Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

NEXEA Lancar Program Rintis Syarikat Permulaan-Korporat; Terima Permohonan Sekarang

2.32K 0

Kuala Lumpur, 17 JUN 2019 – NEXEA Angels Sdn. Bhd. (“NEXEA”), firma pelaburan permulaan terkemuka hari ini mengumumkan pelancaran Program Rintis Syarikat Permulaan-Korporatnya yang bertujuan mempertemukan syarikat permulaan teknologi tempatan dengan syarikat korporat dengan tujuan mengenal pasti dan meneroka kerjasama antara mereka.

Program dianjurkan dengan usaha sama organisasi besar seperti Digi, HELP University, Rhombus Connexion dan Spritzer. Melalui program ini, syarikat permulaan akan berpeluang meneroka projek rintis dengan organisasi tersebut, mengesahkan perniagaan dengan maklum balas organisasi, meneroka pengujian keluaran dunia sebenar dan membina tarikan dengan mempunyai organisasi tersebut sebagai pelanggan berpotensi.

Tambah lagi, syarikat permulaan akan juga mendapat bantuan daripada mentor daripada NEXEA dan berpeluang dibiaya oleh NEXEA dan rakan-rakan pelaburan bersamanya. Program Rintis Syarikat Permulaan-Korporat akan bermula pada Julai dan berlangsung selari dengan program pemecut syarikat permulaan NEXEA.

Program Rintis Syarikat Permulaan-Korporat terbuka kepada syarikat permulaan yang berpangkalan di Malaysia dari peringkat  ideasi sehingga pra-siri A. Permohonan terbuka sekarang dan akan ditutup pada 24 Jun 2019. NEXEA berharap dapat mendaftarkan syarikat permulaan dalam bidang keterkaitan, teknologi kewangan, internet benda, penyelesaian PKS, makanan dan minuman, pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan rumah.

Ben Lim, Pengarah Urusan NEXEA berkata,

“Program Rintis Syarikat Permulaan-Korporat merapatkan jurang antara syarikat permulaan dan pemain industri. Banyak syarikat permulaan menginginkan hubungan kerja dengan entiti korporat tetapi banyak juga yang tidak dapat mencapainya kerana pelbagai sebab. Jadi, tahun ini, di samping menjalankan Program Pemecut Syarikat Permulaan kami yang biasa kami membawakan sesuatu yang berbeza ke ekosistem – platform syarikat permulaan mendapat capaian langsung kepada syarikat korporat supaya mereka dapat meneroka kerjasama berpotensi. Kami gembira Digi, HELP University, Rhombus Connexion dan Spritzer turut serta dalam misi kami membantu menyediakan kefahaman mendalam pakar dan peluang untuk syarikat-syarikat permulaan dalam program kami.”

Usahawan, CEO dan ketua inovasi berpengalaman daripada organisasi yang mengambil bahagian akan melibatkan diri dalam program. Dengan pendekatan ke arah kerjasama ini, NEXEA berharap dapat memecut inovasi korporat dan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).

NEXEA mempunyai dalam kumpulannya mentor berpengalaman yang kebanyakannya usahawan, separuh daripadanya pernah memegang jawatan tertinggi seperti CEO dan beberapa daripadanya pernah berjaya memimpin syarikat ke peringkat penawaran awam awal (IPO).

Alex Foo, Ketua Strategi dan Transformasi Digi berkata,

“Kami berkongsi kepercayaan yang sama dengan NEXEA bahawa syarikat-syarikat Korporat dan Permulaan mempunyai peranan besar untuk dimainkan untuk memupuk pertumbuhan inovasi dan inovator di Malaysia.  Dengan bekerjasama dengan Program Rintis Syarikat Permulaan-Korporat NEXEA, kami berharap untuk memainkan peranan membina ekosistem permulaan tempatan dengan berkongsi pengetahuan dan kepakaran kami membina perniagaan sambil meneroka peluang-peluang kerjasama dengan syarikat permulaan dan bersama-sama membawa inovasi baharu ke pasaran.

Adam Chan, Pengarah Eksekutif HELP International Corporation Bhd menyatakan,

“Sambil HELP University  memulakan rancangan transformasinya untuk menjadi institusi pacuan analitis dan yang menyediakan pelajar kami peluang menguji kepintaran keusahawanan mereka, kerjasama dengan NEXEA menyediakan platform untuk siswazah dan pelajar kami memulakan perjalanan ini. NEXEA mempunyai program yang kuat dalam bidang ini dan kami yakin sumber kedua-dua pihak berpotensi menyediakan mangkin untuk membongkar unikorn seterusnya.”

Kent Chua, Pengasas Bersama Rhombus Connexion berkata,

“Dalam zaman gangguan yang kita hadapi sekarang, syarikat korporat berhadapan situasi “berinovasi atau mati”.

Oleh itu, cara terbaik ialah dengan bekerjasama rapat dengan minda-minda muda bijaksana melalui NEXEA untuk mendapatkan idea liar mereka dan memainkan peranan membentuk dan menyokong masa hadapan dunia hari ini.

Sementara itu, Kenny Lim, CEO Spritzer Sdn Bhd berkata,

“Pasaran sedang beralih kepada AI, teknologi robotik, digitalisasi dan sebagainya sama ada anda suka atau tidak, namun sesungguhnya semangat keusahawanan sentiasa merupakan langkah pertama idea boleh ditukar menjadi konglomerat. Spritzer jenama tempatan, semangat keusahawanan ialah salah satu faktor yang menjadikan kami berada di tempat kami sekarang. Antara peranan kami di sini adalah untuk berkongsi pengalaman yang telah kami pelajari, supaya orang lain dapat menyerlah.

Tentang NEXEA:

NEXEA ialah syarikat pelaburan permulaan yang mengkhusus dalam menyokong dan membiaya syarikat teknologi yang berpotensi menjadi gergasi teknologi yang seterusnya. NEXEA juga menyediakan perkhidmatan untuk para pelabur dan korporat yang ingin melabur atau bekerjasama dengan gergasi teknologi masa hadapan.

NEXEA dikenali dengan para mentornya yang merupakan bekas usahawan yang berjaya atau ketua eksekutif yang memiliki atau telah menjual (melalui IPO atau penggabungan dan pengambilalihan) perniagaan mereka. Gabungan mentor berpengalaman, pakar, dan rakan kongsi terbukti berkesan setelah lebih 35 syarikat permulaan yang dilabur oleh NEXEA berkembang tiga hingga 16 kali ganda setahun. NEXEA berpangkalan di Bandar Sunway, Selangor. Tapak sesawang: www.nexea.co.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.