpuas hati dengan rekaan logo Visit Malaysia 2020. Akibatnya, komuniti grafik tersebut membalas dengan mula memuat naik rekaan yang lebih baik dengan logo rasmi.

Ahmad Fairiz Jaafar Tawar Khidmat Mengajar Mengaji Al-Quran Percuma Melalui Recite

Ini antara syarikat permulaan yang telah melebarkan sayapnya ke Indonesia. Membangunkan aplikasi yang menawar khidmat mengajar mengaji Al-Quran; Recite kini telah mendapatkan Ketua Pegawai Pemasaran yang juga seorang bekas penyanyi rap yang terkenal, Altimet

4 Naga Muda Bakal Menggegar Industri ICT Negara

4 Individu dibawah adalah ahli NEF yang banyak membantu membangunkan industri syarikat permulaan, malah syarikat mereka adalah antara syarikat permulaan yang telah melebarkan sayap ke peringkat Asia tenggara dan global. Tidak lama lagi, mereka berempat akan berkongsi pengalaman mereka dalam bentuk satu MasterClass, anjuran OtakIt.my.

Ini Caranya Bayar Cukai Pegangan (Witholding Tax) Perkhidmatan Facebook & Google

Artikel ini ditulis ketika bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ingin membawa cadangan kepada Kabinet supaya Google dan Facebook dikenakan cukai pada masa depan hasil cadangan daripada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif The Star Datuk Seri Wong Chun Waia sepertimana Facebook dan Google dikenakan cukai di Vietnam

“CPanel Pun Tak Tahu?” Realiti Pengetahuan Pensyarah IT & Sains Komputer Di Kolej & Universiti

cPanel adalah antara antaramuka pengurusan domain yang dikenali ramai. Dan, ia sepatutnya diketahui oleh pensyarah-pensyarah yang mengajar sains komputer. Walaubagaimanapun, seorang pensyarah luar yang memberikan ucapan di sebuah universiti awam mendapati, pensyarah fakulti sains tersebut, tidak sedar akan kewujudan antaramuka ini.

5 Implikasi Yang Mungkin Berlaku Jika MaGIC Cyberjaya Di Bubarkan

Sejak kerajaan baru mengambil alih, banyak perubahan telah dilakukan dari menamatkan kontrak kerja ambilan politik sehinggalah penukaran pengarah-pengarah jabatan dan desas-desus MaGIC Cyberjaya dibubarkan. Ramai usahawan yang pernah mendapat bantuan dan latihan dari MaGIC menunjukkan rasa kekesalan. Artikel ini ditulis untuk menjangka kesan-kesan yang mungkin berlaku jika MaGIC dibubarkan.

17 Ruang Ko-Kerja Untuk Badwi Digital

Memandangkan Malaysia telah masuk era perniagaan digital dan kini menuju IR 4.0, konsep kerja atau menyewa ruang pejabat bukan lagi menjadi faktor atau masalah utama memulakan sesebuah perniagaan teknologi. Kini ramai yang mula memilih ruang Ko-kerja sebagai tempat untuk aktiviti dan urusan operasi syarikat.

Rocket Lancar Untuk Kali Ke Enam – JomLaunch Versi “Kita-kita Aje” Acara WWDC, I/O & Build

Jom Launch adalah antara konvensyen yang ditunggu-tunggu oleh syarikat permulaan tempatan yang ingin showcase projek atau produk ciptaan mereka. Edisi kali ke enam ini menampilkan kelainan dan juga kejutan dimana sebuah band memainkan muzik Anime sebagai hiburan dan juga kemunculan remaja berbakat menunjukan hasil kerjanya.

Pos Malaysia Enggan Terlibat Nazroof Hakim Tubuhkan Billplz

Nazroof Hakim adalah antara individu penting dalam bidang fintech di Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif ini telah memperkenalkan perkhidmatan penerimaan pembayaran yang banyak digunakan oleh usahawan-usahawan tempatan disebabkan tawaran dan perkhidmatan yang dengan kadar yuran yang sangat rendah.

Jack Ma Letak Jawatan Tahun Depan

Dunia dikejutkan dengan pengumuman Jack Ma meletakkan jawatan setelah sekian lama memimpin syarikat Alibaba.

CEO Wahdah Muhammad Raden Anwar, “Terpedaya” Dengan Membeli Exora

Ini antara temuramah menarik yang dibuat oleh Otakit. Kisah bagaimana Ketua Pegawai Eksekutif Wahdah, Muhammad Raden Anwar berkongsi pengalamannya sebelum dan selepas mengimplimentasikan teknologi dalam perniagaannya.

Kebenaran Godaman Ke Atas Sistem Perbankan Internet CIMBClicks

Baru-baru ini, tular kononnya keselamatan sekuriti sistem perbankan Internet CIMB mudah untuk cerobohi. Pada hakikatnya, CIMBClicks sedang meningkat taraf dan memperkuatkan sekuriti kata laluan yang dulunya hanya membenarkan 8 aksara kepada lebih daripada 8.

Banyak lagi artikel-artikel menarik untuk di baca di OtakIt.my.

Sebelum mengakhiri tulisan ini untuk tahun 2018, terima kasih diucapkan kepada penulis-penulis yang telah menyumbang artikel untuk diterbitkan pada laman ini. Terima kasih kepada individu-individu yang telah memberikan kerjasama dan meluangkan masa untuk ditemuramah dan tidak lupa juga kepada anda, terima kasih kerana menjadi pembaca setia yang membaca setiap artikel yang diterbitkan, follow kami di laman Facebook, share dan likes artikel yang dikeluarkan.

Terima kasih.

Rammel Firdaus Ramli
Editor

P.s Saya akan lebih bekerja keras untuk hasilkan artikel yang menarik, InsyaAllah.

p.p.s Soalan Cliche… Apa azam baru anda tahun depan? 😀 😀

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.