Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

10 Cadangan Untuk Menghidupkan dan Memperkukuh Industri Modal Teroka di Malaysia

3.61K 0

Dr. Sivapalan Vivekarajah mempunyai PhD dalam bidang Venture Capital studies dari University of Edinburgh, Scotland. Beliau juga President Malaysian Business Angel Network (MBAN) dan Co-Founder Proficeo Consultants, pelopor organisasi Entrepreneur Coaching di Malaysia.

Berikut adalah pendapatnya mengenai 10 Cadangan Untuk Menghidupkan dan Memperkukuh industri Modal Teroka di Malaysia:

1. Membuat penstrukturan semula dana-dana modal teroka yang disokong oleh kerajaan

Memandangkan ini adalah modal teroka yang terbesar di Malaysia, kita perlu menstrukturkan kesemua pinjaman-pinjaman yang diberikan kepada modal-modal teroka. Ini bermaksud bahawa kita tidak perlu membayar balik dana kepada kerajaan sehinggalah kita keluar daripada pelaburan modal teroka tersebut.

Tindakan ini akan mengeluarkan unsur-unsur atau sifat-sifat modal teroka yang kurang berisiko, dan sebaliknya pulangan bagi modal teroka ini akan berdasarkan kepada prestasi modal teroka ini.

2. Mengubah struktur insentif supaya dijadikan sebagai rakan kongsi, bukan pekerja

Sebaik sahaja pinjaman-pinjaman telah berubah ataupun bertukar sebagai modal teroka, kita harus menjadikannya sebagai modal teroka yang sebenar, dengan cara menjadikan pengurus-pengurus modal teroka ini sebagai rakan kongsi (sebagaimana satu modal teroka distrukturkan), dan mereka ini diberikan insentif berdasarkan pulangan yang positif seperti faedah sebanyak 20%.

Ini membuatkan mereka mempunyai nilai daya saing yang tinggi, dan mereka akan mengenapasti syarikat-syarikat yang mempunyai potensi yang tinggi. Ini adalah kerana dari situlah mereka boleh mendapatkan perolehan atau pendapatan yang positif apabila mereka ada perancangan keluar yang berjaya.

Struktur insentif modal teroka yang konvensional merupakan satu-satunya struktur yang berjaya kerana ia berpandukan atau berlaraskan kepada prestasi. Rakan-rakan kongsi dapat menjana penapatan apabila mereka memperolehi perancangan keluar yang membuahkan hasil, dan oleh itu mereka akan bekerja keras untuk memastikan bahawa mereka akan dapat urusan-urusan yang berjaya.

3. Lebih modal teroka dan modal tambahan diperlukan

Bilangan modal teroka haruslah ditambah dan dinaikkan, dan ini juga termasuk amaun dana dalam ekosistem ini. Bilangan modal teroka yang berkhidmat pada usahasama keusahawanan adalah terlalu kecil, dan amaun wang yang dilaburkan di dalam sistem ini adalah terlalu sedikit untuk memberi sebarang kesan yang ketara dalam membantu syarikat-syarikat untuk membangun.

Pada tahun ini sahaja, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah membuka permintaan untuk cadangan-cadangan, dan lebih daripada 60 cadangan untuk memubuhkan dana-dana modal teroka telah diterima, dan cadangan-cadangan berikut telahpun disampaikan kepada pelabur.

Ini merupakan salah satu inisiatif yang terbaik yang dapat mampu menambahkan dana yang sedia ada ada, dan juga dapat menambahkan bilangan modal teroka di Malaysia.

4. Cipta sebuah dana daripada dana (fund of funds), daripada dana Modal Teroka Kerajaan

Sementara mekanisma untuk pendapatan dana daripada organisasi atau badan bukan kerajaan sedang dirangka dan dirancang, dana modal teroka kerajaan sepatutnya distruktur semula menjadi Dana daripada Dana (Fund of Funds atau FOF). Ini adalah salah satu daripada titik penyatuan yang mana saya bersetuju.

