Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

ASPIRASI: “Dominate” Ir. Aziz Ismail, Authentic Venture Sdn Bhd.

3.55K 0

‘DOMINATE’
Ir. Aziz Ismail
Authentic Venture Sdn. Bhd
www.ventures.com.my

BIOGRAFI

Ir Aziz Ismail berpengalaman lebih 30 tahun dalam pengurusan enterprise dan industrial automation technology. Bergiat aktif dalam penyelidikan dan pembangunan produk seperti Enterprise Management Applications, SME solution dan PC management, beliau kini berjaya menerusi syarikatnya AUTHENTIC VENTURE SDN. BHD. yang telah menjangkau 13 tahun penubuhan.

VENTURE merupakan syarikat Bumiputera terkemuka di bawah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang menawarkan systems solution kepada organisasi kerajaan dan swasta khusus dalam peningkatan efisiensi tugas serta operasi. Antara produk-produknya, OfficeCentral Enterprise Solutions, AssetCentral, Asset Management Solutions, eTrax PC Monitoring System, Tender Asia dan terbaru Zioola Project Management System. Ia juga sejajar pengiktirafannya sebagai syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) yang turut diperakui Microsoft Silver Partner, Capability Maturity Model Integration (CMMI), ISO:9001, Cyber Security Common Criteria serta badan-badan lain.

Selain menerajui perniagaan, Ir Aziz turut menyumbang aspirasi dalam pembangunan usahawan tempatan. Ianya dizahirkan menerusi penglibatan beliau selaku mantan Presiden TeAM, sebuah pertubuhan yang menghimpunkan technopreneurs ICT, Biotek dan Teknologi Hijau di Malaysia. Selain itu, beliau juga merupakan mantan Presiden II bagi Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF). Beliau juga merupakan Ahli Majlis National Innovation Council (NIC) dipengerusikan Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia serta Ahli Majlis SME Innovation Council dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SME Corporation Malaysia (SME Corp). Beliau juga pernah menganggotai Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) selaku Ahli Majlis serta bekas Economic (Services) Cluster leader dalam Majlis Perundingan Melayu (MPM).

MENGAPA ANDA MEMILIH MENJADI USAHAWAN ?

Sebelum bergelar usahawan saya bertugas di Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai jurutera. Berhasrat menceburi sektor korporat, saya kemudian menyertai syarikat Amerika di Malaysia iaitu Honeywell Engineering sebagai pengurus projek. Kemudian saya beralih pula ke Foxboro, juga sebuah syarikat antarabangsa terkenal yang berpengkalan di Malaysia, dan di situ saya telah dilantik sebagai CEO (Ketua Pegawai Eksekutif).

Di Foxboro saya telah berjaya menyumbang kepada pertumbuhan syarikat menerusi peningkatan sepuluh kali ganda jualan menerusi produk-produk industrial solution dan automation. Antara klien-klien dikendalikan termasuklah Shell, Petronas dan pelbagai syarikat multinasional berpengaruh.

Walaubagaimanapun, bekerja dengan orang atau ‘makan gaji’ ada limitasinya. Dalam erti kata lain, saya tidak boleh menghasilkan apatah lagi memiliki produk sendiri. Memang seronok bergelar CEO dan berada pada tahap itu. Namun bagi saya, dalam kehidupan ini kita seharusnya melakukan lebih lagi daripada biasa dan ianya hanya boleh dicapai dengan menjadi usahawan.

Apabila kita bergelar usahawan ada dua perkara penting yang dapat dicipta. Pertama, laluan pasaran ke peringkat global menerusi produk dan jenama sendiri. Kedua, penghasilan kepakaran baru dalam bidang diusahakan dengan melantik atau menggaji individu berkemahiran. Jika sebelum ini kita sekadar konsumer sahaja kepada teknologi asing, namun dengan adanya kepakaran tersebut ia bakal menyaksikan potensi tempatan sebagai pengeluar teknologi sendiri pula. Kedua-dua ini penting untuk menjadikan kita kelompok yang kuat sekaligus menyumbang
kepada pembangunan negara.

Oleh sebab itu saya telah memilih bidang ini dan Alhamdulillah, ia mampu bertahan sehingga sekarang.

Screen Shot 2016-08-24 at 5.55.49 PM

Ir. Aziz Ismail, Authentic Venture Sdn. Bhd.

Petikan dari buku Aspirasi Unikorn Bumipreneur- Stories From the Frontline terbitan NEF. Penulisan asal oleh Ain A. Patakon. Untuk terus membaca kisah pengalaman Ir. Aziz Ismail, dapatkan salinan buku ‘Aspirasi Unikorn Bumipreneur – Stories From the Frontline‘ sekarang. Untuk versi e-Book, muat turun di e-Sentral.com.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.