Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Pencalonan Anugerah ASEAN Rice Bowl Startup 2018 Dibuka

373 0

Kuala Lumpur, Jumaat, 4 Mei 2018 – Anugerah ASEAN Rice Bowl Startup (Rice Bowl) telah kembali untuk meraikan syarikat permulaan Asia Tenggara yang terbaik. Anugerah berprestij ini telah membuka pencalonan pada 1 May 2018 untuk siri ke empat.

Pada tahun sebelumnya, Anugerah ASEAN Rice Bowl Startup telah mengumpul lebih dari 1000 pencalonan di seluruh rantau dan di kemuncaknya, pengumuman 15 anugerah yang menjadi rebutan untuk mendapatkan pengiktirafan terbaik dari yang terbaik dari setiap kategori. Anugerah ini telah di berikan kepada unikorn seperti Grab (Singapore), GoJek (Indonesia), Ertigo (Thailand), Star Ticket (Myanmar), QuikWire (Philippines) dan Zoom (Malaysia).

Anugerah Rice Bowl Startup akan diadakan dalam dua peringkat pada tahun ini – Peringkat kebangsaan dan peringkat serantau. Di penghujung musim pencalonan yang bakal berakhir pada 31 July 2018, sepuluh negara di ASEAN akan menganjurkan Rice Bowl tersendiri dan mengumumkan pemenang antara Ogos dan September 2018.

Pemenang Anugerah ASEAN Rice Bowl 2017

Pemenang dari setiap negara akan mewakili negara masing-masing sebagai finalis pada Anugerah ASEAN Rice Bowl Startup yang diadakan pada penghujung Oktober 2018. Syarikat permulaan terbaik dari Asia Tenggara akan diumumkan pada Gala Gemilang Rice Bowl di Indonesia.

Sesi Pemadanan Pelabur ASEAN Rice Bowl juga menjadi insentif tarikan bagi syarikat permulaan untuk bersaing. Finalis pada peringkat rantau akan dipadankan pitch deck mereka dengan pelabur dari seluruh rantau. Pada tahun sebelumnya, ASEAN Rice Bowl telah mengumpul lebih USD120 juta sandaran permulaan dimana 40% daripadanya, termeterai sebagai pelaburan.

Tahun ini, Anugerah Rice Bowl 2018 telah membuka 18 kategori. Kategorinya adalah seperti berikut:

Kategori Anugerah Industri:

  • Syarikat Permulaan e-Dagang Terbaik
  • Rantaian Bekalan dan Logistik Terbaik
  • Syarikat Permulaan Automasi Alat Perniagaan Terbaik
  • Syarikat Permulaan Medikal / Kesihatan Terbaik
  • Syarikat Permulaan Fintech
  • Syarikat Permulaan Teknologi Makanan / Teknologi Agrikultur Terbaik
  • Syarikat Permulaan Pembantu Hidup Terbaik

Anugerah Sektor-Silang:

  • Syarikat Permulaan IoT Terbaik
  • Syarikat Permulaan Kecerdasan Buatan/ Pembelajaran Mesin Terbaik
  • Syarikat Permulaan Pemasaran Digital Terbaik

Anugerah Ekosistem

  • Inisiatif Ekosistem Syarikat Permulaan Terbaik
  • Ruang Ko-kerja Terbaik
  • Program Pemecut atau Inkubator Terbaik
  • Pelabur Terbaik

Anugerah Bintang

  • Golden Rice Bowl: Syarikat Permulaan Terbaik
  • Pengasas Terbaik
  • Pendatang Terbaru Terbaik
  • Pilihan Orang Ramai

 

Finalis Anugerah ASEAN Rice Bowl 2017

Setiap anugerah meletakan fokus kepada penemuan dan ganjaran kepada usahawan dan syarikat permulaan terbaik ASEAN dari ekosistem masing-masing. Pemenang pada peringkat ASEAN akan bertandign pada Anugerah Syarikat Permulaan Global 2019

Rice Bowl adalah sirkit rasmi Asia Tenggara bagi Anugerah Syarikat Permulaan Global (GSA). Pemenang serantau Rice Bowl akan bersaing antara satu sama lain dengan pemenang Nordic Startup Awards, Central Europe Startup Awards, South Asia Startup Awards dan South Africa Startup Awards pada peringkat akhir GSA 2019.

Anugerah ASEAN Rice Bowl dianjurkan oleh New Entrepreneurs Foundation, yang meraikan semangat inovasi dan keusahawanan ekosistem syarikat permulaan dari Asia Tenggara. Rice Bowl meletakkan perhatian pada model keusahawanan dan memberi inspirasi kepada komuniti dinamik yang terdiri daripada penyokong syarikat permulaan, usahawan bersiri, pembuat dasar, dan mentor dalam pelbagai bidang inovasi teknologi. Ia juga beraspirasi untuk mencari syarikat permulaan yang mempunyai model perniagaan disruptive bersama potensi untuk berkembang di serantau dan menyumbang secara signifikan kepada GDP negara.

Pencalonan adalah terbuka kepada syarikat yang telah ditubuhkan tidak lebih dari 5 tahun disesebuah negara ASEAN. Tempoh pencalonan tahun ini dibuka antara 4 Mei hingga 31 Julai 2018. Maklumat lanjut pencalonan dan pertandingan boleh didapati di www.ricebowlawards.com.

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.