Walau bagaimanapun, sebaik sahaja ia disatukan kepada struktur FOF, FOF ini perlu melabur semula dana-dana tersebut kepada modal-modal teroka yang lain, dan di sini saya menggalakkan bahawa FOF membuat pelaburan kepada usahasama perkongsian di antara modal teroka tempatan dan antarabangsa, dan juga di antara syarikat-syarikat di dalam dan juga di luar negara.

5. Sediakan dana-dana yang sepadan untuk menarik minat lebih modal teroka dari luar negara

Perkara ini telahpun diimplementasikan oleh negara Singapura dengan jayanya sejak sepuluh tahun yang lalu, dan matching funds atua dana yang sepadan (pada satu ketika ia dipadankan dengan ratio 7:1) daripada kerajaan Singapura telah memupuk dalam penubuhan sebilangan besar modal-modal teroka luar negara di Singapura, sekaligus menjadikan ia sebagai hab modal teroka (VC hub) di rantau Asia Tenggara (SEA).

Dana yang sepadan, sungguhpun pada kadar 3:1, dapat membantu dalam menambahkan jumlah dana yang sedia ada sebanyak 33%. Katakan sekiranya kerajaan memperuntukkan sejumlan RM1 billion dan dipadankan dengan kadar 3:1, ia akan dapat menambahkan jumlah dana yang sedia ada sebanyak RM333 juta.

Padanan sebegini dapat menggalakkan dana-dana dari luar negara untuk bertapak di Malaysia, dan lambat laun ia akan dapat menambahkan dana-dana yang sedia ada di Malaysia. Apabila modal teroka sudah berada di Malaysia, mereka akan terdorong untuk membina serta mewujudkan rangkaian-rangkaian di Malaysia dan akan kekal di Malaysia dalam jangka masa yang panjang.

6. Memansuhkan atau mengurangkan batasan terhadap modal teroka kerajaan

Seperti yang telah disebutkan tadi, kebanyakan modal teroka kerajaan atau usahasama yang disokong oleh modal teroka kerajaan mempunyai beberapa batasan dari segi geografi, perkauman atau batasan-batasan yang lain. Untuk sesuatu modal teroka menjadi sesuatu modal teroka yang berjaya, batasan-batasan ini haruslah dimansuhkan dan modal teroka ini harus dibenarkan untuk melabur mengikut kesesuaiannya.

Secara kebiasaannya, mereka akan melabur dalam syarikat-syarikat di negara Malaysia ini, tetapi biarkan mereka bebas membuat keputusan sendiri. Sekiranya terdapat lebih banyak modal-modal teroka dan pada masa yang sama batasan-batasan ini dapat dikurangkan atau dimansuhkan secara berperingkat, kita akan mendapati bahawa ia dapat meliputi kesemua peringkat-peringkat.

Ini adalah kerana modal-modal teroka yang berlainan mempunyai profil risiko dan kepentingan yang berbeza.

7. Menggalakkan kepelbagaian dalam dana modal teroka

Kepelbagaian dalam pembiayaan adalah satu faktor yang kritikal untuk sesebuah ekosistem yang berjaya. Kita perlukan modal teroka yang bukan sahaja membiayai hanya sebahagian peringkat sahaja dalam kitaran hidup sesebuah syarikat (dari peringkat permulaan sehingga ke peringkat lanjutan), tetapi kita juga memerlukan modal teroka yang bertumpu kepada sektor-sektor yang berbeza dalam ekosistem tersebut.

Sebagai contoh, kita mempunyai dana-dana bukan sahaja daripada sains kehidupan dan juga sains bioteknologi, tetapi juga dana daripada Kumpulan Modal Perdana yang telah betumpu untuk membuat pelaburan di sektor elektrik dan juga elektronik.

