Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Bagaimana Cara Untuk Memetakan Pertumbuhan Saluran Syarikat Permulaan Anda

559 0

Pada masa modal syarikat mencari produk yang menepati pasaran, salah satu topik yang kita mahukan adalah mencari pertumbuhan saluran mereka. Sebarang startup yang tidak mencari cara untuk mengoptimasikan pertumbuhan mereka kepada kadar perbelanjaan bukan sahaja akan rugi, malah mereka tidak akan mampu untuk menarik dana dari pelabur – pelabur lain.

Jadi, ia amat penting untuk syarikat supaya mengetahui cara untuk mendapatkan pengguna dari hari 0 dan cara untuk memastikan mereka datang kembali pada minggu dan bulan yang seterusnya.

Memetakan Pertumbuhan Saluran

Di dalam perbincangan kami, selalunya kami akan mulakan dengan soalan yang asas. Kami akan memetakan beberapa laluan untuk produk tersebut dan mendapatkan perjalanan pengguna kritikal melalui produk itu sendiri.

Ia adalah proses interaktif di mana kami dapat bercakap menggunakan prosee ini dan melukis secara visual melalui beberapa sesi.

Soalan pertama: Siapakah pelanggan anda dan bagaimana cara anda mendekati mereka?

Ia mungkin soalan yang mudah dan dalam beberapa peristiwa, ia merupakan soalan yang amat mudah. Tetapi di dalam perkara di mana anda mengoperasikan 2 bahagian pasaran, anda mungkin mahu berfikir sama ada anda mempunyai pengguna yang betul. Katakan anda sedang melakukan pasaran untuk jualan dan belian rumah. Adakah pelanggan anda ejen pembeli atau ejen penjual? Adakah ia organisasi hartanah? Atau ia adalah pembeli rumah dan anda perlu mengoptimasikan semua perjalanan untuk mereka?

Di dalam hal ini, ejen pembeli dan penjual adalah saluran kepada pelanggan dan bukannya pelanggan itu sendiri. Ini adalah sama dengan jenis organisasi hartanah yang berbeza ataupun pembeli sebelum ini menjadi penjual. Ia adalah berbaloi untuk membuat tinjauan dan menilai setiap orang yang anda temui kerana mereka akan menjadi saluran penting untuk anda mendekati pelanggan anda.

Soalan kedua: Apakah laluan pelanggan kepada anda dan bagaimana anda menarik mereka?

Setelah anda mengenal pasti pelanggan anda melalui pelbagai saluran anda perlu membuat laluan yang spesifik dan membuat taktik yang berbeza mengikut setiap laluan. Katakan anda merupakan syarikat teknologi kesihatan dan anda akan dapat pelanggan melalui amalan perubatan atau syarikat insurans kesihatan. Apa yang anda perlu lakukan di sini adalah dengan membuat satu carta pengguna yang menunjukkan cara langkah demi langkah untuk mendapatkan pelanggan.

Inilah yang dipanggil sebagai Saluran Pertumbuhan. Latihan ini akan menunjukkan beberapa saluran di mana ada beberapa cara untuk mendapatkan pelanggan melalui taktik dan sumber yang berbeza.

Latihan Ketiga: Analisis dan Buat Kedudukan Untuk Laluan Untuk Mencari Kecekapan

Kemudian, kita akan membuat kedudukan untuk semua pertumbuhan saluran untuk melihat mana satu yang lebih baik, tahap usaha, kadar pertukaran, pengulangan dan faktor – faktor lain.

Seterusnya, kita akan bertanyakan soalan untuk setiap saluran. Adakah saluran ini akan menjadi lebih kuat dari hari ini? Bolehkah kita meniru prestasi saluran melalui cara yang berbeza?

Untuk pasaran dua bahagian, kami juga bertanyakan soalan tentang cara untuk menggunakan kesan rangkaian yang timbul dari setiap bahagian. Bolehkah kita menggunakan sebelah bahagian pasaran untuk mendapatkan kelebihan tidak seimbang atau menarik pelanggan dari bahagian lain? Sebagai contoh, katakan anda sedang menjual alat ganti kereta. Jika anda menambah pengedar brek sebagai pengedar ekzos, adakah ia membolehkan anda untuk menarik lebih ramai pembeli untuk mencari kedai beraneka pilihan dari mencari pelbagai kedai?

Yang terakhir, pastikan anda menggunakan rangkaian anda untuk melihat sama ada pelabur, penasihat atau rakan dan keluarga anda mempunyai atau mengenali pengaruh di dalam industri anda untuk memastikan pesanan anda diterima.

Menilai ROI Setiap Saluran

Selepas melihat keberkesanan setiap laluan, anda mahu melihat berapa banyak ROI yang anda dapat untuk dolar dan sumber yang dibelanjakan. Jika ia masih awal untuk anda mengira kitran hidup syarikat anda, anda mungkin tidak dapat mengira jumlah dolar tetapi anda boleh fikirkan tentang data analitikal seperti – berapa banyak ahli atau hadirin yang ada pada persidangan atau pameran perdagangan untuk membuatkan ia berbaloi untuk meletakkan booth atau berapa jam yang diperlulan untuk mendapatkan pekerja sementara berbanding usaha yang diperlukan untuk melatih. Anda juga boleh melihat kemahiran yang anda ada: adakah anda, sebagai contoh, tahu cara untuk membuat booth pameran perdagangan dengan baik? Bolehkah kemahiran rangkaian anda boleh mengurangkan kos untuk perjalanan dan menghadiri persidangan? Adakah anda mempunyai hubungan yang kuat dengan rangkaian pengaruh industri anda?

Terbalikkan Saluran Pertumbuhan Anda Sebagai Latihan Minda

Selepas anda memetakan saluran pertumbuhan anda, langkah seterusnya adalah dengan mengundurkan ia.

Bolehkah anda menterbalikkan ia bersama pelanggan anda ataupun pengguna sebagai penguat anda? Katakan anda adalah syarikat teknologi kesihatan dan doktor adalah pelanggan anda, adakah cara lain untuk anda menggunakan pelanggan tersebut sebagai cara untuk menarik lebih ramai pelanggan? Bolehkah anda meletakkan bahan – bahan atau risalah anda di pejabat doktor? Bolehkah mereka mempromosikan anda di pameran perdagangan?

Ini hanyalah beberapa cara untuk bekerja dengan syarikat startup dalam memetakan saluran pertumbuhan yang pertama.

Kebanyakannya kelihatan agak jelas, namun latihan mudah ini telah terbukti bernilai untuk semua startup kami.

Kami cadangkan anda melalui latihan ini untuk 6 bulan pertama bagi startup anda dan kemudian sekurang – kurangnya setiap tahun jika anda tidak bergantung kepada saluran pertumbuhan syarikat anda.

 

Sumber asal

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.