Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Khazanah Pernah Untung 1 Billion Dollar Melalui Alibaba

3.25K 3

Siapa yang tidak kenal syarikat gergasi e-dagang terbesar dari China, Alibaba. Semasa Alibaba belum berkembang pesat seperti hari ini, Khazanah sudah membuat langkah strategik yang cukup bijak dengan melabur dalam syarikat itu pada tahun 2012.

Hasilnya, Khazanah telah memperoleh pulangan yang cukup lumayan antara US$1 bilion hingga US$1.2 bilion berbanding pelaburan awal sebanyak US$250 juta sahaja.

Khazanah juga dilihat membuat pelaburan yang cukup besar dalam syarikat berorientasi teknologi dan bidang ‘start-up’ berdasarkan kepada pulangan besar yang akan diperoleh.

Pada 2016, Khazanah bersama empat pelabur antarabangsa yang lain telah melabur sebanyak RM824.35 juta ke dalam Skyscanner. Skyscanner menyediakan kemudahan pelancongan yang komprehensif merangkmui jadual penerbangan, hotel dan kereta sewa di seluruh dunia.

Tidak menunggu masa yang lama, Skyscanner kemudiannya dibeli oleh Ctrip.com International Ltd yang merupakan syarikat pelancongan dalam talian terbesar sebanyak US$1.74 bilion. Walaupun Khazanah sentiasa melabur bagi jangka masa panjang, tetapi Khazanah memilih untuk menjual pegangan mereka dalam tempoh kurang dari setahun kerana memperoleh tawaran yang terlalu untung untuk ditolak.

Satu lagi startup di luar negara yang turut menerima pelaburan dari Khazanah adalah WeLab. Start-up berasaskan teknologi kewangan dari Hong Kong itu menerima sebanyak $US160 juta.

WeLab menyediakan pinjaman di China dan Hong Kong melalui platform telefon bimbit dan dalam talian. Berdasarkan kepada keunikan yang ditawarkan, WeLab berkembang pantas.

Pelaburan Khazanah ini turut memberi pendedahan kepada pasaran pinjaman pengguna di China yang menerima permintaan yang semakin tinggi.

Walaupun Khazanah kelihatan melabur banyak di luar negara, sebenarnya sayap pelaburan kerajaan ini turut membuat pelaburan dengan syarikat tempatan. Antara yang agak terkini adalah syarikat fesyen terkenal, FashionValet. Kapital.my pernah menulis tentang perkara ini.

Selain itu, prestasi Khazanah juga boleh diteliti melalui laporan yang disiarkan di laman webnya pada 18 Januari lalu.

Secara umumnya, Khazanah telah mencatatkan prestasi keseluruhan yang kukuh pada tahun lalu apabila nilai portfolio meningkat kepada RM115.6 bilion manakala Keuntungan Sebelum Cukai turut mengalami peningkatan serupa sebanyak 84.7%.

Sebanyak 14 pelaburan baharu yang berasingan berjumlah RM6.3 bilion dan 12 pelupusan telah dicapai pada tahun lalu sehingga menjana hasil sebanyak RM6.4 bilion manakala keuntungan daripada pelupusan pula adalah RM2.5 bilion.

Berdasarkan kepada prestasi kukuh ini, Khazanah menjangkakan pelancaran Transformation 2.0 akan membantu meningkatkan daya tahan pelaburan.

Menurut laporan Khazanah, pelaburan yang dibuat di Malaysia merangkumi sekitar 55.5% daripada Nilai Aset Boleh Direalisasikan (RAV) manakala di luar negara pula adalah sebanyak 44.5%.

Kredit: The Star

Dari segi pengiktirafan antarabangsa, pada tahun ini, Khazanah telah tercatat dalam Senarai Pemimpin Bretton Woods II iaitu salah satu 25 Pemegang Aset Paling Bertanggungjawab di peringkat antarabangsa.

Bretton Woods II merupakan hasil inisiatif daripada beberapa institusi pembangunan terkemuka di dunia yang bertujuan mempromosi beberapa fokus berkaitan sosial, kemampanan dan tadbir urus dalam pelaburan.

Menurut Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, pengiktirafan dari institusi antarabangsa berprestij itu menunjukkan sayap pelaburan kerajaan itu mempunyai prestasi kewangan rekod yang kukuh.

Sumber asal

3 Comments

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.