Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Apa Yang Saya Belajar Daripada Gary Swart, ex-CEO Upwork (dulu Elance-oDesk)

24.39K 0

Antara aktiviti yang kami sebagai Endeavor Candidate perlu lakukan adalah untuk kenal secara mendalam semua 6 panelist yang akan membuat keputusan masuk/tak masuk.

(Sila baca post saya sebelum ini untuk pengenalan mengenai Endeavor)

Jadi, dengan menggunakan skill-skill research (baca: stalking) dan dibantu oleh Super PA Nur Shuhada, kami produce profile untuk setiap panelist beserta info2 yang penting.

Info-info ini yang saya akan guna sebagai “conversation starter” waktu ber-networking.

Secara ringkas – kami ada peluang networking Isnin malam dan Selasa malam. Selasa pagi/tengahari adalah sesi pitching.

Sesi Isnin malam ni penting. First impression matters.

Saya bertanya kepada Gary Swart, ex-CEO Upwork sama ada beliau masih ada saham dalam syarikat tersebut. Upwork baru sahaja IPO tahun lepas (Market cap US$1.7b).

Beliau kata ya, masih.

Kenapa resign jadi CEO? Saya tanya.

Beliau kata, syarikat ni ada tiga jenis;

1. Syarikat yang merentas “Hutan” (Jungle)

Syarikat yang masih struggle untuk mencari jalan keluar. Banyak aktiviti menebas perlu dilakukan dan semua kena contribute – baik boss mahupun staff. Tak ada masa nak fikir secara strategik. Buat je kalau tak kena baham harimau!

2. Syarikat yang lalu “Jalan Tanah” (Dirt Road)

Syarikat pada fasa ni dah OK sikit. Mungkin ada kereta Jeep satu. Tapi jalan masih berlopak & tak sekata. Sekali sekala Jeep melambung (sakit ouch) dan sekali sekala tersekat dalam lopak (kena tolak sama-sama).

SOP pula masih dalam fasa eksperimen. Boss pada waktu ini boleh beri amanah kepada staff untuk bawa Jeep. Tetapi boss harus juga lihat jalan untuk lopak/bukit.

3. Syarikat yang lalu “Highway” (tak perlu terjemahan haha)

Syarikat sebegini dah on “cruise control”. Semuanya sudah automatik. Segala sistem dan SOP sudah ada. Boss tinggal beritahu highway mana je nak pergi dan staff akan jalankan kerja.

Beliau kata Upwork sudah menjadi syarikat Highway dan beliau lebih sesuai dalam syarikat Hutan atau Jalan Tanah. Sebab itu beliau resign.

Waktu pitching, beliau tanya kepada kami, selepas Series B ini pekerja bagaimana kita akan cari?

Kami jawab: pekerja yang berpengalaman 10-15 tahun, “been there, done that” dan dapat bawa kami ke level seterusnya.

Beliau kata: Tak semua pekerja berpengalaman sesuai dengan syarikat kita. Yang lebih penting adalah untuk cari orang yang hungry dan mempunyai FIRE.

Beliau buat kesilapan yang sama dengan recruit pekerja2 ex-eBay dan seangkatan yang berpengalaman sebelum ini.

Tapi indah khabar daripada rupa. Bukan semua sesuai untuk sebuah syarikat yang masih dalam fasa Hutan & Jalan Tanah.

Kami take note.

Selasa malam selepas pitching, saya diberi peluang duduk sebelah beliau dalam bas. Takdir ni.

Menggunakan info saya korek sebelum
Ini, saya tanya beliau lagi satu soalan, berdasarkan blog post beliau berkenaan:

  • Mencari Bukit (Strategik)
  • Mendaki Bukit (Execution).

Soalan saya:

“Saya ini seorang yang tak boleh duduk diam. Ada saja benda nak buat untuk penuhkan masa. Bagaimana nak jadi orang yang lebih Mencari Bukit daripada Mendakit Bukit? Kalau saya tak daki bukit sendiri saya rasa tak produktif.”

Beliau jawab:

Pada fasa TheLorry sekarang, awak dah tak boleh daki bukit sendiri. Kena empower & amanahkan staff untuk daki bukit. Awak kena lebih strategik dan fikir secara jangka panjang.

Jangan micro manage. Segala benda kecil yang staff buat kita adjust & komen. Segala keputusan kecil kita juga yang buat. Tak boleh.

Tapi dapatkan micro information. Segala laporan, nombor2 dan update perlu diberi kepada boss dengan konsisten. Kita kena tahu apa yang berlaku on the ground.

Awak kena keluar daripada perkara kecil dan fokus perkara yang lebih besar.

Saya take note dan angguk.

P.S: Seorang lagi panelist beri nasihat untuk ambil course executive di Harvard. Paling murah US$40k. Mana nak dapat duit.. boleh pinjam PTPTN tak? Haha.

Nadhir Ashafiq

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.