Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Pioneer Tournament, Peluang Untuk Bentang Projek Di Silicon Valley

1.9K 0

Adakah anda seorang yang kreatif, bercita-cita tinggi dan sedang mengerjakan sesuatu projek yang anda rasa sangat menarik dan boleh mendatangkan kebaikan kepada manusia sejagat?

Hantarkan projek anda ke Pioneer Tournament dan sertai pertandingan untuk dinilai dan terima maklumbalas daripada lebih 150 orang peserta yang turut sama menyertainya.

Pertandingan yang diadakan secara bulanan ini adalah buah fikiran Daniel Gross untuk mencari, memupuk bakat, cita-cita dan potensi. Ia adalah satu pertandingan terbuka kepada sesiapa sahaja dari seluruh dunia dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang ekslusif.

Selepas 30 hari pertandingan dijalankan, projek terbaik akan menerima US$1,000, tiket penerbangan pergi-balik ke Sillicon Valley dan akses kepada bimbingan daripada individu-individu yang berjaya.

Mentor Pioneer

Menurut Daniel, bakat berada di mana-mana sahaja dan tidak semua orang berpeluang untuk untuk mengejar minat, cita-cita dan seterusnya menjadikan suatu perniagaan yang lumayan.

Maka disebabkan itu, Pioneer dilahirkan sebagai pelantar untuk meberikan peluang kepada individu yang luar biasa dan mencipta suasana yang memupuk bakat-bakat tersebut. Menurutnya lagi:

Kami cuba bina satu bentuk enjin pencarian untuk mencari individu berbakat, bercita-cita tinggi dan berpotensi.”

Pertandingan Pioneer

Beza Pioneer dengan kebanyakkan pertandingan yang diadakan di Silicon Valley, peserta tidak perlu membelanjakan ribuan ringgit untuk hadir ke sana. Sesiapa sahaja boleh menyertainya di mana-mana sahaja di dunia.

Apa yang perlu dilakukan untuk menyertai pertandingan ini dan menjadi seorang Pioneer adalah mengisi borang penyertaan, isi beberapa soalan mudah, latar belakang dan maklumat mengenai projek.

Pemilihan “pioneer” akan dilakukan dalam tempoh masa 30 hari pertandingan dijalankan. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah mata terkumpul dan setiap pertandingan akan daripada beberapa pemenang.

Setiap peserta akan mengundi projek peserta yang lain dan kedudukan akan dipaparkan pada papan pendahulu. Pakar bidang juga akan mengundi projek dengan markah yang lebih bernilai dari peserta.

Pioneer Dari Malaysia.

Kredit Imej: Vulcan Post

Satu-satunya “pioneer” yang memenangi pertandingan ini datangnya dari Malaysia, Eibhlin Lim. Beliau memenangi batch kedua pada percubaanya yang kedua pada Oktober 2018. Beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang memenangi pertandingan tersebut.

Eibhlin Lim menyertai pertandingan bersama dengan bukunya, The Phoenix Perspective yang menceritakan kisah-kisah kehidupan individu yang berjaya dari pelbagai industri, cabaran yang mereka hadapi dan bagaimana mereka mengatasinya.

Jika anda ada idea atau projek yang menarik yang anda rasakan akan memberi manfaat kepada manusia sejagat, sertai Pioneer Tournament dan persembahkan projek anda kepada dunia.

Sumber: Vulcan Post

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.