Kita juga mungkin mempunyai dana-dana yang menyerupai dana-dana yang telah disebutkan sebentar tadi, yang mana ia lebih ditumpukan kepada perniagaan berasaskan Internet, perisian, perubatan atau teknologi makanan.

8. Mansuhkan terma dan syarat yang ketinggalan zaman

Terdapat beberapa isu-isu yang kecil yang perlu diambil kira. Contohnya seperti terma-terma dan syarat-syarat yang mirip kepada terma dan syarat perbankan yang kebiasaannya dikenakan oleh modal teroka yang disokong oleh kerajaan.

Sebahagian terma-terma seperti dana tenggelam (sinking funds) dan jaminan peribadi (personal guarantees) tidak sepatutnya wujud dalam industri modal teroka ini dan seharusnya dihapuskan atau dimansuhkan.

Modal-modal teroka sebegini sebenarnya merupakan syarikat-syarikat perbankan yang bertindak sebagai modal teroka. Kita harus memastikan bahawa modal-modal teroka yang mempunyai sokongan daripada kerajaan adalah merupaka modal teroka yang mesra pada para usahawan dan telah ditetapkan sebagai modal teroka yang betul.

9. Dapatkan lebih ramai usahawan menawarkan Modal Teroka

Pada masa ini, kebanyakkan Modal Teroka diuruskan oleh badan kewangan koporat dan ahli perbankan profesional atau bekas pengurus senior dari Organisasi besar. Ada yang berjaya seperti Teak Capital atau Kumpulan Modal Perdana, tetapi ramai yang tidak berjaya. Kadar kejayaan yang rendah ini menunjukkan kenapa dana pencen tempatan teragak-agak untuk membiayai industri Modal Teroka.

Kadar kejayaan ini dapat ditinggkatkan dengan mendapatkan usahawan berjaya untuk urus atau k0-urus dana. Di pasaran barat, kebanyakkan dana diuruskan oleh usahawan berjaya, tetapi tidak di Malaysia. Ia perlu berubah. Kita akan lihat lebih banyak Modal teroka yang berjaya jika diuruskan oleh usahawan.

10. Bawa masuk kembali Malaysian Profesionals untuk mengurus dana tempatan

Sejak beberapa tahun yang lepas, Malaysia telah kehilangan banyak bakat disebabkan oleh kekurangan meritokrasi dan tadbir urus di Malaysia, termasuk juga isu-isu negatif keagamaan dan perkauman. Kini, dengan kerajaan baru, isu-isu negatif ini dengan perlahan-lahan, boleh di terbalikan dan jika Kerajaan serius untuk menghidupkan semula industri Modal Teroka, pastinya ramai rakyat Malaysia di luar Negara akan mempertimbangkan untuk kembali. Ini yang terbaik untuk Malaysia.

Industri Modal Teroka di Malaysia berada dalam keadaan lembab. Ia memerlukan suntukan di lengan untuk dihidupkan semula dan menetapkan arah baru untuk pertumbuhan dan pengembangan. Jika kita tidak melakukan ini ekosistem permulaan keseluruhan akan menderita dan lebih teruk lagi kita akan terus kehilangan syarikat terbaik kepada pelabur asing.

Usahawan yang ingin meningkatkan perniagaan mereka akan mengikuti wang. Sekiranya wang itu berada di luar negara maka itulah di mana mereka akan pergi. Walaupun mereka patriotik, mereka tidak akan tinggal di Malaysia jika pembiayaan tidak tersedia di sini.

Untuk memastikan bahawa syarikat-syarikat mempunyai dana untuk skala dan berkembang serta terus kekal dan menyumbang kepada ekonomi kita, kita perlu industri Modal Teroka diperkukuh dan berkembang. Jika kita boleh melakukan semua perkara di atas, saya yakin kita boleh. Jika kita tidak, kita akan kehilanan satu generasi yang kita tidak mampu lagi terima.

Baca artikel penuh disini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.