PASSWORD RESET

Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

TheVect, Gandingkan Dropout Dan Pemegang PhD Tawar Sewa Jet Peribadi Dan Helikopter

1.03K 0

Dropout, tidak bermakna akan gagal selamanya. Beberapa individu ternama seperti Steve Jobs,Bill Gates, Evan Williams, dan Mark Zuckerberg antara beberapa individu yang telah buktikan sebaliknya bahawa segulung ijazah bukan penentu masa hadapan.

Ini dibuktikan oleh pengasas TheVect.com, Amirul Redzuan Bin Ahmad yang berhenti dari  Universiti Utara Malaysia. Manakala co-founder Farhan Bin Kamal, sedang dalam pengajian PhD dalam bidang kejuruteraan mekanikal Universiti Malaya. Tag Team antara dua individu ini, membolehkan TheVect, sebuah syarikat permulaan yang menawarkan khidmat sewaan pelbagai jenis kenderaan termasuk helikopter dan jet peribadi di realisasikan.

Mengambarkan dirinya sebagai seorang yang Idealistik, pemikir, mudah bergaul dan berkeupayaan menyelesaikan sesuatu perkara dengan praktikal dan memudahkan urusan, Amirul Redzuan berwawasan menjadikan TheVect satu pelantar yang berjaya dalam masa yang singkat.

“3 tahun. Itu tempoh target thevect akan menjadi 1 platform yang cukup membanggakan dari seseorang yang bermula kecil tapi bercita-cita besar.”

Percaya atau tidak, beliau berkelayakan untuk menjadi guru agama dan pernah menjadi mengajar di sekolah. Sebelum membangunkan TheVect, Amirul Redzuan pernah menjadi photgrapher, yang mana ketika itu masih menggunakan kamera SLR sebelum DSLR menjadi tersohor. Beliau kemudiannya mengendalikan perkhidmatan sewa kenderaan secara konvensional di Shah Alam dan Johor Bharu.

Ikuti temuramah Otakit.my dengan Founder TheVect.com Amirul Redzuan Bin Ahmad.

Boleh terangkan serba sedikit mengenai TheVect dan posisi anda dalam perniagaan tersebut?

Secara umumnya TheVect adalah satu-satunya platform di Malaysia yang kami bina bertujuan sebagai carian khusus perkhidmatan kesemua jenis kenderaan sewa merangkumi kesemua jenis kenderaan di darat, udara, dan air. Jika anda lihat Carlist ( jual beli kereta), Agoda (perhotelan), bagaimana dengan satu platform yang ingin anda lawati untuk mencari kesemua jenis kenderaan sewa? Tiada satu platform yang terlintas di fikiran anda bukan? Di sini kami melihat potensi TheVect.

TheVect tercetus sebagai idea untuk mengembangkan perniagaan kereta kenderaan secara konvensional yang terhad potensinya kepada satu model perkhidmatan yang berpotensi untuk dikembang di seluruh Malaysia. Tetapi ianya tidak akan berhenti setakat itu.

Apa inspirasi dan kenapa TheVect, bagaimana ia bermula?.
Inspirasi kami lahir apabila melihat trend pasaran perniagaan dalam talian yang berkembang pesat di seluruh dunia dan ianya juga mula berkembang di malaysia sehinggakan penjual karipap menjual produknya melalui pasaran online. Ini satu petanda yang nyata dan membuka mata kami untuk mencari medium yang sesuai untuk membawa konsep baru yang boleh memaksimakan potensi perniagaan sewa kenderaan kami yang konvensional kepada satu bentuk model yang selari dengan trend pasaran terkini dan akan datang. TheVect dari perkataan vector, anda boleh rujuk maksudnya untuk yang memberi gambaran tidak langsung apa itu TheVect.

