Ada kawan bertanya…
Siapakah yang boleh dirujuk untuk sebagai pakar software development dengan pengalaman pembangunan produk komersil?
Maka, ini adalah antara yang terlintas di fikiran (tiada turutan tertentu).
Setiap seorang daripada mereka bukan sahaja hebat kemahiran teknikal, tapi juga dalam menguruskan keseluruhan projek pembangunan. Dari merekrut programmer, menguruskan tugasan, code review, menguruskan release dan versi produk, strategi deployment, pemilihan teknologi, dan lain-lain.
Azrul Rahim, developer sejak zaman Palm OS, juga terkenal dengan produk beliau JomSocial, yang kemudiannya dijual (entah berapa juta RM). Sekarang menerajui MaidEasy bersama isteri, Meriza. Bahasa pengaturcaraan utama, PHP.
Aris Samad dan Azreen Latiff yang membangunkan QuickSchools.com dari San Francisco dengan pelanggan dari serata dunia. Versi pertama QuickSchools.com, percaya atau tidak dibangunkan dengan Flash sebagai antaramuka hadapan. Tapi kini menggunakan teknologi Java. Bahasa pengaturcaraan utama, Java.
Arzumy MD, memang tidak dinafikan lagi kemahiran dan pengalaman beliau selepas di SAYS (exit kepada Catcha) dan Groupsmore (exit kepada Groupon). Dan kini CTO Kfit dan Billplz. Bahasa pengaturcaraan utama, Ruby, Erlang.
Kamal Fariz Mahyuddin telah banyak membangunkan MVP untuk startup tempatan dan luar negara sebelum bersama VIKI (exit kepada Rakuten) sebagai Director of Engineering. Dan kini beliau berkhidmat sebagai Engineering Manager di Envoy.com. Bahasa pengaturcaraan utama, Ruby.
Mior Muhammad Zaki punya pengalaman dan pengetahuan yang sangat mendalam mengenai web programming. Adalah antara top contributor kepada framework PHP Laravel di versi awalnya. Kini menawarkan Orchestra Platform sebagai projek “kickstart” untuk Laravel dan juga CTO untuk Katsana.com. Bahasa pengaturcaraan utama, PHP.
Iqbal Abdullah memulakan kerjaya dengan Yahoo! Japan, kemudian ke Amazon Japan sebelum menubuhkan MARIMORE Inc di Jepun pada 2007. MARIMORE adalah syarikat yang menawarkan produk perisian dalam telekomunikasi dan SMS. MARIMORE kemudiannya dijenamakan semula sebagai Xoxzo Inc. Bahasa pengaturcaraan utama, Python.
Pastinya ada lagi. Tapi ini yang terlintas di fikiran saya. Kalau kalian dapat peluang untuk korek buah fikiran mereka, jangan lepaskan.
Tuan Iszuddin, agak² boleh tak keluarkan artikel senarai founder atau co-founder yang bukan dari background IT tapi berjaya membangunkan syarikat IT. Ramai nak tahu siapa dan bagaimana mereka buat rasanya.
Boleh… nanti kita research
One of my so called favourite sifu is in the list! So proud of all you guys. Hopefully can be working as a part of the team one fine day!
Pakar2 otai suma ni.. Respect laaa…
Saya menjumpai celah keamanan websitr https://otakit.my || > Bolehkah Kita bekerjasama ?