“Lima adiwira remaja, Kapten Danny, Elly, Alan, Sasha dan Blinq telah diarahkan oleh Laksamana Aaron untuk mempertahankan bandar mereka dari serangan makhluk asing, rasaksa dan si jahat genius, Zeeboz.“Itu adalah sipnosis rancangan animasi berbentuk 3D SuperSquad yang boleh ditonton di TV3 setiap minggu.
Tahukah anda animasi tersebut dihasilkan oleh anak tempatan? Ini termasuk juga rancangan kanak-kanak SuperTots. Ia diterbitkan oleh syarikat Netcarbon Sdn. Bhd. dibawah bimbingan Ketua Pegawai Eksekutif Rashdan Ramlee. Berdasarkan inspirasi “Bring Content To Life,” Netcarbon telah memenangi pelbagai anugerah dan telah menghasilkan lebih daripada 2500 jam kandungan untuk pembelajaran dan hiburan.
Rashdan Ramlee mendapat ilham menghasilkan animasi ini setelah melihat gelagat anak-anak. “Idea untuk menghasilkan Supersquad ini datang daripada memerhati tingkah laku anak saya.” katanya.
Jika anda pernah menonton rancangan kanak-kanak 3D, anda akan dapati pergerakkan tubuh badan watak tidak normal dan agak pantas, sebaliknya apabila menonton SuperSquad, anda dapat perhatikan, pergerakannya hampir sama seperti pergerakan manusia sebenar. Ini disebabkan ia menggunakan teknologi Motion Capture (Mocap).
Mocap, adalah proses merekod pergerakan objek atau manusia berlatar belakang skrin hijau atau biru. Ia digunakan dalam pelbagai bidang. Ini termasuk hiburan, sukan, simulasi komputer dan sebagainya.
SuperSquad menggunakan hybrid antara Mocap dan teknik keyframing untuk mengahasilkan satu babak. Prosesnya mengikut piawai BVH untuk menyimpan data melalui perisian khas bagi mengurangkan data density dan clean up. Data yang telah ditapis akan diserahkan kepada keyframe animators. Proses penganimasian bersekitar piawai FBX dan perisian Softimage digunakan sebagai perisan utama.
“Beza dengan animasi traditional, Mocap menangkap pergerakan yang halus. Sebagai contoh pergerakan ketika bersilat, ia amat sesuai. Keyframing pula adalah terjemahan, bermakna pergerakan berdasarkan imaginasi serta diterjemahkan oleh animator dan ia lebih bergaya.”
Sehubungan dengan itu, seorang pelakon diperlukan untuk menangkap pergerakan menggunakan perkakasan khas. Perkakasan ini akan menangkap pergerakan pelakon melalui penanda (marker) yang diletakkan pada bodysuit dan headgear.
“Seorang pelakon Mocap yang baik, perlu mengerakkan angota badan dengan tepat. Kami biasanya mengambil pelakon yang mempunyai latarbelakang sebagai seorang penari atau persilat sebagai pelakon mocap.” kata Rashdan. Menurutnya lagi semasa membangunkan SuperSquad, banyak cabaran telah dihadapi antaranya adalah mencari pembiayaan dan mendapatkan pengedar.
Nasihat beliau kepada individu yang berminat, “Untuk menjadi seorang pelakon Mocap, belajar tarian atau silat. Tetapi untuk menjadi keyframe animator, memerlukan banyak latihan dan minat”.
SuperSquad pernah memenangi 2 anugerah antarabangsa bagi teknologi yang digunakan. Sepanjang penglibatan dalam SuperSquad, Rashdan Ramlee aktif menghadiri MIPCOM setiap tahun. MIPCOM adalah acara peringkat dunia dimana pemain industri akan berkumpul selama 4 hari untuk pameran, rangkaian, konferens dan screening dalam bidang kandungan dan hiburan.
Sebagai perintis, bidang animasi dan Mocap, beliau menjangkakan Mocap akan menuju kearah tangkapan tanpa marker dan animasi akan menjadi perkhidmatan utama kepada produk seperti Augmented Reality (AR), VR dan permainan video. Beliau juga sedang mengkaji dan menjangkakan 5 tahun akan datang, Netcarbon akan melibatkan diri dalam bidang AR.
Selain menghasilkan animasi, Netcarbon Sdn. Bhd juga memberikan khidmat menghasilkan konten pembelajaran e-learning.
Menggambarkan dirinya sebagai pemalu, anda tidak akan sangka individu yang menerbitkan SuperSquad berlatarbelakangkan pendidikan dalam penghasilan rekabentuk mikroprosesor. Sentiasa fokus dan komited membina jenama SuperSquad dan Netcarbon, beliau juga berminat dalam bidang teknologi pembinaan pembelajaran mesin dan Artificial Inteligence (AI).
Selain daripada itu, Rashdan yang juga merangkap jawatan sebagai Presiden NEF, dan mempunyai beberapa syarikat yang membangunkan teknologi terkini dalam bidang Blockchain. Akhir kata dari Rashdan Ramlee, “Tontonilah SuperSquad di Saluran – saluran tv Mediaprima dan GlobalTV Indonesia .”
[…] Kredit OtakIt […]