Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

4 Bank Di Malaysia Lancarkan Skim Pembiayaan Dan Solusi Digital Untuk SME

4.21K 0

Baru-baru ini, 4 bank di Malaysia telah melancarkan skim pembiayaan dan solusi atas talian yang di sasarkan bakal membantu SME mengembangkan lagi perniagaan mereka. Skim pembiayaan dan solusi atas talian ini di tujukan kepada SME yang ingin menukar bentuk pengurusan perniagaan konvensional kepada pengurusan digital yang lebih cekap dan lebih menjimatkan.

Maybank Banking Berhad, RHB Banking GroupHong Leong Bank dan United Overseas Bank telah melancarkan program untuk membantu SME di dalam negara untuk beropersai lebih cekap dan efektif sama ada secara kewangan atau bukan kewangan, atau kedua-duanya.

Maybank dengan kerjasama Credit Guarantee Corp Sdn. Bhd. (CGC) telah melancarkan Skim CGC Portfolio Guarantee (PG) yang menyediakan pembiayaan RM2 billon bagi SME. Maybank turut menawarkan perkhidmatan bukan kewangan seperti nasihat, latihan dan program pembinaan kapasiti seperti “Building Capacity & Capability for SMEs.”

Menurut siaran akhbar, jumlah pembiayaan yang dinyakatkan adalah yang terbesar dibawah skim CGC PG bagi membantu SME untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat seterusnya. Portfolio Guarantee adalah satu akses pembiayaan tambahan dengan kelulusan dan pembayaran pinjaman yang lebih pantas.

SME boleh memilih fasiliti pembiayaan sama ada Konvensional atau Islamik dari Maybank dengan minimum RM50,000 sehingga RM1.5 juta untuk tempoh tetap sehingga 7 tahun. Dibawah skim ini, 70% jumlah pembiayaan principal di jamin oleh CGC.

Hong Leong Bank pula telah memperuntukan RM2.5 billon bagi pembangunan SME bermula 1 Julai yang lepas. Skim ini juga dibawah jaminan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd melalui skim PG.

Hong Leong Digital Businiess Solutions ini juga menyediakan 5 alat niaga yang dikenali sebagai HL ConnectsLite yang menghubungkan SME kepada satu pelantar, Biztory (e-akaun dan solusi invois), Kakitangan (pelantar sumber manusia), SimpleTax (alat percukaian atas talian) dan Digital Advert (outdoor digital screening dengan lebih 3,500 skirn seluruh negara).

Sejumlah RM1 billion juga telah disediakan bagi program SMElite yang menyokong perkembangan SME dalam bidang hartanah bagi pembiayaan dan keperluan modal kerja. SME yang berkelayakan melaliu SMElite akan menerima pinjaman sehingga RM5 juta bagi pembelian hartanah dan pembiayaan semula bersama dengan keperluan modal kerja sehingga 150% margin pembiayaan.

United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB) dan syarikat penyedia perisian perniagaan SAP, telah menjalinkan kerjasama bagi menawarkan UOB SmartBusiness kepada SME. Ia adalah solusi digital perniagaan berasaskan awan yang direka untuk membantu SME menjimatkan perbelanjaan dan meningkatkan kecekapan operasi.

Ia membolehkan SME menyelaraskan dan digitalisasi operasi belakang tadbir seperti perakaunan, penggajian dan pengurusan perniagaan melalui intergrasi solusi digital. SME boleh hubungkan akaun UOB SmartBusiness dengan Akaun semasa UOB, menyelaraskan transaksi yang melibatkan invois jualan atau bil pembayaran.

Terdapat 3 pakej disediakan bergantung kepada fungsi yang diperlukan dan bilangan jumlah pekerja dalam organisasi. Pakej asas diberikan secara percuma kepada pelanggan UOB Malysia Perbankan Perniagaan.

Pada masa sama, UOB akan menganjurkan pertandingan Tech My Biz bermula 11 Jun 2018 yang bertujuan untuk menggalakkan SME berubah kepada pendigitalan.

RHB Bank pula sedang mensasarkan untuk meluluskan RM100 juta dalam bentuk pinjaman SME pada tahun berikutnya melalui pelantar pembiayaan atas talian bagi perniagaan kecil-kecilan. Syarikat boleh melakukan permohonan melalui RHB SME Financing

Pelantar atas talian tersebut menawarkan pinjaman SME dengan tempoh minimum enam hingga 24 bulan, dan pembiayaan antara RM50,000 hinga RM300,000. Pembiayaan akan diperolehi dalam masa 5 hari bekerja.

Laman RHB SME Financing juga menyediakan simulasi pinjaman atas talian untuk membantu pelanggan melakukan pengiraan kemampuan pinjaman. Buat masa ini, ia hanya dibuka dikawasan Klang Valley dan dijangka akan ditawarkan ke seluruh negara menjelang suku ketiga.

Kredit gambar, TheStar

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.