Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

CEO Wahdah Muhammad Raden Anwar, “Terpedaya” Dengan Membeli Exora

4.02K 1

Sebelum ini, Otakit.my telah menemuramah CTO Wahdah Technologies Sdn. Bhd, Ahmad Amran Kapi. Kali ini, yang mendapat perhatian adalah Ketua Pegawai Eksekutif Wahdah, Muhammad Raden Anwar. Aapa kisah disebalik penubuhan Wahdah, pelantar pencarian kereta sewa atas talian.

Bagaimana seorang yang berpendidikan Diploma Pendidikan & Dakwah Institiute Rabithah Arab Saudi, boleh memulakan sebuah syarikat permulaan yang menyediakan sebuah pelantar online untuk pengguna menyewa kereta?

Begini kisahnya…

Muhammad Raden  mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaan secara sambilan dengan menjual buku secara atas talian sejak berusia belasan tahun secara atas talian melalui blogdspot yang dibina sendiri.

Selepas tamat pengajian, beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru di Singapura pada tahun 2009. Kerjayanya sebagai seorang guru tidak bertahan lama. Ini kerana minat berniaga masih menebal dan tidak pernah luntur. Malah pada tahun berikutnya, beliau memulakan perniagaan pertama dalam bidang pendidikan.

“Disamping mengajar, saya memulakan perniagaan pertama saya iaitu pusat tuisyen pada 2010 di Johor Bahru. Pada masa yang sama membuat perniagaan consultant pendidikan secara sambilan. Akibat tidak mempunyai ilmu perniagaan yang berkaitan, Pusat Tuisyen saya hanya bertahan selama 2 tahun.”

Walaubagaimanapun, ia tidak meluntur semangatnya untuk berniaga. 2011 menjadi titik permulaan kepada perniagaan sewa dan pajak kereta yang beliau usahakan. Bermula dengan menyewakan satu kereta, ia bertambah kepada 6 unit dalam masa yang singkat.

“Melihat beberapa rakan yang membuat duit dengan kereta sewa, saya ‘terpedaya’ dengan membeli sebuah Exora dan menyewakan secara sambilan pada 2011. Dan terus membeli sehingga kereta ke-6 apabila sambutan memberangsangkan”

Pada tahun berikutnya, beliau mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan terus menubuhkan syarikat pelancongan yang memfokus kepada industri sewaan dan pajakan kereta. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga hampir 120 kereta diuruskan dalam satu masa. 4 tahun kemudian, barulah pelantar Wahdah.my ditubuhkan setelah bertemu dengan Ahmad Amran Kapi pada tahun 2014 di Konvensyen ABS.

Menurut Muhammad Raden. Sebelum Ahmad Amran membuka lembaran baru kepada syarikat pelancongannya, operasi harian perniagaan di jalankan secara manual. Tempahan diterima melalui laman web dengan sistem tempahan yang asas dan ini menyebabkan operasi syarikat tidak dapat berjalan dengan lancar.

Saya mengalami krisis di mana saya gagal melakukan operasi yang efisien terutama dari sudut operasi pengurusan kenderaan dan juga kewangan.

Sejak Ahmad Amran mengetuai bahagian pembangunan pelantar Wahdah, idea dan model sedia ada dapat dipermudahkan banyak pihak dalam jangka masa yang begitu singkat.

Bukan setakat itu sahaja, syarikat dapat berskala tanpa memerlukan ramai kakitangan untuk menguruskan ribuan kenderaan dan tempahan menjadi lebih cekap.

Jika dilihat dari satu sudut, model bisnes yang digunakan pakai membolehkan Wahdah “disrupt” pasaran kereta sewa daripada syarikat besar seperti Hertz, Avis dan sebagainya. Walaubagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Wahdah bersikap merendah diri.

“Terlalu subjektif dan masih terlalu awal untuk saya katakan WAHDAH sebagai distrupter syarikat-syarikat gergasi sedia ada, dari sudut positifnya saya lebih yakin WAHDAH sedang menambah baik industri sedia ada. Bahkan kami sentiasa mengalu-ngalukan kerjasama dari mereka walaupun buat masa ini kami fokus kepada micro business dari sudut partnership. ”  

Teknologi telah membolehkan syarikat permulaan Muhammad Raden berkembang dengan pesat, sejajar dengan IR 4.0. Menurutnya, revolusi ini mampu menambah-baik dan membangunkan dengan pesat industri-industri sedia ada. Seperti mana Wahdah berjaya membuat transaksi lebih dari RM4juta semasa awal penubuhannya.

