Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

CEO GetRunner Muhammad Ziyad, Jadi Runner Tampung Perbelanjan Di Universiti

5.87K 0

Majoriti mahasiswa tahun dua, sedang berhempas pulas menyiapkan tugasan dari pensyarah dan bersengkang mata mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan. Berbeza dengan Muhammad Ziyad Bin Mohd Yazid.

Beliau menubuhkan sebuah syarikat pada tahun kedua pengajian di UniSZA. Sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan runner on-demand dan sebuah pelantar profesional yang menghubungkan pelanggan dengan runner yang dikenali sebagai GetRunner. Ketika artikel ini ditulis, beliau kini di tahun ketiga pengajian.

Bagi menampung perbelanjaan di universiti, beliau melakukan kerja sampingan sebagai runner bagi menampung perbelanjaan di universiti pada tahun pertama.

“Saya bermula ketika tahun 1, saya bawak kenderaan ke universiti. Ramai kawan-kawan saya tak bawa. Jadi mereka mintak tolong saya belikan no. pin PTPTN untuk apply PTPTN. ”

Walaubagaimanapun, beliau sentiasa menghadapi masalah dari segi upah yang tidak tetap, tempahan yang dibatalkan, tugasan yang tidak konsisten malah kebajikan dan keselamatan runner tidak dijaga dengan baiknya.

Dari situ inspirasi untuk memulakan GetRunner.

“Ianya bermula daripada masalah yang dihadapi oleh saya dan rakan-rakan sebagai seorang runner. Daripada masalah yang dihadapi ini, saya ambil inisiatif untuk membuka sebuah syarikat runner untuk membantu menyelesaikan masalah yang ada sekaligus menambahbaik industri runner.”


Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Uber di Malaysia, sedikit sebanyak mempengaruhi model perniagaan GetRunner.

“Apabila Uber mula meningkat naik di Malaysia, saya terdetik untuk implement sistem dan konsep Uber ke dalam industri runner. Dengan harapan, industri runner dapat ditambah baik dan diperkemaskan. Itu lah bermulanya GetRunner. “


Sebagai seorang mahasiswa, kekangan terbesar memulakan perniagaan adalah modal. Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang Muhammad Ziyad kerana beliau memasuki beberapa pertandingan yang menawarkan geran dan pelaburan.

“Alhamdulillah, di situlah kami berjaya mengumpul dana. Antara dana yang kami perolehi adalah geran RM20,000 daripada Teraju Superb Higher Education League 2017 (SHEL) dan perlaburan RM20,000 daripada Khazanah Nasional Entrepreneurship Outreach (KNEO) 2018. Sekarang fokus kami adalah untuk mencari Angel Investor bagi Seed Funding untuk tujuan scale up GetRunner ke bandar-bandar lain. “

Beliau juga terpilih untuk ke Alibaba HQ, Hangzhou bagi mengikuti program Youth Ecommerce Program 2018 selama 10 hari anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dan Alibaba.

Sebelum GetRunner dilancarkan, Muhammad Ziyad melakukan validasi selama 3 bulan untuk melihat sambutan terhadap perkhidmatan yang bakal ditawarkan. Kempen pengiklanan di Facebook dan Google juga dijalankan bagi mendapatkan pelanggan.

“Sepanjang 3 bulan melakukan validate pasaran, kami berjaya mengumpul lebih 1200 responden (pelanggan sasaran & runner sedia ada), 300 waiting customer dan 50 lebih registered runner”

Sehingga kini, 80 orang runner telah berdaftar dan lebih 1000 pesanan pelanggan telah disempurnakan sejak 6 bulan beroperasi.

“Kami telah beroperasi selama 6 bulan semenjak 10.10.2018. Pada awalnya pasaran agak saksi dengan kewujudan GetRunner disebabkan mereka hanya biasa berurusan dengan runner persendirian.  

Alhamdulillah, Kini GetRunner menerima maklum balas yang positif dari pelanggan, runner dan pelanggan B2B kami. Kami menerima peningkatan 30%- 40% pesanan pelanggan setiap bulan. GetRunner kini menjadi peneraju perkhidmatan runner di Pantai Timur.”

Cabaran terbesar menjalankan perkhidmatan ini adalah memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan, sentiasa terbaik dan konsisten. Lebih mencabar adalah menguruskan runner dan tempahan melalui WhatsApp dalam satu masa.

” … kami berjaya mengurangkan cabaran ini dan menambahbaik dari semasa ke semasa dengan adanya SOP yang tersusun dan pengalaman-pengalaman yang telah kami lalui.

Lima tahun akan datang, Muhammad Ziyad melihat GetRunner akan menjadi sebuah SuperApp yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dalam satu aplikasi. Beliau juga komited untuk menjadi penyumbang terbesar pekerjaan melalui aplikasi GetRunner.

Sementara itu, perancangan terdekat beliau adalah membina sebuah website bersistem dan profesional bagi memudahkan pelanggan dan runner. Selain itu, beliau juga agresif menjalinkan kerjasama dengan SME untuk membantu mereka meningkatkan pendapatan dan meluaskan perniagaan mereka dengan perkhidmata yang ditawarkan Getrunner.

“Dengan kepesatan teknologi dan perniagaan di atas talian, saya melihat kini pengusaha-pengusaha kecil-sederhana pun mula menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan mereka yang mana dulunya hanya pengusaha-pengusaha besar sahaja yang melakukan. Ianya sebuah peluang yang baik untuk kami.”


GetRunner kini beroperasi di 5 buah bandar (Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun@Paka dan Kemaman).

Menurut Muhammad Ziyad, bagi yang berminat untuk menjadi runner, mereka mempunyai sistem operasi yang sistematik, tidak perlu layan pelanggan, tidak perlu buat marketing, ada rekod kewangan, pakaian yang khas, group support bersama syarikat dan dapat menjana pendapatan sampingan dengan mudah dan lumayan.

Kebajikan juga dijaga sekiranya menjadi runner GetRunner. Bagi B2B, mereka yang berminat menggunakan perkhidmatan GetRunner dapat meningkatkan pendapatan dan menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan yang dapat menjimatkan kos penghantaran dan masa serta sistem operasi yang sistematik.


Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.