Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

30 e-Wallet Dalam Satu Aplikasi (Akhirnya!…)

374 0

Dengan lebih 30 e-Wallet di Malaysia, sudah tiba masanya untuk seseorang gabungkan kesemuanya dalam 1 aplikasi.

Industri E-Wallet di Malaysia sedang berkembang dengan pesat dengan lebih 30 pemain E-Wallet di pasaran. Dengan wujudnya E-Wallet yang banyak di Malaysia, kita berdepan dengan satu masalah iaitu, mana satu yang perlu kita gunakan?

Perkara pertama yang dilihat oleh orang yang mahu menggunakan E-Wallet adalah penerimaan E-Wallet tersebut di antara peniaga kerana ia tidak boleh digunakan sekiranya ia tidak diterima di pelbagai tempat. Perkara kedua adalah, apakah kelebihan dan ganjaran yang boleh didapati oleh pengguna sekiranya mereka menggunakan E-Wallet?

Disini datangnya Wilson Low yang telah membangunkan Mback Pay, penyelesaian kepada pembayaran E-Wallet di mana beliau berharap ia boleh menggabungkan semua E-Wallet di dalam satu platform. Beliau memberitahu, “idea kami diinspirasikan oleh satu syarikat yang baru ditubuhkan di China yang menyediakan pelbagai jenis cara pembayaran.”

Walaubagaimanapun, konsep ditukar mengikut selera tempatan untuk memastikan ia sesuai dengan budaya bisnes di Malaysia kerana budaya di Malaysia adalah amat berbeza berbanding di China.

Wilson berkata, “selain itu, Malaysia juga mempunyai lebih dari 30 pemain E-Wallet di pasaran, jadi mereka menambah baik idea mereka dengan menggabungkan semua E-Wallet di dalam satu platform dan menyediakan ia kepada para peniaga.”

Dengan platform ini, para pengguna tidak perlu risau akan jenis E-Wallet yang digunakan kerana semua jenis E-Wallet akan diterima oleh para peniaga. Selain itu, para peniaga juga tidak perlu risau kerana mereka boleh menerima pelbagai jenis E-Wallet dari semua jenis pembayaran. Jadi, ia boleh memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Mback Pay diuruskan oleh Wilson Low, yang berumur 27 pada tahun ini dan juga bertanggungjawab atas peniaga – peniaga penting, menjaga dan mengoptimasikan prestasi para peniaga. Beliau disokong oleh Victor Khoo, 34 yang mempunyai pengalaman selama 9 tahun dalam mencipta aplikasi dan sistem back-end.

Pelantar e-Wallet Semua Dalam Satu

Mback Pay berfungsi dengan menggabungkan semua E-Wallet di dalam satu platform tetapi ia disediakan di bahagian peniaga. Ia bermula dengan pelanggan yang membayar melalui E-Wallet, tetapi peniaga hanya perlu menggunakan QR Code dari Mback Pay sahaja tanpa perlu menyediakan QR Code dari pelbagai jenis E-Wallet dan pelanggan hanya perlu imbas kod untuk membayar.

Sistem MBack akan mengenalpasti aplikasi E-Wallet yang digunakan dan akan menyalurkan pembayaran kepada E-Wallet tersebut. Kemudian, para peniaga boleh menyemak semua transaksi di dalam satu sistem dan ia boleh digunakan melalui telefon pintar, jadi ia tidak memerlukan terminal.

Para peniaga yang mendaftar untuk menggunakan Mback Pay tidak dikenakan sebarang yuran ataupun deposit. Mereka hanya akan dicas beberapa peratus dari setiap transaksi sebagai komisen.

Mback Pay mempunyai satu E-Wallet yang telah dimasukkan ke dalam sistem, iaitu Wechat Pay. Wilson berkata bahawa, “sekarang ini kami sedang menjalan perbincangan dengan beberapa syarikat E-Wallet di Malaysia. Sasaran kami pada tahun hadapan ialah untuk berhubung dengan 8 syarikat E-Wallet di Malaysia.”

Melawan Ketidakcekapan E-Wallet

Salah satu masalah yang sering dihidapi oleh pengguna E-Wallet adalah pekerja kaunter tidak tahu cara menggunakan E-Wallet walaupun para peniaga telahpun menerima E-Wallet.

Mereka mengambil masa selama 10 minit dan kemudian terpaksa memanggil pengurus untuk membantu mereka dan ini merupakan satu masalah. Ini tidak sama dengan tujuan E-Wallet, iaitu untuk memudahkan para pengguna dari menggunakan wang tunai ataupun kad.

Wilson dan pasukan beliau telah menyelesaikan masalah ini dengan memberi penerangan bagaimana platform mereka berfungsi dengan E-Wallet secara satu persatu kepada para peniaga dengan memberikan contoh bahawa E-Wallet berfungsi dengan cara yang sama seperti ATM tetapi ia berada di dalam telefon pintar. Apabila pelanggan membeli produk ataupun servis, mereka boleh menggunakan telefon pintar mereka daripada menggunakan kad ATM ataupun wang tunai.

Bekalan E-Wallet yang berlebihan di pasaran bukan sahaja memberi kesan kepada peniaga dan pengguna, malah syarikat E-Wallet juga mempunyai masalah. Meskipun E-Wallet cuba mendapatkan peniaga untuk menggunakan ia, tetapi tidak semua peniaga yang mahu menerima kerana sesetengah peniaga telah menerima pelbagai jenis E-Wallet.

Mback mahu menyelesaikan masalah ini untuk kedua – dua belah pihak.

“Salah satu pesaing kami menyediakan peniaga satu alat terminal untuk menjalankan transaksi. Namun, konsep kami boleh dijalankan di atas telefon pintar tanpa memerlukan sebarang alat terminal.” Kata Wilson.

Selain dari mengenakan bayaran komisen, MBack Pay menyediakan servis tambahan seperti aplikasi mobil untuk para peniaga mencetak resit untuk pelanggan.

Matlamat Hujung Tahun

Mback Pay juga menerima pengiktirafan bagi permulaan mereka.

“Salah satu kejayaan bagi kami adalah kami merupakan salah satu bahagian program 1337 Venture dan terpilih sebagai tempat ke 11 teratas di dalam The Alpha Startups:Fintech Edition 2018. Kami juga terpilih sebagai tempat ke 30 teratas (Foreign Competition) – Dark Horse Venture 2017 di Beijing.” Kata Wilson.

Setakat sekarang, mereka telah menjalankan 20,000 transaksi pada bulan Ogos dan telah mempunyai 60 peniaga yang menyertai. Walau bagaimanapun, Mback mahu mendapatkan 100,000 transaksi dan 300 penyertaan dari para peniaga pada hujung tahun ini.

 

Kredit dan Sumber Asal

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.