Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Malaysia Umumkan Cukai Digital Bermula 2020, Dana Untuk Perniagaan Berteknologi

70 0

Kerajaan Malaysia telah mengesahkan bahawa cukai digital akan diperkenalkan di Malaysia, berdasarkan model dan jangka masa yang serupa sebagaimana diaplikasikan oleh negara Singapura.

Pengumuman tersebut telah dibuat semasa pembentangan Belanjawan Negara di sidang Parlimen baru-baru ini oleh Menteri Kewangan Malaysia, Lim Guan Eng.

Dalam ucapannya, Lim berkata “untuk perkhidmatan atas talian yang diimport oleh pengguna, pembekal servis dari luar negara perlu mendaftar secara membayar cukai perkhidmatan yang berkaitan kepada Kastam Malaysia, berkuatkuasa 1 Januari 2020.

Perkhidmatan atas talian termasuklah perisian, muzik, video dan apa-apa jenis pengiklanan secara digital.

“Pengimplimentasian cukai ini akan menyeimbangkan persaingan di antara kedai-kedai runcit dan kedai-kedai atas talian, terutama sekali bagi kedai-kedai yang dimiliki oleh syarikat di luar negara”, katanya.

Kesemua perkihdmatan yang diimport juga akan dikenakan cukai perniagaan dan perkhidmatan (SST) yang berbeza. Ini akan memastikan bahawa pembekal servis tempatan dalam teknologi maklumat, kejuruteraan dan rekabentuk grafik, antara lainnya, dapat bersaing secara adil dengan firma-firma luar negara.

Kerajaan belum lagi memaklumkan maklumat terperinci mengenai cukai ini, termasuk kadar cukai yang akan dikenakan.

Buat masa ini, kerajaan telah mengenakan withholding tax (WHT) dengan kadar sebanyak 10 peratus, yang melibatkan sejumlah transaksi secara digital. Cukai WHT dikenakan ke atas transaksi-transaksi syarikat tempatan – tidak kita sama ada digital atau bukan – dengan pembekal servis di luar negara.

Untuk mengurangkan kos perniagaan dan mengelakkan cukai berganda (double taxation) yang mana sesebuah syarikat mungkin membayar kedua-dua WHT dan SST, kerajaan akan memperkenalkan sistem kredit untuk pengurangan SST, bermula 1 Januari 2019. Mekanisma untuk sistem kredit ini sehingga kini masih belum lagi diterangkan secara terperinci.

Pengumuman-pengumuman lain yang mungkin akan memberi impak kepada ekonomi digital Malaysia termasuklah:

Mewujudkan akta Capital Market and Services Act untuk meluluskan dan memantau matawang digital dan token aktiviti pasaran pertukaran, yang akan dirasmkkan pada awal tahun hadapan.

Peruntukan pelaburan bersama bersama sebanyak RM50 juta (USD $12 juta) di mana kerajaan dan pihak swasta akan sama-sama membuat pelaburan dengan menggunakan platform dana alternatif, seperti pembiayaan kelompok ekuiti dan pinjaman secara peer-to-peer.

Memperkenalkan platform pembiayaan kelompok / peer-to-peer untuk hartanah, untuk pembeli-pembeli rumah buat pertama kali, yang mana ia dikawal oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pembiayaan ini yang dinamakan platform FundMyHome telah dibangunkan oleh EdgeProp dan dijangka untuk diperkenalkan pada suku tahun pertama 2019.

Memperkenalkan dana transformasi digital bagi industri bernilai RM3 bilion (USD $721 juta) dengan kadar yang disubsidi sebanyak 2 peratus. Dana ini bertujuan untuk memberikan lojakan kepada syarikat-syarikat yang mengenengahkan teknologi pintar seperti kecerdasan buatan dan robotik.

Dana modal teroka (venture capital funds) yang diuruskan oleh kerajaan seperti Malaysia Technology Development Foundation, Malaysia Debt Ventures, Malaysia Venture Capital Management dan Cradle Fund akan diselaraskan. Geran-geran yang dipadankan oleh kerajaan hanya akan ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang boleh menarik minat pihak swasta yang ingin membuat pelaburan.

Sumber asal

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.