Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Graduan Program “Coach and Grow” Jana Pendapatan lebih US$489 Juta

2.24K 0

Syarikat-syarikat berasaskan teknologi di Malaysia semakin berkembang dan menjadi semakin kukuh berikutan bantuan daripada mentor-mentor dan jurulatih-jurulatih yang berpengalaman daripada program “Coach and Grow” (CGP).

CGP merupakan kerjasama antara pihak awam dan pihak swasta di antara Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) dan rakan industri iaitu Proficeo, dan ia direkabentuk untuk menyatukan tokoh-tokoh dalam ekosistem keusahawanan untuk menyokong serta memperkukuhkan usahawan teknologi dalam memajukan perniagaan mereka secara berperingkat ke tahap yang lebih tinggi.

Sejak tahun 2011, program ini telah membantu sebanyak 468 syarikat dan 1,657 usahawan sehingga kini. Sebanyak 103 buah syarikat bertanding dalam musim keempat program ini yang mana ia telahpun berakhir pada bulan Oktober 2018. 64 peratus daripada syarikat-syarikat yang bertanding dalam musim keempat ini adalah syarikat daripada tahap membangun dan juga tahap membangun dari peringkat global, manakala selebihnya 36% adalah dari syarikat peringkat awal.

Pengasas bersama dan Ketua Eksekutif Proficeo, Renuka Sena, berkata, “Sejak 4 musim yang lepas kami telah melatih syarikat-syarikat yang berasaskan teknologi dari pelbagai bidang dan industri, dan untuk musim keempat ini, kami juga menerima syarikat-syarikat yang melakukan perniagaan secara konvensional yang sedang mencuba strategi-strategi yang berasaskan teknologi yang dapat diadaptasikan dalam perkembangan perniagaan mereka.

Apa yang kami dapati saban hari adalah latihan secara individual dapat membantu pengasas-pengasas syarikat dari mana-mana peringkat pembangunan perniagaan, industri-industri menegak, dan kini juga daripada IKS (industri kecil-sederhana) yang menjalankan perrniagaan secara konvensional, untuk membina perniagaan berperingkat yang berpanjangan serta berkekalan, dan seterusnya dapat mengumpul dana untuk pembangunan syarikat.”

“Kami menjejaki pertumbuhan syarikat-syarikat ini menggunakan nilai pendapatan syarikat dan juga menggunakan metrik-metrik perniagaan untuk membantu perniagaan mereka secara berperingkat, dan pada itu juga, para graduan daripada progam GCP secara kolektifya telah menjana pendapatan sebanyak RM2.034 bilion (US$ 489 juta), yang mana ramai daripada mereka telah berjaya menggandakan prestasi mereka semasa dan selepas latihan.

Dari situ, RM275 juta adalah merupakan pendapatan

ekspot yang dijana oleh syarikat-syarikat GCP yang mana mereka telah sama-sama menembusi sebanyak 103 pasaran ekspot baru sejak menyertai program ini.

Beliau juga menyatakan bahawa, “Dalam GCP, petunjuk prestasi utama (KPI) yang digunakan untuk mengira tahap perkembangan adalah dari nilai pendapatan yang dapat dijanakan. Ini adalah kerana menambahkan pendapatan syarikat adalah amat penting untuk merangsangkan pertumbuhan di dalam syarikat. Sungguhpun nilai pelaburan adalah bukan petunjuk prestasi utama (KPI) yang kami gunakan sebagai ukuran untuk kejayaan, kami juga mengukur serta menjejaki nilai-nilai pelaburan yang telah dibuat oleh peserta-peserta, dan sehingga kini, peserta-peserta GCP telah dapat mengumpul dana sebanyak RM387.2 juta. Ini mengesahkan model GGP kerana apabila syarikat-syarikat dapat menunjukkan bahawa mereka mampu dapat menambahkan atau menaikkan nilai pendapatan mereka, para pelabur swasta lebih cenderung untuk menyalurkan dana untuk pertumbuhan serta perkembangan syarikat.”

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Cradle, Razif Abdul Aziz berkata bahawa CGP adalah instrumental dalam membantu syarikat-syarikat yang baik menjadi syarikat yang lebih baik di peringkat serantau dan juga di peringkat global.

“Jurulatih-jurulatih yang terlibat dalam GCP sudah pastinya telah menjalankan tugas mereka dengan amat baik dalam membantu syarikat-syarikat ini dapat mencari pengkhususan dalam perniagaan mereka dan juga pada masa yang sama dapat memaksimumkan potensi mereka. Dan ini hanya dapat dilaksanakan kerana kesemua pelatih-pelatih GCP terdiri daripada para usahawan, pelabur atau dari pengurusan atasan dari dunia korporat Malaysia, yang mana mereka berpengalaman secara langsung bagaimana untuk menubuhkan sesebuah syarikat dari bawah sehingga ke atas. Atas dasar inilah yang mana nasihat dan tunjuk ajar daripada jurulatih-jurulatih yang berpengalaman ini yang begitu bernilai dalam mempercepatkan kadar pertumbuhan syarikat-syarikat di Malaysia,” katanya.