Adakah terdapat apa-apa teknologi/perisian digunakan untik membangunkan syarikat ini? Bagaimana ia dibangunkan dari storyboard hingga produk akhir?
Kami serahkan tanggungjawab membangunkan sistem pada web ini kepada programmer yang bersetuju untuk bekerjasama dengan kami. Kami sendiri yang merangka bagaimana proses yang sepatutnya diautomasikan melalui sistem berdasarkan kepada serba sedikit pengalaman kami dalam bidang ini supaya ianya lebih mudah dan turut mengambil kira untuk mengurangkan seminimum mungkin risiko yang dihadapi oleh pengusaha-pengusaha perkhidmatan sewa kenderaan.

Bagaimana pula operasi belakang tadbir? Berapa ramai kakitangan untuk merealisasikan idea tersebut?
Kami bermula merangka idea hanya dua orang, direalisasikan dengan seorang web developer. Kini pada tahun 2018 kami bergabung dengan sebuah syarikat produk kosmetik sebagai langkah untuk memastikan projek ini berjalan lancar serta untuk mendapat sumber kewangan untuk memastikan kos operasi dan pengiklanan lebih terjamin. Kini kami membentuk ‘team’ seramai 6 org yang mana 2 darinya adalah “intern” dari universiti tempatan.

Bagaimana anda validate pasaran untuk khidmat tersebut dan proses yang terlibat?
Secara umum nya kami ambil kira idea ini realistik untuk dilaksanakan mengambil kira permintaan dan potensi urusniaga berkaitan pengangkutan yang memang sedia ada “demand and supply”. Kami cuma perlu memanipulasi pasaran tersebut selari dengan trend. Bukan sesuatu yang baru secara total, ianya inovasi yang mana kami lihat lebih berisiko rendah untuk kami cuba mengambil peluang ini. Persoalan nya adalah sejauh mana kami mampu menyediakan satu medium yang menarik minat khususnya pengguna akhir untuk menjadi 1 platform carian yang cukup dipercayai.

Kenapa perniagaan kenderaan sewa? Lebih-lebih lagi jet helikopter dan jet peribadi. Bagaiman tuan membawa masuk atau menghampiri operator/syarikat kenderaan sewa untuk mengunakan platform TheVect.com?
Seperti yang saya jelaskan, potensi yang besar dalam industri pengangkutan ini sedia ada dan ianya tidak akan berhenti walaupun tanpa wujudnya TheVect. TheVect menawarkan 1 inovasi dalam pasaran dan mengambil peluang untuk berada dalam industri ini diantara rantaian “demand and supply”.

Kenapa helikopter dan jet peribadi? Ianya berkaitan dengan imej yang ingin kami tonjolkan dalam TheVect. Mudah bagi kami untuk menarik operator kereta sewa disebabkan kami sendiri sudah lama dalam bidang ini dan mempunyai networking yang menyokong kami manakala untuk kenderaan sewa seperti helikopter jet peribadi kami sudahpun kenal pasti pihak pengendali market dan yakin dengan proses negosiasi untuk mewujudkan kerjasama antara kami dalam masa terdekat. Setiap tindakan perlu mengambil kira masa yang tepat.

Ke mana arah tuju TheVect dan apa yang anda rasa akan berubah tentang kenderaan sewa atau thevect dalam tempoh masa lima tahun akan datang?
TheVect mensasarkan untuk menjadi platform nombor 1 yang sinonim serta dipercayai untuk pasaran urusniaga perkhidmatan sewa kenderaan di seluruh malaysia dan seterusnya mempunyai kredibiliti dan asas yang kukuh untuk diperkenalkan ke rantau asia.

Kami lihat pelaksanaan idea kami tepat dengan trend gaya urusniaga terkini masyarakat malaysia khususnya. Trend di mana pada tahun-tahun selepas kemunculan pesat pelbagai platform online dalam setiap jenis bidang perniagaan yang semakin diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam setiap urusan masyarakat kita.

