Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Apakah Google Analytics?

2.44K 1

Google Analytics Solutions adalah salah satu alat analitik yang ditawarkan secara percuma untuk mengukur menjana laporan terhadap laman sesawang, aplikasi, digital dan data offline bagi mendapatkan maklumat mengenai tingkahlaku pelanggan pada laman sesawang. Dalam pada itu, ia juga menyediakan perkhidmatan berbayar yang dikenali sebagai Google Analytics 360 dengan lebih banyak fungsi digunakan oleh syarikat-syarikat besar.

Dengan memasukkan kod pixel pada sesebuah laman sesawang, Google Analytics (GA) dapat mengesan dan menganalisis laman sesawang tersebut serta memproses pelbagai maklumat dari data-data yang terkumpul. Jika anda ingin mengamalkan growth hack, maka GA adalah antara salah satu alatan terpenting yang perlu anda guna.

Apa Yang Boleh Anda Lakukan?

Mengetahui Page Hit atau Lawatan Di Laman

Dengan menggunakan Google Analytics, anda boleh:

  • mengetahui berapakah ramai jumlah pelawat di laman anda,
  • berapa lamakan setiap lawatan itu,
  • berapa peratus pelawat yang melawat laman anda tapi tidak ada interaksi dengan mana-mana laman lain, berapa ramaikah pelawat  yang berada di laman anda sekarang.

Google Analytics  – Home menyediakan pandangan pantas kepada user counts, bilakah pelawat anda berada di laman anda, berapa ramai orangkah yang sedang berada di laman anda.

 

GA juga menyediakan paparan dan analysis mengenai sumber trafik ke laman anda. Adakah ianya melalui organic search (carian di Google), referral (link di social media atau laman lain) dan sebagainya.

Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pelawat Anda

Ini adalah salah satu info yang sangat berharga dimana anda boleh mengetahui ciri-ciri pelawat laman anda. Salah satu info yang kita boleh dapati menggunakan GA adalah seperti berikut.

Graph di atas menunjukkan seramai 19, 682 user yang telah melawati laman anda. Sebanyak 17045 adalah returning user (user yang pernah lawati laman anda dan kembali) dan ia merangkumi 21% dari jumlah traffic untuk minggu itu.

Setiap pelawat melaburkan masa selama 2 minit 15 saat di laman anda dan manakala 54.56% dari total sesi, pelawat tersebut tidak berinteraksi dengan mana-mana bahagian lain di laman anda.

Anda juga boleh melihat maklumat berkaitan tindakan selepas sampai ke laman anda. Sebagai contoh, anda post satu artikel mengenai masalah sakit jantung di Facebook. Pengikut anda mula membaca artikel tersebut di website anda. Setelah selesai membaca, mereka terus meninggalkan laman anda tanpa ada interaksi lain seperti membaca artikel yang sebelumnya. Tindakan ini dikenalik sebagai “bounce rate”

Anda juga boleh mengetahui demografic pelawat anda. Jika kandungan anda mengenai sasaran pasaran anda, pelawat anda selalunya akan menjadi pelawat utama. Contoh anda adalah seorang backpackers blogger. Oleh itu, menggunakan GA, anda mungkin dapat melihat demographic pelawat anda yang kebanyakannya mungkin berumur 25-34.

Anda juga boleh mengetahui adakah laman anda diminati oleh wanita atau lelaki.

Anda juga boleh mengetahui dari sejumlah traffic kepada laman anda, berapa ramaikah pelawat anda menggunakan mobile device dan bagaimanakah demographic mereka.

Mengetahui Sumber Trafik Ke Laman

Jika anda ingin meningkan bilangan pelawat ke laman anda, anda haruslah terlebih dahulu tahu dari mana datangnya mereka ini. Menggunakan GA, anda boleh mengetahui dengan mudah.

 

Mengikut data di atas, sumber pelawat kepada laman anda adalah dari organic search. Organic search adalah pengguna yang melawat laman melalui enjin carian seperti Google dengan tujuan untuk mencari sesuatu maklumat.

Sebagai contoh, cuba anda search di Google– “makanan best di melaka.”

Anda akan mendapat hasil seperti berikut.

 

Ini adalah salah satu organic search. Di mana anda search makanan best di Melaka dan Goole menyediakan beberapa result yang ia fikir relevan untuk anda.

Jika anda adalah pemilik laman tersebut; apabila pelawat mencari sesuatu pada search enjin dan laman anda dipaparkan, ia dikenali sebagai “impression.”

Berikut adalah contoh data untuk sumber dari “social” sites seperti YouTube, Facebook, Twitter.

Mengetahui Page Manakah Yang Diminati atau Mempunyai Banyak Lawatan

Andainya anda mengalamai increase of sudden traffic (lonjakan trafik) dalam masa yang singkat, berkemungkinan artikel yang anda tulis sedang tular. Selain daripada jumlah hit count, bagaimana untuk mengetahui laman yang mana mendapat pelawat yang ramai? Caranya adalah menggunakan segmen Behavior > Landing Page.

Disini anda dapat mengenalpasti landing page yang berkesan yang selalu diminati oleh pelawat anda.

Cara Untuk Kenalpasti Artikel/Laman/Landing Page Yang Mendapat Sambutan?

Sebagai contoh, anda menggunakan Facebook Ads untuk membawa trafik ke landing page produk anda. Cara untuk mengenalpasti yang mana mendapat sambutan adalah membuat 2 – 5 landing page yang berbeza dari segi gambar, arahan tindakan (CTA), testimoni, teks dan sebagainya.

Untuk memastikan data anda sahih, beberapa perkara harus ditetapkan.

Contohnya:

  • Copywriting traffic kepada post anda
  • Image
  • CTA traffic ke post anda (jangan satu share satu comment satu klik link)
  • Facebook Ads setting
  • Ads budget

Tugas utama kita ni hanya untuk menguji landing page sahaja! Dari data yang dikumpul barulah perkara lain diperbaiki.

Sumber Asal

One Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.