Antara syarikat-syarikat yang terkemuka yang telah menyertai program ini termasuklah SubHome Management Sdn Bhd, sebuah syarikat hospitaliti yang menguruskan penginapan berbentuk suite mewah dan berkhidmat di beberapa lokasi yang terkenal. Syarikat ini sedang membuat perubahan bagi pelanggan-pelanggan hotel mereka yang mana mereka telah menggantikan ruang penginapan yang kecil dan sempit kepada suite-suite yang selesa dan luas pada harga yang sama.

Pengasas bersama SubHome, Sandeep S. Grewal, berkata, “Terdapat pelbagai pengajaran dan pengalaman yang dapat dibawa pulang daripada program GCP ini untuk seseorang usahawan yang telah mempunyai lebih 12 tahun dalam menjalankan dan menguruskan perniagaan sendiri.”

“Salah satu daripadanya adalah satu segmen di mana kami melihat secara terperinci bagaimana untuk menguruskan aspek kewangan syarikat seakan-akan apabila perniagaan ini sentiasa berada pada tahap teratas serta menguntungkan dan pada masa yang sama memandu hala tuju syarikat ini ke arah yang betul, dan bukan sahaja bertindakbalas kepada keadaan semasa dan terpaksa akur dan menyesuaikan diri kepada apa jua perubahan setiap hari. Apabila kami mempraktikkan konsep ini, barulah kami dapat melihat secara lebih jelas hala tuju syarikat ini dan ia menjadikan para-para pelabur syarikat ini untuk dapat memahami hala tuju syarikat ini dengan lebih mudah.”

 

“Satu lagi pengalaman yang dapat diperolehi daripada program ini adalah sokongan dan bantuan yang tidak terhingga daripada jurulatih-jurulatih dan juga kepada kumpulan kami.”

Menceburi perniagaan kebiasaannya adalah satu-satunya perkara yang kebiasannya diurus secara bersendirian, tetapi dengan pengalaman dan tunjuk ajar daripada program GCP ini, kami dapat menimba ilmu yang begitu banyak mengenai maklumat-maklumat pasaran yang sebelum ini mungkin memakan masa bertahun-tahun lamanya untuk kita pelajari secara bersendirian.”

Pada bulan September yang lepas, satu lagi syarikat GGP pada musim ini merupakan syarikat pembekal servis untuk satu sumber pembayaran yang hebat bagi industri tempat letak kereta telah memperkenalkan JomParking sebagai satu kaedah pembayaran secara atas-permintaan ataupun secara prabayar dengan menggunakan telefon pintar.

Muhamad Nasir Habizar, pengasas JomParking, berkata, “Sebelum menyertai GCP, walaupun kami telahpun menerima dana, kami mengalami satu tempoh yang mana pertumbuhan syarikat kami amat terhad kerana kami tidak merancang strategi pemasaran yang berkensan untuk mendapatkan ahli-ahli baru. Walau bagaimanapun, semasa kami menyertai program GCP ini, para jurulatih telah mengajar kami pendekatan yang terbaik untuk menguruskan strategi pembangunan produk and juga strategi pembangunan pengguna-pengguna kami.”

“Kami amat berterima kasih atas panduan dan tunjuk ajar yang diberikan dan kami telah mencapai beberapa perancangan yang lebih baik untuk pemasaran dan pemerolehan pengguna. Oleh itu, kami amat menggalakkan bagi mereka yang mana perniagaan mereka tidak berkembang atau sedang menuju jalan buntu, untuk menyertai program GGP ini.”

Satu lagi peserta yang menunjukkan potensi adalah syarikat yang menyediakan satu platform atas talian iaitu Signature Shack Sdn Bhd. Signature Shack bertumpu kepada gaya hidup yang sihat dah mampu dicapai dan mampu milik melalui penyediaan snek-snek yang berkhasiat yang ditawarkan pada harga borong.

Pengasas syarikat ini, Edwin Wang, berkata, “Semasa program GGP ini, para jurulatih telah membuatkan kita melihat pelbagai kemungkinan yang jauh melebihi apa yang kami sudah sedia ada. Terdapat pelbagai strategi-strategi yang bagus yang mungkin tidak dapat dipraktikkan sekarang tetapi apa yang kami pelajari telah membantu kami untuk merangka pelan 3 – 5 tahun dengan hala tuju yang cukup jelas mengenai peluang untuk mengembangkan syarikat kami.”

Belau juga berkata, “Kami juga diberi peluang untuk turut serta dalam program Investor Readiness Programme (IRP) yang mana kami telah mendapatkan dua pelabur untuk syarikat kami semasa hari demonstrasi kami. Jurulatih kami amat bagus kerana nasihat yang diperolehi daripada beliau yang dapat mendorong kami ke arah kejayaan ini. Saya amat mengesyorkan program IRP ini kepada semua syarikat yang ingin mendapatkan dana kerana program ini direkabentuk dengan begitu bagus sekali untuk menambah ilmu pengetahuan anda tentang bagaimana fungsinya modal teroka (venture capitals atau VC), apa yang hendak dicapai oleh mereka dan bagaimana anda seharusnya menyampaikan perancangan anda kepada mereka untuk mendapatkan dana.”

Bagi sesiapa yang ingin menyertai program GCP, anda boleh melawat www.gcp.com.my untuk maklumant lanjut dan seterusnya untuk mendaftar minat anda dalam menyertai program ini.

Sumber asal, Kredit Imej: Cradle.com.my

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.