Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

“NETBASH KEMBALI SARAN USAHAWAN DALAM INOVASI PERNIAGAAN BERPOTENSI TINGGI”

3.61K 0

NEF, atau Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia telah menggerakkan semula siri program Netbash yang merupakan satu sesi bual bicara santai untuk usahawan ICT pada 20 September 2016 bertempat di The Foundation, Damansara Perdana.

Siri Netbash kali ini menemukan dua panel pelabur modal teroka, Encik Jamaluddin Bujang, Ketua Pegawai Eksekutif MAVCAP dan Encik Ashran Dato’ Ghazi, Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC dalam bual bicara yang membincangkan topik “Developing High-Growth Startup Ventures in South East Asia, Tips and Challenges”. Sesi yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RAVE Ventures Sdn Bhd, Encik Rizal Alwani ini memberi kupasan menarik berdasarkan sumber Internet yang melaporkan lebih 4000 syarikat usahawan negara berpotensi untuk diperkembangkan, namun hanya 9% yang sudah melalui program pecutan bisnes untuk modal teroka (venture capital).

img_4619

Para usahawan yang telah hadir di NETBASH-JOM PITCH X 2016

whatsapp-image-2016-09-23-at-4-59-37-pm-3

Perkongsian daripada En Ashran Dato’ Ghazi, CEO MaGIC

Tambah beliau lagi dalam ucapan pembukaan sesi, Asia Tenggara hari ini menjadi tumpuan pelabur antarabangsa dan angka dana modal teroka dijangka terus meningkat sehingga mencapai USD 40 bilion. Fenomena ini mampu menjadi suatu pemangkin peluang bagi peneroka perniagaan baru dan sedia ada di Malaysia terutamanya.

Menyokong jelas fakta nombor ini, Encik Jamaluddin Bujang menyatakan MAVCAP menyediakan lebih RM2bilion untuk dilaburkan kepada syarikat modal teroka yang sudah mampu mencatatkan lebih 40 peratus perkembangan positif dalam pembangunan produk syarikat tersebut. Peratusan itu diambil kira dari 12 bulan operasi pembangunan produk dan MAVCAP sedia membantu untuk menambah pesat proses tersebut.

img_4727

Pemangku Presiden, En Mohd Rashdan Ramlee, dan CEO myNEF Pn. Lilyana Latiff menyampaikan cenderahati daripada NEF kepada CEO MAVCAP En. Jamaluddin Bujang

Encik Ashran Dato’ Ghazi dalam ucapan beliau menyarankan agar usahawan hari ini yang datang dengan idea baru atau inovasi idea mampu komersil agar turut memberi penekanan kepada asas hakiki dalam pembentukan dan pembangunan perniagaan serta tidak hanya menumpu kepada kelainan idea. Jelas beliau, usahawan harus mencari formula menyelesaikan masalah lebih ramai masyarakat umum dan boleh menggalakkan pertumbuhan positif perniagaan pada kos permulaan yang rendah.

Sesi Jom Pitch X

Sesi Jom Pitch X

img_4755

Sesi Jom Pitch X

“Usahawan tidak perlu hanya tertumpu kepada inovasi perniagaan berasaskan produk Internet semata-mata dan mengharapkan perkembangan pesat. Sebaliknya, pelbagai peluang dalam sektor lain juga turut dilihat mampu menjana keuntungan dan berkembang pesat serta layak menerima geran pembiayaan dan pelaburan modal teroka.”

MODAL TEROKA UNTUK PERKEMBANGAN BISNES

Sesi bual bicara santai ini turut dihadiri 3 pengasas syarikat startups yang telah menerima pelaburan modal teroka dan pembiayaan perniagaan sejak pertengahan 2015 dan kini sedang gigih mengembangkan lagi potensi capaian produk masing-masing.

“Saya mengambil masa lebih 6 bulan untuk persediaan sebelum mencuba nasib mendapatkan pelaburan RM2juta modal teroka bagi pembangunan produk Avana, yang merupakan suatu platform pembelian atas talian di media sosial Facebook” ujar Encik Luqman Aris dalam perkongsiannya. “Segalanya berlaku begitu pantas dan saya seakan berlari untuk terus bersaing dengan masa dan peluang yang terbuka itu”. Tambahnya lagi.

Perniagaan perkhidmatan Laundry On The Go memberikan impak perkembangan luar jangkaan bagi pengasasnya, Puan Nurul Shafiza yang nekad berhenti dari kerja makan gaji untuk memulakan perniagaan. “Perjalanannya tidaklah mudah namun itu bukan penghalang bagi saya merebut peluang yang ada di luar sana untuk terus mengembangkan potensi syarikat.” LOTG berjaya mendapatkan geran biaya bisnes melalui program SUPERB, serta mendapat pelaburan dari pelabur modal teroka RAVE Ventures dan Qeerad. Sehingga hari ini, sejumlah RM600ribu pelaburan diperoleh untuk terus mengembangkan potensi LOTG menyelesai masalah komuniti di Malaysia.

Memilih untuk mencuba kelainan, pengasas Semuanya Bola, Encik Shahrir Bahar berjaya membuktikan model perniagaan pilihan beliau dan pasukannya mampu berkembangan pesat dengan memaksimakan potensi yang ada. Semuanya Bola merupakan saluran media atas talian yang menyediakan liputan bola sepak seluruh dunia dan kini mendapat lebih 4.5juta purata kunjungan ke laman sesawang mereka setiap hari. Berkembang dengan dana biaya RM650 ribu dari Cradle dan Teraju, usahasama kumpulan anak muda ini kini mula bercabang kepada e-commerce bagi memenuhi kehendak peminat mereka.

Sesi bual bicara yang dihadiri hampir 100 orang ahli NEF dan JomWeb memberi pendedahan bahawa usahawan Bumiputera mempunyai peluang terbuka luas untuk mendapatkan sokongan geran dan pembiayaan perniagaan. Pembangunan produk harus memberi keutamaan kepada peningkatan pendapatan dan saluran potensi pelanggan yang pesat untuk turut merebut berpeluang mendapatkan pelaburan modal teroka perniagaan seperti startups Bumiputera yang lain.

INISIATIF RAVE

RAVE Ventures Sdn Bhd, syarikat startups accelerator milikan kongsi New Enterpreneurs Foundation (myNEF) juga menawarkan siri program intensif latihan pembangunan keusahawanan untuk syarikat usahawan Malaysia. Usahawan dengan idea baru atau inovasi idea yang mampu berkembang pesat boleh mendaftar untuk untuk program saringan Jom Pitch-X sebelum layak ke program intensif 2 hari, RAVE Ignite. Manakala usahawan yang berjaya melepasi saringan dua fasa ini akan dibantu selama 6 bulan melalui program RAVE Accelerator yang bertujuan membangun dan meluaskan lagi potensi perkembangan produk perniagaan dengan kaedah terbaik, serta layak menerima geran biaya atau pelaburan modal teroka.

INFO RAVE

Siri mega program Jom Pitch-X akan diadakan selama 2 hari di Karnival Kerjaya & Keusahawanan MARA 2016 pada 8 & 9 Oktober 2016 di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Peserta juga boleh menghadiri sesi workshop bisnes dan pitching yang dibuka kepada umum. Masuk adalah percuma.

Untuk pendaftaran, hubungi RAVE Ventures Sdn Bhd di alamat The Foundation, Tingkat 1, Blok E6, Empire Damansara, Damansara Perdana atau melalui emel ke [email protected] atau [email protected]. Pertanyaan juga boleh diajukan melalui laman sosial Facebook, RAVE Accelerator, pada bila-bila masa hari bekerja.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.