Berapa banyak tempahan diterima sepanjang operasi dan jumlah transaksi yang telah berlaku?
Tanpa memberi nilai digit yang jelas, cukup kami beritahu ianya selari dengan matlamat kami yang baru sahaja tahun ini mendapat suntikan kewangan untuk fokus kepada kos pengiklanan TheVect dimana setiap iklan yang diwarkan berjaya menarik pengguna untuk membuat tempahan melalui TheVectseterusnya membuat transaksi pembayaran online.

Apa cabaran terbesar pernah anda hadapi sepanjang menguruskan TheVectdan siapa telah anda berjumpa sepanjang operasi?
Cabaran terbesar bagi saya yang bermula kecil sudah tentu pada menyediakan kos untuk memastikan penjenamaan TheVect berjalan lancar. Lebih kepada perjumpaan dengan operator-operator yang terlibat dan mengemukakan idea TheVect pada pihak-pihak yang dapat membantu kami dari segi teknikal dalam banyak aspek yang terlibat untuk merealisasikan idea ini.

Apa yang akan anda memberitahu orang yang berminat untuk menyewakan kenderaan melalui TheVect?
Jika anda terfikir perlukan apa sahaja kenderaan sewa pada bila-bila masa, di mana-mana seluruh malaysia anda boleh sewa kenderaan pilihan anda dengan lebih mudah cepat dan selamat melalui satu platform untuk kesemua jenis kenderaan sewa iaitu TheVect.com.

Mudah kerana kereta yang terpapar pada carian TheVect hanya kereta yang availableSistem TheVect telah menghadkan paparan hanya kenderaan yang available sahaja dipaparkan pada setiap kali carian kerana sistem penjadualan TheVect telah di set secara automatik jika berlaku urus sewa pada mana-mana kenderaan dalam database TheVect.

Cepat kerana biarpun anda terfikir untuk menguruskan tempahan walaupaun pada masa-masa tidak sesuai seperti lewat malam anda boleh terus menempah kenderaan sewa pilihan anda dengan jelas tentang maklumat kenderaan serta jumlah total kos sewa secara tepat merujuk kepada tarikh dan masa sewaan yang dikira automatik oleh sistem untuk anda terus membuat pembayaran. Notifikasi urusan sewaan akan dimaklum kepada kedua pihak melalui email secara automatik. Operator akan menghubungi anda untuk proses penyerahan kenderaan sewa.

Selamat kerana sebagai medium perantara kami pastikan urusniaga antara kedua pihak selesai tanpa ada masalah sebelum amaun pembayaran sewa yang dibayar melalui TheVect akan dikreditkn ke akaun operator.

Apabila rakan-rakan/keluarga anda mengetahui bahawa anda menjalankan perniagaan tersebut, apa yang mereka katakan atau bertanya?

Saya bersyukur dikelilingi dan duduk dalam lingkungan orang-orang yang sentiasa menyokong apa yang saya usahakan samaada dari keluarga dan juga rakan-rakan. Mereka teruja dengan idea saya serta bersetuju dengan potensi yang ada pada TheVect. Pertanyaan sekitar hal-hal untuk mengetahui apa itu TheVect.

Apa yang anda lakukan jika TheVect tidak diwujudkan? Jika anda tidak menguruskan TheVect, apa yang akan anda lakukan atau bagaimana kehidupan anda?

Peluang ada di mana-mana, dan saya sentiasa akan mencari peluang walaupun tanpa kewujudan TheVect. Prinsip saya, selagi mana ada perancangan tiada apa yang perlu dirisaukan. Saya akan menyambung pengajian dalam yang saya minati, psikologi. Saya percaya ada hikmah dan tujuan saya yang telah ditulis sebelum ini untuk menyambung pengajian saya dalam bidang perniagaan tanpa dirancang walaupun sy terpaksa menamatkan sebelum dapat segulung ijazah. Saya tetap pastikan ilmunya ada manfaat dan membolehkan saya capai sesuatu yang saya boleh banggakan untuk diri saya. Saya boleh pilih jalan selamat tapi saya lebih suka hidup dengan cabaran.

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.