Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

5 Adobe Photoshop Alternatif Percuma Terbaik.

3.98K 0

Jika ditanya mana-mana individu yang biasa menyunting gambar dan merekabentuk grafik, apakah perisian yang biasa digunakan, majoriti akan menjawab Adobe Photoshop. Perisian ini bukan sahaja digunakan oleh pelajar grafik, jurugambar profesional, malah pelajar sekolah juga menggunakan perisian ini untuk kerja rumah yang melibatkan grafik.

Adobe Photoshop dicipta pada tahun 1988 oleh Thomas (seorang jurutera perisan) dan John Noll (ketua pegawai kreatif Industrial Light & Magic (ILM). Sehingga kini, 22 versi telah dilepaskan bermula dari edisi 1.0, Creative Suite (CS) dan Creative Cloud (CC). Harga untuk melanggan adalah diantara RM44 hingga RM222 sebulan mengikut pakej.

Tidak hairanlah kenapa ramai cuba mendapatkan versi cetak rompak. Jika kewangan menjadi faktor penghalang untuk melanggan perisian ini, berikut adalah 5 Alternative Adobe Photoshop Percuma Terbaik.

GIMP

Perisian grafik ini adalah alternatif kepada Photoshop yang terbaik. Dilengkapi fungsi-fungsi yang serupa dengan Photoshop seperti layers, mask, advance filter, colour adjustment dan transformasi.

Salah satu ciri yang menarik adalah user-created plugins dan scripts yang kebanyakannya pre-installed  dan siap sedia digunakan. Sebahagian daripada plugin-plugin ini adalah replikasi daripada Photoshop. Jika itu tidak mencukupi, plugin dari Photoshop juga boleh digunakan pada GIMP.

Versi terkini GIMP menawarkan antaramuka yang meletakkan toolboxes, pallettes dan menu dalam satu tetingkap yang memberikan penampilan seakan-akan Photoshop.

Aspek terbaik GIMP

  • Boleh di kembangkan fungsi melalui plugin
  • Menyokong layers dan mask
  • Boleh di ubah suai

Photo Pos Pro

Dengan dua antaramuka berbeza untuk pengguna novice dan advance, Photo Pos Pro membolehkan pengguna novice hanya perlu menekan butang filters dan automatik adjustment sedia ada untuk menyunting gambar. Manakala pengguna advance disediakan dengan antaramuka yang menyerupai Photoshop. Kedua-dua antaramuka ini direka dan disusun dengan baik, lebih intuitif dari GIMP.

Photo Pos Pro juga menyediakan fungsi-fungsi layers, mask, clone dan healing brushes yang sama seperti Photoshop dan juga colour-refining tools yang halus. Perisian ini juga menawarkan pemasangan plugin tetapi dalam bentuk bingkai, template dan filters yang anda boleh cipta sendiri dan disimpan.

Aspek terbaik Photo Pos Pro

  • Antaramuka berbeza untuk pengguna novice dan advance
  • Rekabentuk yang intuitif
  • Menyokong fungsi layers, mask, healing brushes

Paint.Net

Asalnya, Paint.Net bermula sebagai alternatif kepada Microsoft Paint. Walaubagaimanapun, ia telah berkembang menjadi sebuah perisian menyunting gambar yang amat berkuasa. Sama seperti GIMP, Photo Pos Pro, Paint.Net menawarkan pelbagai pilihan filter automatik dan alat suntingan manual untuk pelarasan yang lebih halus. Ia juga menyokong layers dan mask.

Walaupun Paint.Net tidak selengkap GIMP, tetapi sokongan daripada komuniti pengaturcara sukarela membolehkan perisian ini berkembang. Perisian ini sangat ringan dan pantas, ia sesuai digunakan pada komputer berkuasa rendah.

Aspek terbaik Paint.Net

  • Ringan dan pantas, sesuai untuk komputer berkuasa rendah
  • One-click tools dan pilihan manual
  • Menyokong layers

Pixlr Editor

Ia bukan alternatif Photoshop yang biasa kerana ia dibangunkan oleh AutoDesk, nama yang tersohor dalam computer-aided design dan perisan 3D modeling. Perisian ini di bangunkan dalam 3 versi, iaitu web, desktop dan aplikasi mobile. Antara ketiga-tiga versi, hanya versi web sahaja yang menyokong layers.

Ciri-ciri yang terdapat Pixlr Editor, setanding dengan Photoshop dan  alatan menyerupai GIMP.  Walaubagaimanapun, hanya satu kelemahan ketara terdapat pada penyunting grafik ini, iaitu iklan. Itu sahaja. Meskipun ia mengurangkan ruang kerja pada skrin, tidak ada satupun alat di kunci di belakang iklan.
Pixlr Editor adalah alternatif Photoshop yang terbaik.
Aspek terbaik Pixlr Editor
  • Alatan menyerupai Photoshop
  • Toolbox menyerupai GIMP
  • Menyokong layers dan mask

Adobe Photoshop Express

Jika anda pengguna tegar Adobe Photoshop, dan anda hanya perlu membuat suntingan ringan, maka Adobe Photoshop Express adalah jawapannya. Versi ringan ini boleh didapati melalui browser dan dimuat turun sebagai aplikasi untuk Windows, iOS dan Android.

Aplikasi ini hanya dilengkapi dengan alat-alat yang kerap digunakan untuk menambahbaik gambar. Antaramuka yang moden dan minimalis direka sesuai untuk peranti sesentuh. Terdapat slider untuk melaras contrast, exposure dan white balance gambar secara dinamik dan juga pilihan suntingan automatik dengan hanya satu klik sahaja.
Gambar yang siap boleh disimpan didalam komputer atau dikongsikan pada laman Facebook. Jika anda memerlukan penyuting gambar yang berkuasa untuk telefon pintar atau tablet, maka Adobe Photoshop Express adalah jawapannya.
Aspek terbaik Adobe Photoshop Express
  • Suntingan automatik satu klik
  • filter yang menarik

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.