Ingat tak logo dibawah ini?
Kini dah ada penggantinya.
Ya, ini adalah logo terbaru untuk “Visit Malaysia 2020” yang dilancarkan pada hari Jumaat di Forum ASEAN Tourism (ATF) 2018 di Chiang Mai Thailand.
Logo ini cantik… bagi mereka yang kurang faham mengenai grafik dan rekabentuk tetapi bagi komuniti-komuniti dan masyarakat yang faham prinsip dan konsep asas dalam mereka sesuatu logo yang memberik makna tersurat dan tersirat, logo ini mendatangkan kekecewaan.
Logo ini juga dianggap gagal memenuhi aspek-aspek rekabentuk dan keharmonian warna dimata seorang pereka grafik. Sehinggakan Grafik Malaya, sebuah kumpulan Facebook yang terdiri dari komuniti terbuka artis grafik tanah air mengambil inisiatif untuk menunjukkan hasil kretif masing-masing sebagai tanda luahan kekecewaan terhadap logo Rasmi Visit Malaysia 2020.
Dibawah ini 30 rekaan logo oleh ahli-ahli dari kumpulan Grafik Malaya.
Apa pendapat anda? Kongsikan diruang komen dibawah.
p.s Teringat lagu Kenali Malaysia nyanyian Arwah Sudirman Hj. Arshad
Be where your feet are. Whatever that means to all of you. KUDOS.
[…] Komuniti Grafik Malaya Tawarkan 30 Logo Alternatif untuk Visit Malaysia 2020 […]