Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

JOMLAUNCH5 Ketengahkan 19 Lagi Projek Dengan Kehadiran 480 Peserta

,
5.73K 5

Komuniti JOMWEB sekali lagi menganjurkan JOMLAUNCH, kali ini sebagai siri yang ke-5. Seperti tahun lalu, JOMLAUNCH5 turut dijayakan dengan sokongan kuat oleh TM:RE dan Persatuan Usahawan and Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF). Selain itu, antara lain yang turut membantu sebagai penaja adalah SumberManusia.my, Katsana, Corner Room Studios, Aidan, RunCloud, GRAB, BillPlz, Urusniaga.my dan JetBrains.

Berlangsung di Telekom Malaysia Convention Centre pada 16 September 2017 yang lalu, ianya bertemakan pakaian tradisi sebagai meraikan juga Hari Malaysia yang jatuh pada hari yang sama.

Dengan kehadiran sekitar 480 peserta, pempamer, pembentang projek dan penaja, ianya nyata meriah.

JOMLAUNCH5 menyaksikan kehadiran Iqbal Abdullah sebagai penceramah yang terbang dari Jepun khusus untuk menjayakan program. Selain daripada beliau, sessi ceramah turut dijayakan oleh Dr. Murni Abdullah dari UIA, Adzmely Mansor Nexoprima Sdn Bhd, dan juga Syamil MJ dan Arzumy MD yang kedua-duanya dari Fave.

Pembentang projek juga turut mempamerkan produk dan perkhidmatan. Dan juga kehadiran satu pempamer khas, EC-CUBE dari Jepun, yang merupakan syarikat pembangun sistem shopping cart sumber terbuka yang terkemuka di Jepun.

Pembentangan projek nyata hebat-hebat belaka, yang terdiri daripada mobile app, robotik, web app dan lain-lain. Berikut adalah projek-projek yang telah terlibat sama menjayakan JOMLAUNCH5.

  1. SumberManusia.my – oleh MMB Niaga Sdn Bhd, sebuah sistem sumber manusia untuk SME dengan kadar yang berpatutan, bermula dari RM2 sebulan bagi seorang pekerja.
  2. Vega – oleh Shak Hassan, sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk menguji API
  3. SQL WAF – Projek oleh kumpulan penuntut Politeknik Mersing. Web Application Firewall yang boleh dipasang pada mana-mana webserver
  4. Passenger Info – Sebuah projek dalaman Prasana untuk manfaat pengguna, yang memberi maklumat pengangkutan awam kepada umum
  5. FARMO Robot – Oleh Abi Agro dari Perlis yang membangunkan sebuah robot untuk meracun tanaman
  6. Bepunct – Sebuah sistem dalaman yang digunakan Terato sebagai intranet dan pengurusan pekerja
  7. NEOMON – dibangunkan oleh Nurfaiz Foat dan diedarkan secara sumber terbuka, sebagai alat untuk membaca tanda-tanda penting bayi yang baru lahir
  8. Kitikiti HRM – oleh Usamah Jamaludin sebagai sebuah SaaS yang fleksibel dan mudah untuk ‘localization’ di mana sahaja
  9. RunCloud Backup – RunCloud berkongsi perjalan mereka sejak JOMLAUNCH4 dan melancarkan ciri-ciri Backup
  10. DriveMark oleh Katsana – aplikasi mobail yang memantau keadah pemanduan pengguna dengan ciri-ciri sosial yang menarik
  11. Complaints Management System – Sebuah sistem dalaman Prasana yang mengumpulkan data dari pelbagai sistem
  12. Knight VPN – Sistem VPN agar penggunaan internet anda lebih selamat
  13. Ninja Pencil – game yang menarik yang telah memenangi IPCC
  14. Usahawan (dot) me – platform pengiklanan yang memudahkan usahawan dan pengguna
  15. Zetpy – platform setempat untuk peniaga online dan menyenaraikan produk di 4 marketplace sekali gus — Lelong, 11street, Lazada, Shopee
  16. Ticketrivia – sistem penjualan tiket bas yang memberi peluang pendapatan kepada umum untuk menjadi agen
  17. Kaki Futsal – sistem pengurusan pusat futsal
  18. Jom Coach – sistem yang membantu komunikasi antara jurulatih kesihatan dan pelatih kesihatan
  19. Awesell – sistem yang membantu peniaga dan agen dropship dalam pengurusan perniagaan

Di akhir acara, NEOMON telah dipilih penganjur sebagai projek pilihan. Dua peserta lelaki dan perempuan telah juga menerima hadiah pakaian terbaik. Dan tiga peserta telah memenangi lesen setahun IDE daripada Jetbrains. Katsana juga turut memberikan hadiah kepada pemenang peraduan Drivemark yang mereka adakan sejak sebulan yang lalu.

5 Comments

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.