Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Idea Tubuhkan LetMeStore Tercetus Selepas Noor Syahira Shan Pulang Dari Luar Negara

10.94K 0

Gambarkan situasi ini. Anda adalah serorang stokist dan anda telah mengambil stok yang banyak dari pengilang. Masalah yang anda hadapi sekarang adalah ruang storan yang kecil dan kekurangan tenaga kerja untuk menguruskan pembungkusan dan penghantaran. Apa yang anda akan lakukan untuk selesaikan masalah tersebut?

Anda boleh sewa tempat untuk letakan barang dan upah pekerja tambahan dimana kos anda akan meningkat disamping berhadapan dengan kerenah pekerja.

Atau anda boleh gunakan perkhidmatan LetMeStore.com

 

Temuramah kali ini adalah bersama dengan Ketua Pegawai Teknikal LetMeStore, Noor Syahira Bt Shan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan sistem pengurusan warehouse LetMeStore..

Jangan main-main, wanita ini mempunyai Black Belt dalam Takewondo. Namun demikian, beliau adalah serorang wanita yang creative, suka membantu orang ramai yang memberikan faedah dan nilai yang positif kepada masyarakat social, dan dimasa lapangnya, suka meluangkan masa bersama 2 orang anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan.

LetMeStore adalah sebuah syarikat permulaan teknologi yang menawarkan khidmat pemenuhan (fufillment) dimana ia menyediakan ruang penyimpanan, ambilan dan pembungkusan kepada pelanggan yang melakukan perniagaan secara online.

Syarikat ini ditubuhkan apabila mendapat ilham setelah Syahira dan suami, Fadhli Tahar merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, pulang daripada melanjutkan pelajaran di UK. Mereka melihat industri perkhidmatan pengestoran oleh pihak ketiga sangat maju.

Asalnya LetMeStore menggunakan konsep “Uber” yang menghubungkan pengguna dengan penyedia, akan tetapi penerimaan masyarakat Malaysia terhadap perkhidmatan tersebut tidak menggalakan.

“…jangkaan/sangkaan kami meleset. Penerimaan masyarakat Malaysia terhadap servis seperti ini masih di tahap rendah. Ia mendorong untuk kami untuk “pivot” model asal daripada hanya menawarkan perkhidmatan “storage” kepada “storage dan fulfilment” seperti yang di tawarkan sekarang.”

Syahira yang mempunyai latarbelakang pendidikan Ijazah Sarjana Business Administration 2014 dari Cardiff University, bermula sebagai seorang pengaturcara setelah tamat pengajian di Universiti Teknologi Petronas.

“…And then I realized that I want something more so I took-up the challenge to handle both IT and marketing department of an apparel company. It was a big challenge but I learned a lot of things from there ( systems, events, advertising etc).”

“…I later found out that I like it better as a Front End Developer, involving myself in the user part/ uiux. And so now I am Lead UIUX n Front End Dev for a tech company and also in the same time, CTO for Letmestore.”

Seperti kebanyakkan syarikat permulaan, LetMeStore bermula dari modal yang dikumpul dari setiap pengasas bersama dan juga bantuan kewangan dari ahli keluarga.

“We did bootstrap when we first started this business. Every cofounder chipped in everything that we have and also a little help from family members.”

Selain Syahira dan Fadli Tahar, operasi di LetMeStore diuruskan oleh Faizol Zailan merangkap Ketua Pegawai Operasi.

“…Beliaulah yang mengetuai bahagian operasi kami bersama 2 lagi pengurus yang membantu beliau di bahagian tersebut. Selain daripada itu, kami juga mendapatkan khidmat pekerja part-time bagi memproses pick and pack bagi setiap order.“

Warehouse

Mana-mana perniagaan perlu melalui proses validasi untuk memastikan perniagaan yang dijalankan mempunyai masa depan untuk berkembang. Begitu juga LetMeStore. Menurut Syahira, beliau dan suami berpendapat cara terbaik untuk validasi sesuatu perniagaan itu ialah apabila ada suatu pihak sanggup untuk mengeluarkan sejumlah wang bagi membayar perkhidmatan yang ditawarkan.

“…Bulan pertama kami melancarkan perkhidmatan fulfilment ini, kami berjaya mendapat beberapa pelanggan yang terawal. Dan bilangan tersebut kian bertambah setiap bulan dengan hanya kos pemasaran yang sangat minimum. Pertambahan tersebut berterusan sehingga kami berjaya untuk mencapai ”Break even point” dalam tempoh 6 bulan beroperasi tanpa apa – apa bantuan kewangan luar selain daripada diri sendiri dan keluarga. Perkara ini sudah memberikan kami gambaran jelas bahawa, fasa validasi telah berjaya dan potensi untuk mengembangkan lagi perniagaan ini sangat besar. Jadi langkah seterusnya ialah untuk mempertingkatkan lagi aktiviti pemasaran dan terus fokus pada fasa perkembangan.”

