Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Stripe Bakal Ditawarkan Di Malaysia, Dibuka Untuk Pengujian Beta

619 0

Perkhidmatan pembayaran atas talian Stripe, kini dibuka untuk pengujian beta menurut pegumuman yang dilakukan oleh ko-pengasas Patrick Collison pada akaun Twitternya.

Malaysia adalah salah satu dari enam negara yang bakal ditambah kepada senarai yang terdiri daripada 23 buah negara yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Ini menunjukkan Malaysia adalah antara negara yang yang berpotensi untuk melakukan perniagaan atas talian.

Untuk memacu potensi pertumbuhannya dan membantu perkembangan global, Stripe mensasarkan kepada peniaga besar dan kecil. Menurut ko-pengasas John Collisson dalam satu temubual bersama Bloomberg,

“5% daripada dagangan global berlaku atas talian, selebihnya 95% adalah di luar talian”


Bagi para penyedia edagang, Stripe menawarkan sokongan infrastruktur pembayaran untuk menerima pembayaran dengan mudah dan lancar. Selain itu, penyedia edagang dapat mengintegrasikan penerimaan bayaran dan melakukan transaksi serta-merta dengan mudah melalui sokongan teknologi yang disediakan oleh Stripe.

Sehubungan itu juga, Stripe turut menyediakan perkhidmatan pembayaran melalui kad kredit dan juga beberapa solusi termasuk sokongan terminal, pengambilan, pengumpulan data dan penawaran yang lain.

Diasaskan pada 2010, syarikat permulaan teknologi ini menyediakan solusi transaksi seperti pembayaran atas talian, perisian dan teknologi yang diperlukan untuk membantu perniagaan menerima dan mengurus pembayaran atas talian.

Selain perkhidmatan transaksi kewangan, Stripe juga menerbitkan majalah berkaitan kejuruteraan perisian dan telah memperoleh forum usahawan yang dikenali sebagai Indie Hackers. Baru-baru ini juga, syarikat tersebut juga mencetak buku mengenai teknologi, ekonomi dan pengurusan melalui syarikat pencetak milik mereka, Strip Press.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai program pengujian beta, anda boleh mendaftar disini.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.