Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

10 Syarikat Permainan Video Game Dari Malaysia Yang Anda Tak Tahu Wujud

4.25K 0

Mungkin anda lebih biasa dengar syarikat permainan video game seperti Square Enix yang terkenal dengan siri Final Fantasy, Rockstar dengan Grand Theft Auto, atau Konami yang mengangkat nama Hideo Kojima,pencipta Metal Gear Solid. Siapa sangka di negara kita juga terdapat syarikat-syarikat yang aktif menghasilkan permainan video tidak kira menggunakan pelantar PC atau mobile. Berikut adalah 10 Syarikat pembangunan permainan video yang terdapat di Malaysia.

 

Appxplore

Ditubuhkan pada 2011, Studio pembangunan video game ini berpusat di Kuala Lumpur, lebih tertumpu kepada pemainan kasual berbentuk mobile. Syarikat ini mencipta sejarah apabila menjadi syarikat pertama dari Malaysia yang menyenaraikan game pada App Store.  Sehingga kini, sebanyak 18,000,000 permainan video telah dimuatturun. Antara Title game yang telah dihasilkan adalah seperti Mobfish Hunter, Caveboy Escape, Alien Hive, Sporos, Lightopus


Commonextract

Ada peminat animasi Ejen Ali? Commonextract adalah syarikat yang menghasilkan mobile game Ejen Ali – Emergency. Ditubuhkan pada tahun 2008, syarikat ini pakar dalam menghasilkan mobile apps, pembangunan mobile game, dan juga art asset development. Selain Ejen Ali, Title lain yang telah dihasilkan adalah Ummi, ABC for Little Space Explorer, ABC for Little Scientist, Noah’s Ark, Little Wizy’s Kingdom, Wrath


 

Cubinet Interactive

Bermula di Malaysia pada tahun 2006, syarikat yang mempunyai pekerja seramai 50 orang ini telah berkembang ke 4 buah negara di Asia Tenggara. Cubinet lebih tertumpu kepada Online Game Portal dan  telah menerbitkan banyak game yang berbentuk MMOPRG. Antara game yang telah diterbikan Pirate King, Special Forces, Battle of Destiny, Elgium dan banyak lagi


 

HezMedia Inteactive

Ditubuhkan pada tahun 2009, syarikat ini telah memenangi banyak anugerah dalam pembangunan permainan video antaranya, pingat emas Inno And New Produk Expo  (INPEX) USA, Pingat Emas Int. Tech Expo (ITEX) KL dan Pingat perak Malaysian Tech Expo  (MTE) KL. Banyak menerbitkan permainan video yang berbentuk pendidikan untuk telefon pintar dan tablet untuk pelantar iOS, Android, Windows Phone dan Facebook. Antara tajuk permainan video yang telah dihasilkan, Math Quest, Urban Heroes, Animagi


Kurechii

Apa yang menarik mengenai syarikat pembangunan permainan video ini, Kurechii pernah menganjurkan satu kempen crowdfundinf melalui Kickstarter.com  dan berjaya mencapai sasaran. Ditubuhkan pada tahun 2009, berpusat di Selangor, studio ini telah menghasilkan 10 permainan video berpelantarkan telefon pintar dan tablet. Antara tajuk  yang telah diterbitkan Chicky Duo, King’s League: Odyssey, The King’s League: Odyssey dan The Kings’ League


Les Copaque Games Development Inc

“Macam pernah lihat perkataan Les Copaque, tapi di mana ya?“. Jika anda ada anak yang berumur 2 hingga 5 tahun, pasti anda mengikuti animasinya setiap hari Selasa jam 7.30pm di TV9. Les Copaque adalah penerbit rancangan animasi kanak-kanak Upin & Ipin. Ditubuhkan pada tahun 2010, LGDI banyak tertumpu kepada permainan video berbentuk pendidikan yang memaparkan Upin & Ipin sebagai watak utama. Antara tajuk yang telah diterbitkan,Detectives Upin and Ipin in Spot the Difference, Pada Zaman Dahulu Spot the Difference, Upin Spotter, Upin&Ipin Dash, Upin&Ipin, Pocket Upin.


Game Taiko

Pernah bekerjasama dengan Les Copaque, Game Taiko juga menghasilkan game untuk syarikat Monsta, penerbit rancangan animasi 3D Boboboi. Pernah memenangi Geran IPCC Malaysia pada 2007 dan Cradle in 2010, Game Taiko adalah sebuah syarikat global yang mempunyai pejabat di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Syarikat ini berpengalaman dalam menghasilkan produk berbentuk virtual reality, augmented reality, hologram, licensing dan lain-lain. Antara permainan video yang telah dihasilkan adalah Monster Truck: Revenge, Finger Dance Evolution, Planet Ninja, Yaya Cookies.


 

Liquidr Rock Games

Menggunakan pelantar pembangunan Unity3D, Unreal Engine, Infernal Engine, Ogre3D untuk membangunkan permainan video, syarikat ini di tubuhkan oleh 2 orang veteran yang berpengalaman dalam pembangunan permainan video. Pakar dalam menghasilkan permainan video 2D/3D atas pelbagai pelantar (PC & Mobile), syarikat yang ditubuhkan pada 2009 ini telah menghasilkan tajuk-tajuk seperti Space Duck, Joe’s Mart, Word Zen Unlimited, Apokalips X: Larian Maut, pizza game.


Mediasoft Entertainment

Mempunyai pekerja seramai 85 orang, syarikat yang terletak di Puchong lebih tertumpu kepada pembangunan Interlectual Property (IP) yang unik dan original. Syarikat ini juga mempunyai ramai rakan strategik dari seluruh Asia, Amerika Utara dan Eropah dan telah memenangi pelbagai anugerah bertaraf antarabangsa. Ditubuhkan pada tahun 2012, syarikat ini telah menghasilkan tajuk-tajuk berikut Jumpsmash Legend, Mad Surgeon, Candy Dream, Super Car Race, JumpSmash, Li Ning Jump Smash 2014, Longest Drift in Space, Miss Listen, Ninja: One Shot, Cash on Wheels.


 

Nexx Studio

Ditubuhkan pada 2008, syarikat ini lebih tertumpu kepada pembangunan permainan video pada pelantar iOS. Dengan 29,000,000 muat turun pada Apple iTunes App Store, syarikat ini telah menghasilkan 13 permainan video iOS. Antara tajuk yang telah dihasilkan, Glow Puzzle, The Stupid Test 5, The Idiot Test 3 dan Photo Spot


Mungkin ada syarikat yang kami terlepas pandang. Kami sentiasa mengalu-alukan kalian di sini. Kalau kalian juga adalah syarikat pembangun aplikasi dari Malaysia, silalah komen dan sertakan sekali URL syarikat dan aplikasi.

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.