Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

8 Individu Uruskan SaaS Secara One Man Show

203 1

One Man Show.

Itulah istilah yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu perkara diuruskan oleh satu individu. Pernah tak anda cuba menguruskan sesuatu tugasan berkumpulan secara bersendirian? Bukan senang tetapi ia boleh dilaksanakan. Sekarang, bayangkan pula anda menjalankan sebuah perniagaan perkhidmatan, lebih spesifik berasaskan SaaS. Bayangkan berapa banyak perkara yang perlu diberi perhatian. Dari pembangunan perisian, troubleshooting, pemasaran, sehinggalah perkhidmatan pelanggan. Jika anda menganggapkan ia sesuatu perkara yang sukar, 8 individu ini membuktikan sebaliknya.

Nathan Barry


Bermula sebagai sebagai sebuah projek “$5000 dalam masa 6 bulan” , Nathan membangunkan ConverKit.com, sebuah perkhidmatan pemasaran email yang kini telah melepasi pendapatan US $1juta monthly recurring revenue (MRR)

Brandon Pearce


Kisah beliau dipaparkan oleh Tim Ferris (4-Hour Work Week) atas kejayaan beliau membina MusicTeacherHelper.com, sebuah sistem untuk pengurusan pelajar muzik beliau, dan kemudiannya menjualnya kepada yang lain. Kini MusicTeacherHelper.com telah diperkembangkan dengan StudioHelper.com yang memfokus kepada sekolah dengan ramai tenaga pengajar.

Amir Salihefendic


Beliau membangunkan Todoist.com pada 2007 sebagai projek peribadi. Ia satu aplikasi menyenaraikan perkara yang perlu disiapkan. Kini ianya menjadi sebuah aplikasi untuk orang perseorangan dan syarikat dan telah menjadi salah satu daripada produk milik Doist. Antara lain adalah Todoist Business dan Twist.

Dan Grossman


Improvely.com, W3Counter.com, VisitorBoost.com antara sistem aplikasi web yang telah dibangunkan oleh beliau dan telah dijual. Beliau boleh dianggap sebagai lagenda, dulunya aktif di forum SitePoint. Beliau telah banyak membangunkan sistem web dan juga menjualnya. Semuanya dilakukan seorang diri sehingga kini.

Scott Moore


Beliau adalah pengaturcara yang membangunkan dan memasarkan PetSitClick.com. Ianya adalah sebuah sistem pengurusan untuk syarikat yang menawarkan khidmat “dog walking” dan “pet sitting”. Kisah Scott Moore menjadi satu testimoni besar kepada syarikat Alpha Anywhere yang membangunkan platform untuk pembangunan aplikasi mobile dan web.

Pieter Levels


Terkenal di kalangan digital nomad. Digital nomad adalah individu yang bekerja tanpa pejabat dan bebas mengembara dunia. Beliau pernah melaporkan pada 2016 yang beliau menjana lebih kurang $400,000 pada tahun sebelumnya. Antara laman yang dibangunkannya adalah RemoteOK.io, NomadList.com dan MakeBook.io

Justin Keller


Seorang pengaturcara yang telah membangunkan aplikasi Commando.io untuk pengurusan server. Beliau tidak banyak berkongsi tentang syarikat tapi pernah berkongsi di forum YCombinator Hacker News tentang keadaan beliau sebagai usahawan dan pengaturcara.

Nishant Agrawal


Membangunkan FormCrafts.com ketika di kolej mengambil jurusan akaun dan percukaian. Kini ianya diperkembangkan dengan versi WordPress. Selain itu, FluentChat sistem live chat untuk laman web.

Ramai lagi individu di luar sana aktif membangunkan aplikasi laman web. Antaranya:

  • Jason Kester dengan s3stat.com yang menyediakan perkhidamatan analitik bagi Cloudfront dan Amazon S3,
  • Chris Hanscom yang membangunkan OpenMenu.com bagi pengurusan dan pemasaran sesebuah restoran,
  • Perisan pengurusan Gym maonrails.com dibangunkan oleh Eran Galperin,
  • Satu lagi kisah kejayaan dengan Gary Brewer dan BuiltWith.com,
  • dan developer API REST Client oleh Gregory Schier.

Banyak lagi kisah-kisah menarik yang boleh dijadikan inspirasi yang anda boleh baca seperti yang yang dikongsikan di sini.  Anda juga boleh layari laman IndieHackers.com, sebuah laman web membina direktori dan kisah pengaturcara yang membangunkan produk sendiri. Bagaimana pula landskap di Malaysia pula. Jika anda mengenali individu yang menjalankan SaaS secara One Man Show, kongsikan di ruang komen dibawah.

Sumber Asal:

print

One Comment

  • ferdy fauzi says:

    Malaysia one-man-show SAAS:
    – Ordervery: M Sopian Hassan
    – SBot (spy hot item): Yusry Husain
    – RefererX: Azlan Hussain (circa 2009)
    – DeepAGI (NLP based chatbot): Nurdin Soding
    ..dan banyak lagi yang buat secara underground..

Leave A Reply

Your email address will not be published.