Perbezaan WAHDAH dengan yang lain adalah kepantasan kami dalam mengadaptasi dengan dunia teknologi yang sedang pesat membangun. Seperti yang saya katakan, kesannya kami mampu scale setiap idea dalam masa yang pantas dan tidak memerlukan banyak ‘human touch’.

Meskipun tidak memerlukan banyak sentuhan manusia, operasi belakang tadbir Wahdah.my diuruskan oleh 8 orang kakitangan sepenuh masa yang majoriti dari mereka adalah jurutera IT. Itu pun setelah ramai kakitangan sebelumnya dikurangkan.

Dari satu perspektif, seolah-olah teknologi yang diadaptasi memberi kesan negatif kepada pekerjaan memandangkan Muhammad Raden telah mengurangkan jumlah bilangan pekerja sebelum ini.

Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan kakitangan sebelum ini tidak mahu menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan arus teknologi yang diperkenalkan.

“Dalam konteks saya yang berasal dari syarikat ‘traditional’, boleh saya katakan kebanyakkan kakitangan saya tereliminasi dengan sendiri di sebabkan kurang prihatin soal kemampuan diri dan terasa beban dalam menguruskan teknologi itu sendiri.” 

Menurut satu hantaran yang Muhammad Raden lakukan pada dinding Facebook,

Dulu pejabat begitu meriah, di penuhi belasan operation staff. Kini sepi, tiada deringan telefon, tiada bunyi punch card dan hanya tinggal 2-3 orang sahaja.

 

Teknologi begitu cepat. Kerja yang dilakukan 5-6 orang kini cukup dengan seorang sahaja. Kadangkala rindu suasana lama. Realitinya kita sedang memasuki industry 4.0.”

Jelas menunjukkan beliau rindukan suasana lama di mana tepat 8:30am, para kakitangan berada di pejabat dengan pakaian korporat masing dan pejabat sentiasa meriah dengan belasan staf ketika pejabat di buka di Johor Bahru satu masa dahulu.

Namun beliau mengakui zaman telah berubah dan perlu mengadaptasi dunia yang baru. Beliau membuat keputusan yang sukar dengan berpindah ke Melaka bersama keluarga. Ia bertujuan untuk fokus bekerja dalam kumpul dengan lebih cekap.

“Pada permulaan, agak janggal untuk bekerja dengan para pembangun IT, kerana yang jelas work culture mereka agak berbeza.”

Beliau berpendapat, pemilik perniagaan konvensional kini perlu meningkat-taraf jika tidak mahu ketinggalan. Menurutnya, ramai kenalannya yang sama terlibat dalam dunia keusahawanan jatuh. Selain sikap, teknologi memainkan peranan besar. Sambungnya lagi, seseorang itu tidak perlu menguasai ilmu-ilmu teknologi, yang penting adalah bijak untuk bekerjasama dengan pakar-pakar IT sedia ada di dalam industri.

‘Better late than never’, walaupun anda mungkin sudah terlalu jauh ketinggalan di belakang. Tidak ada istilah lewat untuk mulakan dengan idea yang simple. Kerana proses mengadaptasi arus teknologi dalam perniagaan kadangkala akan mengambil masa yang agak panjang. Yang penting anda perlu mulakan.”

Walaubagaimanapun, beliau melihat sohor kini, banyak syarikat permulaan teknologi cuba membuat transformasi secara besar-besaran sesebuah industri tanpa mengambil kira kapasiti kumpulan dan juga seni perniagaan.

“Membawa idea teknologi sangat mudah, namun dari sudut business itu sendiri yang menjadi persoalan dan cabaran. Kedua-duanya harus saling melengkapi, Teknologi dan Business itu adalah dua skop yang berbeza. Pakar teknologi tidak semestinya mempunyai talent bisnes dan begitu juga pakar bisnes tidak semestinya mempunyai talent dalam teknologi.”

Bersikap realistik dengan setiap keputusan yang dibuat, beliau percaya, dengan sokongan sedia ada dari Invest Penang, Cradle, MDEC dan kumpulan kakitangan proaktif, WAHDAH mampu menambah baik industri kereta sewa di 10 bandar utama di Malaysia pada tahun hadapan, beliau mensasarkan untuk memasuki pasaran Thailand, Indonesia dan Singapore pada tahun 2020.

Seorang yang suka “merapu” dan bergurau, beliau mengalu-alukan bakat-bakat baru yang berminat untuk menyertai Wahdah Technologies Sdn. Bhd.

Saya mengalu-alukan sebarang temujanji kepada siapa yang berminat menjadi salah seorang dari kumpulan kami atau mempunyai idea yang ingin dikongsikan, saya ‘terbuka’ pada bila2 masa. Yang penting jumpa di Coffee bean atau Starbuck dan saya akan belanja secawan kopi pertama!

One Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.