Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

7 Pelayar Web Alternatif Kepada Google Chrome

3.88K 0

Google Chrome menguasai pasaran pelayar di seluruh dunia dengan pegangan 60%, meninggalkan selebihnya kepada pelayar web yang lain. Sejujurnya, Chrome menyediakan pengalaman melayari laman web yang sangat baik dengan berfungsi dengan lancar merentasi pelbagai peranti.

Selain Google Chrome, pelayar yang banyak digunakan adalah Firefox, Microsoft Edge. Jika anda pengguna produk Apple, maka Safari adalah pelayar lalai. Walaubagaimanapun, keempat-empat pelayar yang dinyatakan bukan sahaja pelayar yang ada, malah terdapat banyak lagi pelayar yang menjadi pilihan pengguna yang mahukan sesuatu yang lain daripada yang lain.

Berikut adalah 7 Pelayar Web Alternatif kepada Google Chrome.

Opera

Pelayar Opera sebenarnya telah lama bertapak dan ia merupakan antara alternatif terbaik untuk menggantikan Chrome. Pelayar berasaskan Chromium ini terasa sama seperti Chrome dari segi penggunaan, malah, memperkenalkan memperkenalkan banyak fungsi-fungsi menarik seperti dail laju, pelayar tab dan juga dilengkapi dengan ad blocker.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan fungsi Mod Turbo yang memampatkan data untuk membuka laman web dengan lebih pantas. Ia juga dilengkapi dengan alat VPN yang membolehkan akses kepada laman web yang dihalang.

Trsedia untuk: Windows, macOS, Linux, Android, iOS

Kenapa Nak Guna Opera?

  • Pelbagai fungsi menarik seperti alat VPN, Ad-Blocker, Turbo Mode dan sebagainya.
  • UI yang menarik

Tor Browser

Pelayar Tor amat popular dikalangan mereka yang mahukan pelayar yang fokus kepada privasi. Tor dikenali sebagai pelayar yang sinonim dengan pergerakan anti-surveillance dan ia dibina berdasarkan rangkaian “tersembunyi” pelayan relay. Pelayar ini mampu untuk menyembunyikan alamat IP anda dengan melantun sambungan melalui sejumlah nodes

Tersedia untuk: Windows, macOS, Linux, Android

Kenapa Guna Tor?

  • Tertumpu kepada privasi
  • Dijamin identiti tersembunyi

Vivaldi

Jika anda perlukan pelayar yang boleh mengubahsuai UI, Vivaldi adalah pilihan terbaik untuk anda. Alternatif kepada Chrome ini membolehkan anda bermain dan mengubahsuai tema-temanya yang unik. Anda juga boleh menukarkannya secara automatik jika anda menetapkan jadual.

Ia juga membolehkan anda meletakkan sidebar pada mana-mana kedudukan mengikut kemahuan anda dan meletakkan chat apps, social feeds, laman berita, atau apa-apa sahaja laman web pada bar ini untuk akses pantas.

Apa yang menarik mengenai Vivaldi adalah kebolehanya beradaptasi mengikut accent laman yang dilayari. Satu lagi kelebihannya adalah kebolehan untuk mengumpul tab dalam satu kumpulan dan simpan sebagai satu sesi untuk digunakan pada masa yang lain.

Tersedia untuk: Windows, macOS, Linux

Kenapa guna Vivaldi?

  • UI yang boleh diubahsuai termasuk menukar tema, effects dan sidebar.
  • Mouse gestures, Tab Hibernation (menjimatkan memori apabila tab tidak aktif digunakan.)

Brave

Brave adalah satu lagi pelayar sumber-terbuka yang dicipta oleh ko-pengasas projek Mozilla. Ia menghalang iklan dan pengesan yang memperlahankan pelayar dan menganggu privasi anda.

Salah satu fungsi menarik adalah Tab Previews yang membolehkan anda sekilas pandang laman-laman yang sedang anda layari. Terdapat juga fungsi yang membolehkan anda melihat sejumlah tab dalam satu masa pada setiap page yang dikenali sebagai Tab Pages. Selain itu, terdapat fungsi untuk pin tan dan juga sessions tab untuk mengurus pelbagai akaun sosial.

Kelemahan Brave adalah kekurangan extentions. Jika anda banyak bergantung kepada Chrome extentions untuk meningkatkan produktiviti, maka anda akan kecewa dengan kekurangan ciri-ciri ini pada pelayar Brave.

Tersedia untuk: Windows, Mac, Linux

Kenapa guna Brave?

  • laman muat turun lebih pantas
  • Menghalang iklan dan user tracking

Torch

Torch juga adalah alternatif kepada Chrome yang padat dengan fungsi-fungsi multimedia. Pelayar ini tersedia dengan Media Grabber yang membolehkan anda menyimpan audio atau video dari internet. Anda boleh terus bermain video walaupun ia belum habis dimuat-turun. Ia juga tersedia dengan klien torrent yang anda boleh urus terus dari pelayar tersebut.

Pelayari ini dilengkapi dengan music extension “Torch Music” yang membolehkan anda memainkan muzik secara percuma. Ia juga dilengkapi dengan gaming extention, “Torch Games” yang anda membolehkan anda bermain permainan percuma. Jika anda banyak memuat-turun media dari Internet, Torch adalah pilihan terbaik.

Tersedia untuk: Windows

Kenapa guna Tourch?

  • Fokus kepada fungsi-fungsi berbentuk multimedia dengan tersedia media downloader, torrent, dan pemain audio/video
  • Extensions untuk Gaming, Music, Social Media

Epic

Jika anda sukakan privasi, pelayar ini adalah pilihan terbaik. Ia mampu menjaga privasi anda daripada pengesan yang biasa digunakan. Ia juga dilengkapi dengan perlindungan daripada tracking, cripto-mingin, ultrasignaling, fingerprinting dan malware.

Fungsi yang paling signifikan adalah one-click encrypt yang mampu menyembunyikan alamat IP dan encrypt trafik apabila diaktifkan. Ia juga menyembunyikan jejak anda dan mengatasi pengawasan. Pelayar Epic juga tidak menyimpan sejarah dan tidak ada DNS pre-fetching, third-party cookies atau fungsi autofill.

Apabila pelayar ini ditutup, ia akan memadam kesemua database, preference, dan cookies yang berkaitan dengan akaun anda secara automatik.

Tersedia untuk: Windows, Mac

Kenapa guna Epic?

  • Sentiasa dalam mod Private Browsing
  • Mengelakkan pengawasan dan pengesanan
  • One-click encryption tool

Yandex

Berasal dari enjin pencari Yandex dari Russia menggunakan enjin pelayar Blink. Ia mendapat sambutan ramai disebabkan oleh fungsi-fungsi sekuriti seperti teknologi DNSCrypt yang encrypt DNS trafik antara komputer dan server. Ia secara automatik encrypt komunikasi setiap kali anda menyambung kepada rangkaian WiFi terbuka,

Pelayar ini juga memeriksa keselamatan laman web menggunakan Yandex security system dan memuat turun fail menggunakan Kaspersky anti-virus. Ia juga menggunakan teknologi Turbo Opera untuk muat turun laman dengan lebih laju. Ia juga membolehkan anda menggunakan extenstions dari Chrome Web Store dan juga Opera Add-ons.

Tersedia untuk: Windows, Mac, Linux, iOS, and Android

Kenapa guna Yandex?

  • Mod turbo
  • DNS Spoofing protection
  • UI yang boleh diubahsuai

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.