Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

TheLorry Memperoleh Suntikan Dana Siri B RM24 Juta

2K 0

TheLorry merupakan salah satu syarikat start-up yang berjaya di Malaysia dan kini akan terus mengukukuhkan kedudukannya di rantau Asean dengan dana yang diperoleh daripada Siri B berjumlah RM23.85 juta. TheLorry kini beroperasi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Antara pelabur bagi Siri B adalah PNB-INSPiRE Ethical Fund I, Cradle Seed Ventures dan Axiata Digital Innovation Fund

Syarikat yang diasaskan pada September 2014 ini menyediakan servis logistik melalui satu platform yang menghubungkan pengguna dan pemilik lori, van dan trak. Anda nak pindah rumah? Nak bawa barang daripada IKEA? Semua perkhidmatan ini boleh didapati melalui platform TheLorry.

Selain daripada itu, TheLorry turut menyediakan servis kepada syarikat multinasional (MNC) dalam sektor Fast-Moving Consumer Goods (FMCG), peruncitan, perindustrian dan syarikat e-dagang.

Menurut Pengarah Eksekutif, Nadhir Ashafiq, dana ini bukan sahaja akan digunakan untuk memperkukuhkan kedudukannya di 4 negara Asean, tetapi ia juga bagi membangunkan dan menambah baik persepsi dan pandangan terhadap pemandu lori dan trak dalam kalangan masyarakat.

“Terdapat banyak nilai dalam kerjaya sebagai pemandu lori dan trak yang mana masih ramai orang tidak menghargainya.”

“Kami mahu menjadi agen perubahan dalam meningkatkan status dan pendapatan pemandu lori dan trak di rantau ini. ” – Nadhir

Kini, syarikat ini telah berjaya membuat keuntungan di Malaysia dan Singapura dan telah meningkat berkali ganda semenjak pendanaa Siri A pada 2016. Mereka baru sahaja melebarkan sayap ke Thailand dan Indonesia pada tahun lalu dan perniagaan di dua negara ini telah berkembang dengan pesat.

” Dengan pengoptimuman yang dilakukan melalui teknologi kami, kami mengurangkan kapasiti yang kurang dimanfaatkan dan seterusnya meningkatkan kecekapan pemandu kami. Kami sudah melihat hasil penjimatan kos yang dihantar kepada pelanggan kami” – Goh Chee Ha

Sumber: Kapital

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.