Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

SlingApp Umum Ciri Talent Search dan Pelan Harga Baharu untuk Iklan Pengambilan Kerja

,
3.86K 0

Petaling Jaya, Selangor – 4 September 2019 – Syarikat pemulaan pencarian kerja Malaysia SlingApp, jenama milik Beneflex Sdn. Bhd., mengumumkan ciri baru dipanggil Talent Search yang membolehkan perekrut mencari dan menghubungi pencari kerja aktif yang layak.

Bayaran bagi menggunakan ciri Talent Search bermula pada RM12.88 untuk setiap profil Talent. Tambahan lagi, SlingApp mengumumkan pakej pengiklanan pengambilan kerja baru dan berpatutan RM199 untuk Standard Post dan RM399 untuk Featured Post untuk menggantikan harga pengenalan semasa. SlingApp berancang untuk memperkenalkan ciri Talent Search dan pelan harga baru itu bermula November.

Teh Tian Ji, CEO SlingApp berkata,

“Ciri Talent Search bakal melengkapkan perekrut dan majikan dengan alat untuk mencari bakat dengan pantas tanpa perlu menunggu pemohon menghantar permohonan. Proses ini jauh lebih cekap dan mudah dilakukan.”

Pada masa ini, terdapat lebih daripada 50 ribu profil pencari kerja di SlingApp, dan syarikat pemula niaga itu bersasar meningkatkan jumlah tersebut ke sekurang-kurangnya 100 ribu menjelang akhir tahun. Setakat ini, 240 ribu pekerjaan dipohon sejak permulaannya pada 2017. Pencari kerja boleh mendaftar dan menggunakan SlingApp untuk mencari kerja secara percuma.

“Kami platform yang agak baharu tetapi sudah mempunyai rekod prestasi terbukti dengan 240 ribu pekerjaan dipohon melalui aplikasi kami. SlingApp platform berdaya maju bagi perekrut mencari calon untuk mengisi kekosongan kerja. Perekrut khususnya dari PKS harus mengambil kesempatan dengan pelan harga baru dan menarik apabila berkuat kuasa pada November,” jelas Tian Ji.

Tidak seperti kebanyakan platform iklan pengambilan kerja dalam pasaran, pihak yang mengiklan di SlingApp akan mendapat iklan pengambilan kerja mereka dinaikkan selama 60 hari bagi memberi lebih masa untuk mengumpul permohonan. Bagi pakej Standard Post, perekrut akan mendapat 20 pemohon yang dijamin dan bagi Featured Post mereka akan mendapat 40 pemohon yang dijamin.

Perekrut yang menggunakan Talent Search boleh mendapat profil atau vitae kurikulum (CV) pemohon terkini yang mencari pekerjaan yang serupa dengan yang mereka tawarkan. Butiran seperti pengalaman kerja, kemahiran dan pendidikan disertakan bagi perekrut membuat keputusan pengambilan segera.

Tentang SlingApp:

SlingApp ialah aplikasi pencarian kerja yang menghubungkan pencari kerja dengan pekerjaan yang berhampiran secara serta-merta. Pemohon dengan mudah seret ke kanan untuk memohon pekerjaan dan ditemu duga untuk permohonan sebaik padan dengan keperluan pekerjaan. Bagi perekrut, SlingApp menjadikan pengambilan kerja lebih cekap dengan mengurangkan masa saringan sehingga 70% melalui pengguna ciri Auto-InterviuTM, di samping memberi capaian kepada sekumpulan bakat dengan satu platform.

SlingApp dimiliki Beneflex Sdn. Bhd. dan berpusat di Petaling Jaya, Selangor. Tapak web: www.slingapp.my.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.