Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Polisi Terbaru Youtube Partner Program 2018

5.34K 1

Setiap kali menonton video di laman Youtube, anda akan dijamu iklan 5 saat sebelum menonton video kegemaran anda. Semasa menonton pula, anda dihidangkan lagi iklan yang perlu anda skip atau iklan “banner” setiap kali playhead melimpas jalur kuning pada progress bar.

Itu adalah antara salah satu cara Youtube milik Google, menjana pendapatan berbilion ringgit dengan cara memaparkan iklan-iklan pada video Youtube. Iklan-iklan yang dipaparkan pada video tersebut sebenarnya dibayar oleh pengiklan diantara RM1 dan ke atas untuk memaparkan iklan mereka pada laman tersebut melalui pelantar AdWords.

Akan tetapi, terdapat juga video di Youtube yang langsung tiada iklan dipaparkan. Ini disebabkan pemilik video tersebut tersebut tidak mengaktifkan fungsi “monetization” pada akaun youtube mereka. Jika ia diaktifkan, ia akan memaparkan iklan kepada sesiapa sahaja yang menonton pemilik video tersebut.

Iklan-iklan sebegini hanya akan dipaparkan pada pemilik video atau channel yang menyertai Youtube Partner Program. Program ini membolehkan pemilik video atau pencipta kandungan (Content Creators) menerima  komisyen setiap kali iklan dipaparkan atau diklik pada video mereka.

Komisyen yang diterima bergantung kepada jumlah subscribers, jumlah views, jumlah masa tontonan dan banyak lagi faktor. Ada yang mengatakan 1000 unik views membolehkan content creators menerima antara RM0.01 hingga lebih daripada RM10. Angka tersebut hanya educated guess dan hanya Google sahaja tahu nilai sebenar.

Pendek kata, jika views yang anda terima adalah 1,000,000, berkemungkinan anda akan terima antara RM100 – RM1000.

Sebagai contoh; ini adalah anggaran jumlah pendapatan kasar yang dianalisis oleh SocialBlade.com bagi channel Les Copaque Coperation (kenal Upin dan Ipin?) yang berada pada tangga nombor 1 ranking di Youtube Malaysia dengan jumlah subscribers seramai 2,184,976 dengan views sebanyak 75,099,526 dari 30 hari yang lepas.

 

Pendapatan yang diterima lebih kurang USD$ 18K  – US$300K, (RM80K – RM1,200,000).

Dibawah ini pula bagi Monsta, syarikat animasi 3D yang menghasilkan siri animasi Boboboi.

JinyboyTv …

 

Kelihatan menarik? Macam mana nak sertai Youtube Partner Program (YPP)?

Anda boleh dikatakan tertinggal kapal terbang. YPP bermula pada 2007. Ketika itu, ia dibuka terhad kepada penduduk US. Kini ia telah dibuka kepada sesiapa sahaja tetapi dengan beberapa syarat.

Jika anda tahu mengenai YPP ini 3-5  tahun lepas, anda bernasib baik. Ini kerana peraturan atau syarat-syarat kemasukkan program tersebut tidak begitu ketat. Tetapi mulai tahun 2017 syarat utama penyertaan adalah mempunyai jumlah views keseluruhan sebanyak 10,000.

Selagi anda tidak capai 10,000 views, anda tidak layak untuk memohon YPP

 

Kenapa Syarat Diperketatkan?

Antara sebab ia diperketatkan adalah kerana Youtube ingin menamatkan Channel yang tidak aktif, tidak berkualiti, tidak banyak video atau tontonan yang berjumlah sedikit. Mana-mana akaun yang YouTube anggap spam juga tidak lagi dibenarkan untuk monetize video mereka untuk mendapatkan pendapatan dari Youtube.

Akan tetapi, 10,000 views amat mudah untuk dicapai. Sehubungan itu, pada 16 Januari 2018, Youtube telah menambahkan syarat baru bagi menapis channel-channel lama yang dianggap SPAM dan mengelakkan juga channel baru yang ingin mengambil kesempatan terhadap YPP dengan menghasilkan kandungan yang tidak berkualiti.

Syarat baru tersebut adalah:

  • 4000 jam masa tontonan dalam masa 12 bulan yang lepas.
  • 1000 subscribers

Syarat baru ini bukan sahaja dilaksanakan terhadap permohon baru yang ingin menyertai Youtube Partner Program, malah channel lama yang tidak menepati syarat tersebut juga terkesan seperti channel dibawah ini mulai 20 Februari 2018.

Pada blog Creators, YouTube menerangkan syarat dan tanda aras baru ini “membolehkan kami untuk meningkatkan kebolehan mengenalpasti creators yang menyumbang secara positif kepada komuniti dan membantu menjana lebih banyak pendapatan kepada mereka (dan menghalang pelakon sumbang). Piawaian yang lebih tinggi ini juga membantu menghalang video yang tidak sesuai daripada menjana pendapatan.

Perubahan tersebut akan memberi kesan yang signifikan kepada sejumlah besar channel dimana 99% yang terkesan hanya menjana pendapatan kurang dari $100 setahun.

Channel, Youtuber yang popular dan terkenal tidak terlepas begitu sahaja. Walaupun mereka melepasi syarat minimum 4000 jam dan 1000 subscribers, mereka juga akan diperhatikan dengan lebih ketat. Andainya video yang dihasilkan tidak menepati garis-panduan yang ditetapkan, berkemungkinan besar video tersebut akan demonetize. 

Ini berikutan beberapa YouTubers nama besar yang baru-baru ini mengambil kesempatan terhadap program tersebut dengan menghasilkan video yang kontroversi. Terdapat satu youtuber nama besar yang mempunyai 15 juta subscribers, telah di tarik keluar dari salah satu cabang Youtube Partner Program, Google Preferred.

One Comment

  • Shaiful says:

    Sekitanya dah capai 4000 jam view Dan 1000 subs…tp amik bkn dalam setahun…
    Adalah dia tetap Tak layak trime monetize YT???

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.