Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

“Disruptive Entrepreneurship” Tema Simposium MaGIC Academy 2017

3.24K 0
“Disruptive Entrepreneurship” Tema Simposium MaGIC Academy 2017

Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), akan menganjurkan Simposium MaGIC Academy (#MA2017) bermula 4 hingga 7 Oktober 2017 bertempat di Cyberjaya. Acara tahunan ini menampilkan ramai pakar industri terkemuka disamping menyediakan peluang untuk mengasah kemahiran menerusi sesi ceramah, master class dan sesi bimbingan. Selain itu, # MA2017 akan menganjurkan pameran kerjaya untuk syarikat permulaan terbesar di rantau ini sebagai platform untuk individu yang berminat bekerja dengan syarikat permulaan.

Sehubungan itu, Pameran Kerjaya #MA2017 yang akan diadakan pada hari ke-4, dibuka kepada umum dan dijangka dihadiri lebih daripada 2000 orang. Peluang yang baik bagi individu yang berminat untuk mencari peluang pekerjaan, bertemu dan berinteraksi dengan syarikat permulaan.

Bertemakan “Disruptive Entreprenuership,” MA2017 kali ini akan memfokuskan kepada menangani cabaran dan peluang yang membolehkan usahawan berada kekal kehadapan dalam meneroka tren yang mendatang. Antara penceramah yang akan hadir pada acara tersebut adalah Pengarah E-dagang Babylist Scott Halcomb, Jurutera Perisian Pinterest Adam Burmister, Pengasas Zebra Intelligence Tiffany Zhong, Tiffany Ketua Pegawai Eksekutif Katsana Syed Ahmad Furqha, dan ramai lagi.

Speakers

Fokus Program

Hari Pertama: Troubleshooting

Perkongsian dan panduan menyelesaikan masalah yang biasa dihadapi oleh usahawan syarikat permula serta tindakan yang boleh dilakukan untuk mendiagnosis dan mengurangkan risiko. Ini termasuk juga perkara berkaitan masalah pasaran, model perniagaan yang gagal, masalah pengurusan dan masalah produk.

Hari Kedua: Peluang & Pertumbuhan

Mengenalpasti dana yang sesuai untuk pelbagai peringkat pertumbuhan syarikat permulaan, pengembangan pasaran dan risiko yang terlibat serta peluang-peluang tersedia untuk syarikat mengambil kesempatan.

Hari Ketiga: Trend Masa Depan

Sorotan dan gambaran masa depan bagi ekosistem permulaan dan apa yang relevan pada tahun-tahun akan datang. Disamping itu mengenalpasti apakah trend terbesar masa depan bagi syarikat permula (Contohnya pembelajaran mesin, VR Windows, AI, dll)

Hari Keempat: Bakat & Kerjaya

Platform terbesar untuk pencarian bakat kerja untuk syarikat pemula di Malaysia. Menyasarkan 100 peserta pameran dengan hampir 2,000 pencari kerja.

Siapa Yang Perlu Hadir?

  • Syarikat Permulaan – Belajar kemahiran baru melalui master class dan program bimbingan
  • Pelajar – Peluang pekerjaan didalam syarikat permulaan
  • Korperat – Hadir ceramah wawasan bertaraf dunia
  • Pelabur – Mencari syarikat permulaan yang berpotensi dan membina rangkaian
  • Ahli Perniagaan – Mencari inovasi dan idea baru untuk perniagaan
  • Usahawan Sosial – Idea dan inovasi untuk membesarkan skala perniagaan

Jika anda berminat untuk menyertai acara ini, boleh mendaftar dengan melayari http://ma2017.mymagic.my/page/1309255/register untuk mendapatkan tiket. Tiket berharga RM80 untuk akses harian dan RM216 untuk akses tiga hari. Kedua-dua harga tiket mendapat akses kepada semua kelas dan sesi bimbingan. Diskaun 10% diberikan jika menempah 3 atau lebih tiket. Makan dan minum juga disediakan.

Bagi yang berminat untuk menjadi Rakan Kerjasama MA2017, sila hubungi  [email protected] untuk pertanyaan. Layari MA2017.mymagic.my untuk maklumat lanjut dan informasi terkini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.