Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Can You Hack It? Hong Leong Bank Mempelawa Anda Sertai 24 Jam Hackathon

4.12K 0

Tidak banyak perkara yang berubah sejak perkhidmatan perbankan atas talian diperkenal. Dari perkhidmatan perbankan atas kaunter, beralih ke desktop melalui atas talian sehingga optimasi laman web yang responsive dan mobile.

Apakah masa depan perbankan dalam beberapa tahun akan datang? Adakah ia kekal sama atau bergerak seiring dengan era digital dan Revolusi Industri 4.0? Mungkinkah alam maya atau augmented reality, menjadi medium perkhidmatan perbankan yang memberikan perkhidmatan langsung kepada pelanggan dari rumah?

Hanya masa dapat menentukan perubahan tersebut. Dan, ia mungkin lebih pantas dari yang dijangka. Ini kerana Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank dengan kerjasama JomHack Malaysia, akan menganjurkan satu acara Hackathon 24 jam yang akan memacu idea-idea baru untuk meningkat taraf perkhidmatan perbankan yang ada kini.

Jika anda mempunyai idea bernas yang boleh membawa perubahan besar kepada cara masyarakat melakukan perkhidmatan perbankan kini, ini peluang anda dengan menyertai CAN YOU HACK IT 24-jam Hackathon yang dianjurkan oleh Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank pada 5 hingga 7 Oktober 2018 bertempat di Menara Hong Leong.

Cabaran ini memerlukan peserta (tidak kira individu atau secara berkumpulan) membina sebuah prototaip berfungsi yang menawarkan solusi kreatif yang memberikan manfaat kepada Hong Loeng Bank dan Hong Leong Islamic Bank dan juga para pelanggan.

Bukan itu sahaja, Hong Leong dan Hong Leong Islamic Bank sedang mencari bakat-bakat baru yang menonjol dengan idea-idea inovatif menyertai mereka bagi satu peluang kerjaya dan perniagaan yang menarik melalui program pengambilan pekerja dan juga pelbagai program bagi syarikat permulaan.

Kredit imej: http://jomhack.com/canyouhackit/

Juara cabaran akan memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM8,000, diikuti tempat kedua dengan RM5,000 dan RM1,000 menanti pemenang tempat ketiga. Bagi yang berminat untuk menyertai Can You Hack It 2018, anda perlu mengisi borang permohonan dan hanya individu atau pasukan yang terpilih sahaja akan dijemput untuk menyertai pertandingan ini.

Maklumat lebih lengkap akan diberikan semasa acara taklimat pra-Hack sebelum sepak mula pada 5 Oktober 2018. Hackathon akan berlangsung selama 24 jam pada Sabtu, 6 Oktober 2018 pada jam 9:00am selama 24 jam dan berakhir pada hari berikutnya; Acara penutupan rasmi dan majlis penyampaian hadiah akan bermula pada 4:00 petang.

Kriteria pemenang akan ditentukan oleh juri-juri berdasarkan rekabentuk yang menarik, inovasi, keaslian dan juga penilaian terhadap kebolehan teknikal ahli pasukan. Setiap pasukan perlu mempersembahkan prototaip bekerja apabila tamat masa dan sebarang slaid persembahan atau mockup, tidak akan diterima.

Peserta yang terpilih, wajib hadir ke lokasi cabaran pada 6hb dan 7hb Oktober. Makanan dan tempat rehat juga telah disediakan memandangkan cabaran ini akan berlangsung semalaman, walaubagaimanapun, peserta perlu membawa kelengkapan beg tidur.

Syarat-syarat Asas Penyertaan

Semua peserta hendaklah berumur 18 tahun keatas yang terdiri dari 3 ahli dengan salah seorangnya adalah pengaturcara untuk membina prototaip bekerja. Kesemua pasukan yang dipilih, akan dimaklumkan melalui email dan telefon sebelum 28th September 2018 dan dikenakan yuran sebanyak RM50.

Kesemua IP terhadap rekabentuk dan pengaturcaraan yang dibangunkan semasa acara tersebut adalah milik pasukan bertanding, walaubagaimanapun, penanjur; Hong Leong dan Hong Leong Islamic Bank berhak untuk memperoleh, melabur atau membantu memecut idea juara pertandingan.

Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat pertandingan boleh di baca disini.

Can You Hack It 2018 24 jam Hackathon ini dibawakan kepada anda oleh Hong Leong dan Hong Leong Islamic Bank, dengan kerja sama JomHack Malaysia yang bertanggungjawab mengacara HereMyHack 2018 baru-baru ini.

Adakah anda mempunyai idea-idea mantap yang boleh merevolusikan perkhidmatan perbankan yang ada kini untuk masa depan? Jika jawapan anda Ya, sertai You Can Hack It 2018 dengan mendaftar disini.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.