Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Tapway Lancar Penyelesaian Pengecaman Wajah untuk Perniagaan Fizikal

2.87K 0

Petaling Jaya, Selangor – 27 November 2018 – Tapway hari ini melancarkan FaceTrack, penyelesaian pengecaman wajah untuk perniagaan-perniagaan yang mempunyai lokasi fizikal seperti kedai runcit, bank, dan hotel. Dengan FaceTrack, perniagaan dapat mengesan wajah dan imej kemudian diproses bagi memperoleh pemahaman yang dapat membantu mereka menambah baik pengalaman pelanggan, meningkatkan tahap keselamatan premis, dan memperkemas operasi.

Kini dalam versi beta, FaceTrack sesuai bagi kegunaan perusahaan-perusahaan besar mahupun kecil dan sederhana (PKS) dalam mana-mana industri termasuk peruncitan, perbankan, keraian, dan jagaan kesihatan. Ditawarkan dalam bentuk pakej termasuk peranti kamera, perisian, perkakasan pelayan, dan langganan dalam talian, FaceTrack pada masa ini hanya terdapat di Malaysia.

Ciri-ciri utama perisian FaceTrack ialah:

Pengesanan Senarai Hitam dan Senarai Putih:

Pengguna boleh membuat senarai hitam dan senarai putih. Jika wajah yang tersenarai hitam dikesan, sistem akan menghantar amaran kepada orang terpilih melalui SMS, e-mel, dan pemberitahuan aplikasi mudah alih. Jika wajah yang tersenarai putih dikesan, sistem akan mengecamnya secara serta-merta dah menyimpannya dalam pangkalan data. Pengguna juga dapat memilih untuk menghantar pemberitahuan khusus berikutan pengesanan.

Demografi:

Ciri membolehkan pengguna mengenal pasti jantina dan julat umur orang yang dijejak sistem.

Analisis Emosi:

Ciri membolehkan pengguna mengenal pasti emosi orang seperti gembira, sedih, atau marah.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tapway, Lim Chee How berkata, “Kami teruja dengan pelancarannya! Kami memanfaatkan teknologi pengecaman kerana keupayaannya menangani isu-isu tertentu sekitar pengalaman pelanggan, keselamatan di lokasi fizikal, dan operasi perniagaan. Menariknya, FaceTrack ditawarkan kepada perniagaan-perniagaan dalam mana-mana industri. Pengeluarannya mengukuhkan lagi komitmen kami sebagai pembekal penyelesaian penjejakan tingkah laku di negara ini.”

Pada masa ini, FaceTrack sedang diuji di sebuah medan beli-belah di Kuala Lumpur untuk menjejak demografi seperti julat umur dan jantina orang di hadapan sebuah skrin iklan. Syarikat merancang untuk menjalankan lebih banyak ujian rintis di lokasi-lokasi lain pada bulan-bulan mendatang.

“Termasuk dalam pakej penyelesaian FaceTrack ialah peranti kamera. Namun, jika pelanggan sedia mempunyai kamera-kamera pengawasan yang mencukupi, kamera-kamera tersebut boleh disepadukan dengan sistem perisian Tapway dengan mudah dengan syarat kamera-kamera tersebut menyokong Protokol Penstriman Masa Nyata (Real Time Streaming Protocol, RTSP). Ini kelebihan yang tawarkan kepada pelanggan-pelanggan—sistem yang saling boleh kendali dengan pelbagai peranti kamera,” jelas Chee How.

Tapway co-founders – Justin Shye Loh [kiri], Lim Chee How [kanan]

Tapway juga telah bekerjasama dengan Amazon Web Services (AWS). Imej yang dikesan dan disaring menggunakan perisian kecerdasan buatan milik Tapway dihantar kepada Amazon Rekognition untuk dianalisis. Proses ini bertujuan untuk menentukan julat umur, jantina, dan emosi di samping mengenal pasti wajah.

Semua wajah yang melalui proses pengecaman dengan ASW akan diberi pengenalan (ID) wajah masing-masing yang disulitkan bagi melindungi kebersendirian individu.

FaceTrack dapat memberi manfaat kepada perniagaan-perniagaan dalam pelbagai cara. Contohnya, dalam peruncitan, jenama dapat menggunakan ciri senarai putih untuk memberitahu pembantu kedai apabila pelanggan VIP memasuki kedai. Dengan itu, dia dapat bertindak balas dengan sewajarnya seperti membuat sapaan yang diperibadikan dan menawarkan cadangan produk berdasarkan minat pelanggan.

Penglibatan sebegini sama sekali dapat meningkatkan pengalaman pelanggan—sesuatu yang sukar dicapai tanpa menggunakan sistem penjejakan. Sementara itu, langkah berjaga-jaga yang digalakkan oleh FaceTrack yang membolehkan perniagaan-perniagaan membuat senarai hitam dan menghantar amaran jika wajah tersenarai hitam dikesan dapat membantu mencegah kejadian yang tidak diingini.

Perihal Tapway:

Tapway ialah pembekal penyelesaian penjejakan hujung ke hujung untuk perniagaan-perniagaan [capture] pergerakan lokasi dan tingkah laku pelanggan di premis fizikal.

Dengan memanfaatkan penderia-penderia terhubung dan teknologi kecerdasan buatan (AI), perniagaan-perniagaan kini dapat menjejak tingkah laku orang, kenderaan, dan aset bagi menambah baik pengalaman pelanggan, memperkemas operasi perniagaan, dan meningkatkan keselamatan premis mereka. Tapway Sdn. Bhd. diasaskan pada 2014 dan berpangkalan di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Lawati kami di www.gotapway.com.




Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.