Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

“Bumipreneurs of Tomorrow”, Tema Program BAHTERA 2017 Edisi Selatan

5.67K 0
“Bumipreneurs of Tomorrow”, Tema Program BAHTERA 2017 Edisi Selatan

Kejayaan Program BAHTERA pada Tahun 2015 dan 2016, membolehkan acara ini sekali lagi diadakan untuk edisi ketiga. Dianjurkan oleh New Entrepreneur Foundation Malaysia(myNEF), program ini akan berlangsung pada 14 hingga 15 Oktober 2017 bertempat di Pusat Konvensyen Persada Johor. BAHTERA  2017 Edisi Selatan,  bertujuan untuk meningkatkan hubungan usahawan dengan agensi kerajaan, swasta dan NGO yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Bertemakan “Bumipreneurs of Tomorrow”, program BAHTERA mensasarkan penglibatan semua peringkat usahawan dan komuniti perniagaan Bumiputera. Himpunan usahawan terbesar di Malaysia untuk Bumiputera ini, bakal dihadiri oleh 2000 peserta semasa sesi pembukaan dengan kapasiti 3000 peserta sehari.

Menurut satu kenyataan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Malaysia YBHG Tan Sri Irwan Serigar  “Ini satu daripada platform yang baik untuk setiap usahawan Bumiputera terutama golongan muda bagi memastikan mereka bersedia menghadapi cabaran dunia keusahawanan pada masa akan datang.

“Pelbagai kemudahan disediakan untuk mereka, ditambah pula dengan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT) yang mampu meningkatkan produktiviti dan keuntungan, selain membantu peniaga mengukuhkan penjenamaan produk atau perkhidmatan mereka,”

Kenapa Anda Perlu Hadir?

Acara ini menampilkan 30 penceramah dan panelis, 27 Master Class, 28, Pocket Talks, 27 Program Owners, 40 Agensi Kerajaan, dan 70 pempamer dari Johor disamping 2 Boot Camp dan 5 usahawan selebriti.

Antara penceramah yang bakal hadir adalah Leadership Guru Datuk Faridah Hanim, Ketua Pegawai Eksekutif Avana Luqman Adris, Pengarah Eksekutif INKSEN Muhd. Firdaus Azharuddin dan ramai lagi. Turut hadir sebagai Panelis Selebriti antaranya Pelakon Popular Fatah Amin, Anchor Astro Awani Kamarul Bahrin dan Raja Pecut Asia Tenggara Khairul Hafiz.

Program BAHTERA dirangka untuk memberi penekanan kepada aktiviti berupa “outcome driven” atau memudah-cara (facilitated) secara menyeluruh melibatkan kluster industri:

  1. Halal, makanan & keusahawanan Agro
  2. Keusahawanan Belia
  3. Keusahawanan Sosial
  4. Fesyen, pelancongan & budaya
  5. Keusahawanan wanita
  6. Perkhidmatan & Peruncitan

Peserta yang hadir boleh menerokai 6 Zon dimana setiap satunya di selaraskan untuk memberi bimbingan dalam transformasi kepada usahaniaga peserta dari segi inspirasi dan motivasi, klinik bantuan kaunseling “1 to 1”, bengkel, program bantuan dari agensi kerajaan, pitch dan pameran. Zon tersebut terdiri daripada:

  • Zon Bual Bicara – Zon perbincangan isu-isu dan penyelarasan agenda BAHTERA dan ceramah dari pelbagai industri
  • Zon Bimbingan Usahawan – Bantuan kaunseling dan klinik “1 to 1” bimbingan pakar-pakar perniagaan
  • Zon Ilmiah – Bengkel prraktikal dan penekanan terhadap strategi Blue Ocean
  • Zon Peluang Keusahawanan – Pendedahan kepada program atau bantuan daripada agensi kerajaan dan rakan ekosistem
  • Zon Pitch – Bimbingan penyediaan dan pembentangan kertas kerja atau pitch
  • Zon Pameran – Booth pameran dan jualan produk-produk bumiputera.

Antara program menarik yang akan berlangsung:

Hari Pertama

  • Persatuan Usahawan Internet – Biar Pelanggan Bali Berulangkali: Ini Strategi Online
  • Coach Hasril – Business Model Canvas For Food Truck Business 
  • Leap Leadership Academy – How to Get A Standing Ovation After Presenting Your Ideas

Hari Kedua

  • Persatuan Usahawan Dan Industri ICT Bumiputera Malaysia NEF – Cryptocurrency Dan Cara Menggunakannya
  • Datuk Faridah Hanim @ Ibu HanimUsahawan Dalam Dunia V.U.C.A – “The New Normal”
  • MadResponse – Raving Fans And Sales Through Email Marketing

Bagi yang berminat untuk menjadi perserta BAHTERA 2017, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar disini. Pendaftaran adalah percuma. Layari http://www.Bahtera.my/ untuk maklumat lanjut. Untuk sebarang pertanyaan, hantarkan email kepada [email protected] atau hubungi nombor berikut 03-7731 4410.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.