Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

TNB Memperkenalkan Internet Kelajuan 50Mbps Harga Serendah RM79

27 0

Projek rintis Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jasin bagi menyediakan servis jalur lebar sudah menunjukkan hasil yang memberansangkan. Ianya merupakan sebahagian daripada Pelan Fiber Seluruh Negara (NFCP) bagi meningkatkan kadar capaian internet di seluruh Malaysia.

Sejumlah 1,100 buah rumah di kuaters polis Jasin, Taman Merbau Perdana, Taman Maju dan Felda Kemendor di Jasin, Melaka dapat menikmati akses internet yang lebih laju sehingga 1Gbps pada harga yang berpatutan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, projek rintis ini penting kepada kerajaan bagi menilai dari sudut teknikal, keselamatan dan kebolehpasaran NFCP. Kerajaan dan TNB akan mengkaji semula hasil projek ini sebelum meluaskan perkhidmatannya ke seluruh negara.

Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie berkata bahawa masih ramai yang tidak tahu bahawa TNB mempunyai rangkaian telekomunikasinya sendiri. Projek ini menjadi bukti bahawa rangkaian ini boleh digunakan bagi menyediakan servis jalur lebar.

Penyertaan TNB dalam menyediakan servis jalur lebar bukanlah perkara yang mengejutkan kerana TNB telah pun mempunyai infrastruktur optik fiber tersedia bagi menampung kapasiti pengguna yang tinggi.

Kabel optik fiber pertama TNB dipasang pada tahun 1975 dan sehingga kini panjang kabelnya melebihi 12,000 km. Mereka telah melaburkan RM10 bilion untuk memasang infrastruktur ini. Mereka hanya menggunakan rangkaian fiber tersebut untuk kegunaan sendiri dan masih banyak lagi ruang untuk mereka menyewakannya kepada syarikat telekomunikasi yang lain.

TNB juga mempunyai unit komunikasi dan multimedianya sendiri yang akan membantu untuk menguruskan rangkaian optik fiber mereka.

Ianya lebih murah untuk syarikat telekomunikasi menyewa rangkaian fiber optik berbanding membinanya sendiri. Oleh kerana TNB sedia ada mempunyai rangkaiannya sendiri, kos pembelian tanah, kos menggali dan pemasangan dapat dikurangkan.

Buat masa sekarang, hanya ada dua syarikat yang menawarkan servis jalur lebar dalam projek ini iaitu Astro dan Setia Haruman Technology (SHTech).

SHTech merupakan syarikat penyedia perkhidmatan internet di Cyberjaya yang telah diambil alih oleh TNB. Mereka menawarkan perkhidmatan internet melalui City Broadband.

Kredit: Amanz

Empat pakej yang ditawarkan oleh City Broadband ialah:

  • 50 Mbps pada harga RM79 sebulan.
  • 100 Mbps pada harga RM99 sebulan.
  • 500 Mbps pada harga RM139 sebulan.
  • 1Gbps pada harga RM199 sebulan.

Astro pula menawarkan perkhidmatan internet melalui pakej Astro Broadband Bundle di mana mereka berkerjasama dengan City Broadband. Apa yang menarik mengenai pakej ini adalah ianya hadir bersama Family Pack Astro yang mempunyai lebih 40 saluran seperti Astro RIA, Astro Prima, Astro Arena, Astro Awani, NatGeo WILD, dan juga FOXLife.

Kredit: Amanz

Astro mengatakan mereka mempunyai kadar penembusan lebih 92% di Jasin yang merangkumi pelanggan Astro dan juga NJOI – yang mana kini turut boleh melanggan perkhidmatan jalur-lebar internet pada harga sangat berpatutan.

Harapnya projek rintis ini dapat diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan servis jalur lebar yang lebih baik pada harga mampu milik.

Sumber asal

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.