Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Warung Pintar Kumpul US$27.5Juta Dalam Pembiayaan Siri B

60 0

WARUNG Pintar, sebuah syarikat permulaan teknologi dalam peruncitan mikro di Indonesia telah mendapatkan US$27 juta (RM113.03) dalam pembiayaan siri B. Institusi yang terlibat pada pusingan tersebut adalah pelabur sedia ada termasuk SMDV, Vertex Ventures, Pavilion Capital, Line Ventures, Digital Garage, Agaeti, Triputra, Jerry Ng, dan EV Growth, di ikuti pelabur baru, OVO.

Ketua Pegawai Eksekutif Agung Bezharie Hadinegoro

Ko-pengasas Warung Pintar dan juga Ketua Pegawai Eksekutif Agung Bezharie Hadinegoro menerangkan perjalanan mereka terhadap merealisasikan visi syarikat dan menjadi piawai emas bagi usahawan mikro di Indonesia tidak akan berhenti.

“Warung pintar secara signifikan telah menolak pendapatan Mitra (rakan niaga) sehingga 41%. Kami akan terus berusaha dalam transformasikan peruncitan mikro supaya mereka mempunyai kelebihan saingan dalam bidang peruncitan dan bina ekonomi yang lebih baik untuk diri mereka sendiri.n the the retail landscape and build a better economy for themselves.”

Ramai pelabur yang terlibat menunjukkan kegembiraan terhadap penamatan pusingan pembiayaan dan bagaimana misi syarikat permulaan tersebut, selari dengan agenda mereka bagi Indonesia.

Rakan pengurusan Vertez Ventures, Cha Kee Lock, menerangkan bahawa Warung Pintar dengan segera menangkap perhatian mereka setelah pertama kalinya mendengar tentang Warung Pintar.

“Saya percaya Warung Pintar diletakkan pada kedudukan yang sesuai untuk memecutkan adaptasi digital SME di Indonesia. Vertex juga berkongsi visi yang sama dengan pasukan pengurusan dalam terma memperkasa penduduk yang kurang mendapat perkhidmatan dan membina peluang yang sama rata untuk semua orang. Kami bangga menjadi sebahagian daripada teroka ini.”

Kredit imej: digitalnewsasia.com

Bagi OVO, CEO Jason Thompson berkata,

“Cadangan Warung Pintar selari dengan fokus OVO untuk memperkasa SME Indonesia dan membolehkan usahawan mikro sebhagian kemasukan kewangan. Teroka ini mengariskan kehendak OVO sebagai sebahagian perkembagan SME Indonesia di era ekonomi digital. “

Jesslyne Widjaja dari SMDV juga berkongsi pandangannya bagaimana transformasi digital Warung Pintar selari dengan kehendak kumpulan tersebut dalam memainkan peranan yang besar dan merevolusikan ekonomi digital Indonesia.

“Warung Pintar akan mengubah dan mencapai pemilik perniagaan kecil yang kurang mendapat perhatian dan kebolehan teknologi. Kami percaya Warung Pintar adalah pelantar yang akan memperkasa kemasukkan digital.”

Rakan pengurusan EV Growth, Shinichiro Hori berkata,

”Kami percaya Warung Pintar adalah sangat unik dengan pengguna teknologi untuk memperkasa usahawan mikro di seluruh Indonesia. Di EV Growth, kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada Warung Pintar dan kemasukkan digital yang mereka bawakan kepada populasi yang kurang perhatian”

Pengerusi Warung Pintar, Willson Cuaca menambah,

“Kami berasa berbesar hati untuk menerima sokongan padu dari pemegang saham ekosistem; prinsipal produk, komuniti tempatan, kerajaan, pelabur dan pemilik warung. “

Kredit imej: digitalnewsasia.com

“Warung Pintar adalah salah satu syarikat permulaan yang sedang berkembang dengan pantas dalam portfolio East Ventures dan pusingan ini tamat dengan amat pantas. Kami berharap dapat melihat pusingan seterusnya akan memacu pertumbuhan, adaptasi dan yang paling penting, memberikan impak mendalam kepada masyarakat”

Sejak penubuhannya, kios Warung Pintar telah berkembang 575 kali dalam masa 12 bulan. Ia juga menunjukkan pulangan pelaburan sosial sebanyak 110%, yang mana menunjukkan abgi setiap pelaburan Warung Pintar berikan kepada setiap mitra akan meningkatkan kualiti kehidupan kepada 110%

Ia ditunjukkan melalui kebolehan mereka menyediakan pendidikan kanak-kanak, kesihatan, hubungan sosio ekonomik dan kemahiran keusahawanan dan juga pelbagai petunjuk penambahbaikan kualiti kehidupan.

“Salah satu sebab perkembangan ini berlaku adalah disebabkan kerja keras dari pasukan Warung Pintar yang kami gelarkan sebagai AnWar (Anak Warung) atau orang yang suka lepak di warung.”

Kredit Imej: Fb Warung Pintar

“Pada masa ini, kami mempunyai lebih dari 200 AnWar yang mempunyai minat dan semangat yang kuat untuk membina ekonomi yang lebih baik untuk Indonesia. Bersama Warung Pinta, mereka berterusan menggunakan leveraj kualiti teknologi dan perkhidmatan yang Warung Pintar boleh tawarkan,” kata Agung.

Mula dari 2 kiosk pada januari 2018, Warung Pintar telah mempunyai lebih 1,150 kiosk sehingga kini.

Pada Disember yang lalu, Warung Pintar dengan rasminya mengembangkan peluang perniagaan kepada penduduk
Banyuwangi regency ( Daerah Timur Java di Indonesia) dan mensasarkan 5,000 kiosk menjelan 2019.

Sumber

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.