Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Exabytes Kerjasama dengan Freshworks untuk Perkasa PKS dengan Perkakasan Penglibatan Pelanggan Inovatif

,
2.13K 0

Kuala Lumpur, Malaysia, 2 Oktober 2019 – Exabytes Network Sdn. Bhd. (“Exabytes”) dan Freshworks Inc. (“Freshworks”), syarikat perisian penglibatan pelanggan yang berpangkalan di Amerika Syarikat, hari ini mengumumkan kerjasama untuk membantu perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memenangi pelanggan dan mengembangkan perniagaan. Melalui kerjasama ini, Exabytes akan menawarkan suit perisian penglibatan pelanggan inovatif daripada Freshworks bersama dengan penyelesaian-penyelesaiannya yang sedia ada termasuk pengehosan web, e-mel dan pemasaran digital, sebagai penyedia penyelesaian sehenti perkhidmatan berasaskan awan untuk PKS.

Kerjasama dimeterai dengan penandatangan Perjanjian Kerjasama Perikatan Strategik antara Chan Kee Siak, CEO dan Pengasas Exabytes dan Anand Venkatraman, Naib Presiden Kerjasama Global Freshworks. Majlis disaksikan oleh Norhizam Abdul Kadir, Naib Presiden Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam acara yang diadakan pada 2 Oktober 2019 di Connexion Conference & Event Centre.

Chan Kee Siak, CEO dan Pengasas Exabytes berkata, “Exabytes dan Freshworks berkongsi matlamat untuk membantu PKS mengembangkan perniagaan. Syarikat kami telah menggunakan perisian Freshdesk daripada Freshworks selama tiga tahun sekarang dan amat kagum dengan keupayaannya. Oleh itu, kami memutuskan untuk mengadakan kerjasama dengan Freshworks supaya kami dapat menawarkan produk inovatifnya kepada PKS di Malaysia.”

Kiri Anand Venkatraman VP of Global Partnerships of Freshworks dan Chan Kee Siak CEO of Exabytes Right

Anand Venkatraman, Naib Presiden Kerjasama Global Freshworks berkata, “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Exabytes dan menyediakan perniagaan-perniagaan perisian penglibatan yang mudah digunakan, mudah dipasang dan tidak mahal. Exabytes memerkasa perniagaan untuk beralih ke dalam talian dan kerjasama ini membantu memenuhi permintaan pelanggan yang mahukan perisian yang sangat mudah untuk interaksi pelanggan yang bermakna dengan konteks.

Sebagai permulaan, Exabytes akan menawarkan empat produk berikut daripada Freshworks yang sesuai digunakan oleh PKS dalam sebarang industri:

  • Freshdesk—sistem tiket meja bantuan semua saluran;
  • Freshchat—perisian pemesejan moden untuk jualan, pemasaran, dan bantuan;
  • Freshsales—sistem jualan dan penyelesaian pengurusan perhubungan pelanggan (CRM) untuk pasukan jualan halaju tinggi; dan,
  • Freshmarketer—suit pengoptimuman penukaran semua dalam satu.

Exabytes telah menjadi pemangkin pendigitan perniagaan. Chan menerangkan, “Pengurusan sistematik produktiviti dan perniagaan penting untuk semua perniagaan. Kami menggalakkan PKS menimbang mengubah proses perniagaan konvensional mereka kepada digital untuk menikmati pelbagai faedah. Contohnya, sebaik proses penglibatan pelanggan didigitkan dengan Freshworks, pasukan perkhidmatan dapat mengautomasikan tindak balas, menyalurkan permintaan segera dengan cepat untuk memastikan semua pelanggan dapat memberikan perkhidmatan sebaik mungkin dan menjimatkan masa, kos, dan merangsang produktiviti.”

Tentang Exabytes Network Sdn. Bhd.:

Ditubuhkan pada 2001, Exabytes Network Sdn. Bhd. ialah penyedia perkhidmatan awan dan pengehosan web terkemuka di Asia Tenggara. Syarikat mengkhusus menyediakan perkhidmatan pengehosan awan, pengehosan kongsi, pengehosan e-mel, pelayan persendirian maya, pelayan tertuju khas, pendaftaran nama domain, pemasaran digital dan lain-lain. Syarikat sekarang memberi perkhidmatan kepada lebih 100 ribu perniagaan kecil dan sederhana di 121 negara.

Exabytes Network Sdn. Bhd. ialah sebahagian Exabytes Capital Group Sdn. Bhd. dan berpangkalan di Pulau Pinang, Malaysia. Tapak web: www.exabytes.my.

Tentang Freshworks:

Freshworks menyediakan perisian penglibatan pelanggan inovatif untuk segala saiz perniagaan yang memudahkan pasukan-pasukan mendapatkan, memuktamadkan dan mengekalkan pelanggan untuk seumur hidup.  Produk perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) Freshworks menyediakan pandangan 360 darjah pelanggan, sedia dan mudah digunakan, dan menawarkan pulangan pelaburan yang cepat. Berpangkalan di San Mateo, AS, lebih 2 ribu ahli pasukan Freshworks bekerja di pejabat-pejabat di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut lawati www.freshworks.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.