24 jam mungkin tidak cukup untuk sesiapa sahaja membina sesuatu yang signifikan, akan tetapi jika anda pernah menyertai hackathon sebelum ini, anda akan tahu idea-idea hebat yang boleh timbul dalam satu jangka masa yang pendek.
JomHack, sebuah inisiatif, pernah menganjurkan pelbagai bentuk hackathon sepenjang 3 tahun lepas dari pelbagai komuniti, dari bandar pintar, media digital, anti pemerdagangan manusia sehinggalah perbankan pintar.
JomHack Malaysia mempunyai satu misi yang mudah, untuk menjadikan hackathon aktiviti yang menarik. Berdasarkan maklumbalas yang lepas, JomHack mendapat sambutan positif dan menggalakkan dari semua peserta.
JomHack telah berjaya menyatukan kerajaan dan rakan niaga korporat untuk menyokong kebanyakkan acara yang dianjurkan, pada masa yang sama mengekalkan matlamat utama sebagai wakil kepada komuniti teknologi dan juga ekosistem secara amnya.
“Hampir setiap hari, semakin ramai golongan muda berminat dengan keusawanan teknologi dan syarikat permulaan, dan mereka sedang mencari suatu bentuk pelantar yang boleh membantu mereka bermula. Kami percaya JomHack Malaysia boleh memainkan peranan penting dalam ruangan ini. Ia juga penting untuk memastikan ahli komuniti benar-benar mendapat faedah dari hackathon yang dijalankan dan bukan sekadar gimik PR untuk rakan niaga kami” kata Inbaraj Suppiah, Pengarah JomHack.
Tahun ini, JomHack sekali lagi telah bekerjasama dengan Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank untuk membawakan kepada anda Can You Hack It 2019, menunggang kejayaan edisi pertama pada acara yang dijalankan Oktober lepas.
Hackathon 24 jam ini mensasarkan menjadikan pengalaman perbankan bagi pelanggan Kumpulan Hong Leong. Ia merupakan JomHack bertemakan Perbankan Pintar selepas beberapa siri acara yang berjaya.
Kumpulan Hong Leong telah berada di depan dalam dalam membangunkan bakat muda dan ekosistem syarikat permulaan tempatan dan kerjasama ini adalah satu inisiatif terbaik untuk menemui dan mengembangkan bakat baru.
Cabaran yang bakal dihadapi oleh peserta atau “hackers”, adalah mempersembahkan idea yang dapat mengubah cara bagaimana orang ramai melakukakan perbankan pada masa kini.
“Sudah semestinya ia bukan sesuatu yang mudah untuk “cipta-semula” perbankan dalam masa 24 jam tetapi itulah cabaran yang kami lontarkan kepada ahli komuniti hackers kita. Pada edisi JomHack yang lalu, kami telah melihat pelbagai idea yang dihasilkan jadi kami amat yakin, edisi kali ini akan mendatangkan hasil yang lebih mantap. Inilah cara bagaimana peserta untuk belakar, kembang dan tingkatkan kemahiran mereka,” tambah Inbaraj Suppiah.
Can You Hack It menawarkan elbagai hadiah yang menarik untuk 3 kumpulan terbaik; RM8,000, RM5,000 dan RM2,000. Selain daripada itu, pihak penganjur akan memerhatikan bakat yang menarik perhatian dengan idea baru yang inovatif untuk menyertai Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank untuk kerjaya dan peluang perniagaan melalui program permulaan dan pekerjaan yang disediakan.
Pada tahun 2019, JomHack juga merancang berkembang negara rantau ASEAN. Untuk maklumat lanjut mengenai JomHacl, anda boleh layari laman web www.jomhack.com atau disaluran media sosial @jomhackmy pada Facebook, Instagram, LinkedIn dan Twitter.
In 2019, JomHack is also planning to go regional with hackathons in neighbouring ASEAN countries. For more info on what JomHack is all about, you can visit their website at www.jomhack.com or follow them on their social media channels at @jomhackmy on Facebook, Instagram, LinkedIn and Twitter.