Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

3 Ringkasan Fungsi WhatsApp Business Yang Boleh Bantu Ramai Usahawan Online

2.39K 0

Ada yang dah dapat mesej dari WhatsApp tuk pindah ke WhatsApp Business?

WhatsApp Business ada 3 feature utama yang sangat-sangat membantu usahawan online (market Malaysia khasnya) .

1. Automated Messages


Pernah tak dapat mesej wassap bertalu-bertalu sampai tak sempat nak balas mesej pertama. Habis hilang first impression prospek nak cuba produk anda. Peluang untuk close sale boleh menurun kalau tak jaga first impression.

Melalui fungsi automated messages, anda boleh set kata-kata aluan untuk bakal pelanggan anda. Kagumkan bakal pelanggan anda dengan mesej auto sepantas kerdipan mata. Buatkan pelanggan anda berasa ‘WOW’ dengan mesej auto tersebut.

2. Quick Replies


Biasa guna app clippers, kuaiboard, clips dan lain-lain yang anda guna untuk simpan skrip-skrip close sale anda. Nah, kini fungsi terssebut wujud dalam WhatsApp Business ini.

Setkan sahaja skrip-skirip anda dalam WhatsApp ini dan terus forward kepada pelanggan anda. Mudah dan sangat-sangat2 membantu anda. Percayalah, kepantasan anda dalam menjawab soalan dan membantu prospek menyelesaikan masalah boleh menigkatkan peratusan close sale anda sehingga 150%.

3. Messaging Statistics


Fungsi ini antara yang paling membantu dalam menguruskan data-data mesej anda kepada cold, warm, dan hot prospek anda. Melalui fungsi ini, anda boleh tahu, sejauh mana keberkesanan mesej anda itu.

Berapa orang sudah menerima mesej anda. Berapa orang sudah membaca mesej anda. Berapa orang dah block anda dari list wassap mereka. Cool bukan.

4. Fungsi Labelling

 

Fungsi ni dapat bantu anda susun kekananan kerja membalas wassap prospek atau follow up database sedia ada anda.

Jadi, lepas ni anda dah boleh buat check anda balance. Samada mesej wassap anda terlalu extreme, proses follow up anda caca-marba dan macam-macam lagi masalah yang boleh berlaku. Dengan pantas dan efisyen anda boleh baiki aspek-aspek tersebut. Nice right?

Ada sesiapa yang dah mula gunkan WhatsApp Business ini. Boleh kongsikan pengalaman anda gunkannya di komen.

Boleh baca lanjut di sini mengenai Whatsapp Business:

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Dan selamat maju jaya.
Hit butang SHARE juga untuk berkongsi info ini. Terima kasih

Kredit Artikel kepada Faiz Shamsudin
Lulusan Sarjana Muda Pengurusan Muamalat, Universiti Malaya, Marketing Executive di FSR Marketing Enterprise
Boleh dihubungi di [email protected]

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.