Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Platform pitchIN Lubuk Baru Menjana Duit

665 0

Pelaburan melalui Equity Crowdfunding (ECF) terutamanya di platform pitchIN adalah lubuk untuk anda menjana duit. Ini berdasarkan statistik di mana 75% pelaburan ECF di Malaysia adalah dibuat melalui platform ECF.

Mungkin anda sudah biasa mendengar platform pelaburan melalui saham, amanah saham, emas dan hartanah, tetapi kini terdapat satu lagi platform yang mula menarik perhatian orang ramai iaitu pelaburan Pembiayaan Ekuiti Bersama (Equity Crowdfunding).

ECF adalah satu platform yang membenarkan orang ramai untuk memiliki ekuiti dalam syarikat kecil dan sederhana. Secara umumnya, syarikat-syarikat kecil dan sederhana ini mahu mengembangkan perniagaan mereka dengan mendapatkan dana daripada orang ramai.

Sebagai pulangan, syarikat tersebut akan memberikan sebahagian ekuiti syarikat kepada pelabur mereka mengikut jumlah wang yang telah dilaburkan.

Kredit: ICTworks

Platform ECF ini dicipta untuk membantu golongan usahawan dan startups yang mahu memulakan bisnes tetapi tiada sokongan kewangan terutamanya daripada pihak bank.

Sebelum melakukan sesuatu pelaburan, anda perlulah mendapatkan maklumat berkaitan serta perancangan bisnes syarikat tersebut. Bagaimana caranya? Di Malaysia, terdapat 7 syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menguruskan ECF dan salah satu syarikat tersebut ialah Pitch Platforms Sdn Bhd.

Pitch Platfroms Sdn Bhd menguruskan ECF ini melalui platform yang dinamakan pitchIN.

pitchIN merupakan platform ECF No.1 di Malaysia. Dilancarkan pada tahun 2012, kini pitchIN menguasai hampir 75% pasaran ECF di Malaysia. Sepanjang tahun 2018, platform ini telah berjaya mengutip dana sebanyak RM13.6 juta. Ini bermakna daripada RM18 juta yang diraih oleh kesemua platform ECF di Malaysia, 75% yang bersamaan dengan RM13.6 juta adalah datangnya daripada pitchIN.

pitchIn sangat dikenali sebagai platform yang mencari syarikat-syarikat berpotensi tinggi untuk pelabur mereka. Pada tahun 2018, pitchIN telah mencatatkan rekod di Malaysian Book of Records kerana berjaya menjana dana terbesar bagi ECF untuk satu pelaburan pembiayaan. Syarikat Commerce DotAsia Ventures telah berjaya meraih dana sebanyak RM5 juta melalui pitchIN pada Mei 2018. Bukan itu sahaja, pada Oktober 2018, Fundaztic juga telah berjaya menjana RM4 juta hanya dalam tempoh 38 minit sahaja.

Daripada 7 platform ECF yang ada di Malaysia, hanya 3 sahaja yang aktif dan berjaya meraih dana pembiayaan pada tahun 2018. Dan pitchIN adalah salah satu daripadanya. Setakat ini, pitchIN mempunyai lebih 1200 pelabur yang berdaftar dengannya. Pelabur-pelabur ini terdiri daripada pelabur retail, angel dan sophisticated.

Untuk mengetahui lebih lanjut jenis-jenis pelabur ini, anda boleh layari pitchin.my.

Sebagai rekod, pada tahun 2018, jumlah keseluruhan kempen yang berjaya melalui platform ECF di seluruh Malaysia adalah sebanyak 14 kempen. 8 daripada 14 kempen ini dibuat melalui platform pitchIN.

Melihat kepada pelaburan di pitchIN sepanjang tahun 2018, terdapat seorang pelabur yang telah melabur dalam 14 jenis pelaburan. Manakala terdapat 20 lagi pelabur lain yang membuat pelaburan sebanyak 4 kali atau lebih. Berdasarkan statistik-statistik yang dibentangkan ini, kita dapat lihat bahawa keyakinan pelabur terhadap platform pitchIN ini adalah tinggi.

Buat mereka yang di luar sana dan masih tercari-cari platform pelaburan, ECF melalui pitchIN ini boleh difikirkan sebagai salah satu pilihan terbaik untuk anda!

Sumber Asal

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.