Menurutnya lagi, sebanyak 5000 parcel diproses setiap bulan.

“Kami berkembang dengan sangat pantas didorong oleh faktor perkembangan industri E-commerce di Malaysia. Warehouse pertama kami di Kajang telah mencapai 90% penggunaan dan insyaAllah pada bulan Januari 2018, kami akan membuka sebuah warehouse baru di Subang bagi menampung bilangan pelanggan yang bertambah.”

Sepanjang perjalanan LetMeStore, Syahira berpeluang bertemu dengan pelbagai pihak dan industri yang banyak memberi panduan dan tunjuk ajar seperti MDec, MaGIC, Teraju and Cradle.

RAVE 2017

Operasi LetMeStore tidak sunyi dari halangan. Antara cabaran terbesar yang diadapi adalah membangunkan sistem pemenuhan itu sendiri. Bagi perkhdimatan pemenuhan seperti LetMeStore, fokus mereka berada dalam kategori “social commerce”, maka mereka perlu membangunkan pelbagai fungsi untuk menyelesaikan masalah golongan ini.

“…kami perlu sentiasa meletakkan diri di dalam situasi mereka, bagi menjamin sistem yang di bina itu benar -benar dapatkan menyelesaikan masalah mereka.”

5 tahun dari sekarang, Syahira merancang untuk menjadikan LetMeStore sebagai pemain utama dalam bidang pemenuhan bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau Asia Tengara. Fokusnya kini tertumpu kepada pembukaan lebih banyak hub di bandar-bandar diseluruh negara.

“Kami menjangkakan, penerimaan para peniaga online terhadap perkhidmatan ini akan meningkat secara mendadak dalam tempoh beberapa tahun akan datang di mana fulfilment akan menjadi salah satu komponen penting dalam eko sistem E-Commorce di Malaysia.”

“Sehubungan dengan itu, dalam tempoh 5 tahun, kita akan lihat, penggunaan servis fulfilment oleh para peniaga online akan menjadi suatu perkara kebiasaan seperti yang kita lihat di negara yang industri E-Commerce nya telah matang seperti UK & US . Ini selari dengan tahap perkembangan industri E-Commerce di rantau ini yang pada masa kini berkembang dengan sangat pesat.”

Sebagai perintis, Syahira melihat semakin ramai peniaga online di Malaysia mula sedar akan kewujudan servis ini meskipun pada awal penubuhan syarikat permulaan ini, mereka menghadapi kesukaran untuk meyakinkan pelanggan kelebihan menggunakan khidmat yang ditawarkan. Pada masa yang sama, banyak syarikat permulaan yang menawarkan khidmat yang sama mula tumbuh bagaikan cendawan.

Jemputan Kongres ABS 2017

Walaubagaimanapun, ia tidak melemahkan semangat dan pada pandangannya dapat mewujudkan persaingan yang sihat bagi memberikan mutu terbaik kepada pengguna.

“Jadi adalah penting untuk kita fokus kepada sesuatu niche tertentu bagi membezakan syarikat kita daripada yang lain. Industri E-Commerce ini terlalu besar dan peluang masih terbuka luas.”

“Oleh itu saya yakin, dengan strategi yang betul setiap pemain boleh menikmati bahagian masing – masing. Its a big cake”

Sebelum mengakhiri temuramah, Syahira menambah “Letmestore ditubuhkan hasil daripada pengalaman kami sendiri sebagai seorang peniaga online. Setiap masalah yang dihadapi oleh para pelanggan kami adalah merupakan masalah yang kami telah hadapi sendiri. Oleh itu, kami yakin bahawa alternatif dan solusi yang kami berikan ini benar -benar memberikan nilai (added value) yang cukup tinggi kepada para peniaga online.“

“Saya juga berharap dapat kongsikan info tentang bagaimana Letmestore dapat membantu para peniaga online untuk jimat kos sehingga 50% daripada kos asal. Tetapi semua ini terlalu panjang untuk dihuraikan(fix cost/variable cost etc) kali ini. Mungkin di waktu yang lain pula. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Letmestore, harap dapat layari laman web kami letmestore.com atau hubungi hotline kami di +60 18-216 4638 (Jenny / Mike Ross). “

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.