Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

StixFresh Atasi Keengganan Pelanggan dengan Bisnes Model Unik

,
259 0

“Kami nak pakai tapi kami tak mahu keluarkan apa-apa belanja tambahan untuk itu.”

Itu yang dikatakan oleh bakal pelanggan.

Macam mana nak buat duit apabila pelanggan tak mahu mengeluarkan belanja untuk khidmat kita, walaupun ianya memberikan 1001 kebaikan.

Itu yang dibincangkan tadi bersama Zhafri, pengasas syarikat inovasi teknologi pemakanan dan bioteknologi, Stixfresh.

Stixfresh telah membuat penyelidikan dan mengeluarkan produk pelekat yang boleh memanjangkan jangka hayat buah-buahan apabila dipasarkan. Kalau sesuatu buah itu hanya boleh berada di rak di kedai selama seminggu, sebelum ianya busuk dan rosak, dengan Stixfresh, buah itu mungkin boleh berada di rak selama sebulan.

Tapi, apabila Stixfresh cuba menjual hasil inovasi mereka kepada pasaraya, mereka berminat namun enggan mengeluarkan sebarang belanja tambahan.

StixFresh memenangi anugerah startup terbaik kategori teknologi makanan di ASEAN Rice Bowl Award Malaysia, 2019.

“Kalau kita jual barang tu RM5. Kita naik harga RM5.20 pun orang dah tak mahu beli…”

Itu kata wakil di pasaraya.

Namun nyata Stixfresh masih boleh berniaga maju, berdaya saing, dan menjana pulangan yang besar.

Sebenarnya, secara am, 40% buah-buahan di pasaran gagal dijual dan rosak. Itulah yang dihadapi oleh pasaraya.

Melihat kepada fakta ini, Stixfresh mencuba bisnes model yang lebih berbeza. Dengan analisa kos dan inventori secara lebih terperinci, mereka mencadangkan perkongsian keuntungan atas jualan stok yang biasanya rosak itu tadi.

Bermakna, sekiranya menggunakan Stixfresh boleh mengurangkan stok rosak dari 40% kepada 30%, mereka akan berkongsi hasil jualan 10% itu.

Dengan ini, Stixfresh berjaya menembusi beberapa pasaraya dan menjana pendapatan yang sihat. Malah Stixfresh juga sudah mula menembusi pasaran antarabangsa seperti Amerika Syarikat.

Kita bukan sahaja kagum dengan teknologi dan hasil inovasi anak watan, tapi juga dengan model bisnes yang unik ini.

Untuk makluman tambahan, produk ini diinovasikan dan dikilangkan di Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.