Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

5 Kerjaya Pilihan Yang Meningkat Naik Menurut Linkedin

3.07K 0

Menurut laporan World Bank Group, Malaysia mula menjadi hab pada tahun 1960-an pembuatan global untuk elektrik dan elektronik (E & E). Semakin ekonomi mengalami transformasi, rantaian nilai tenaga kerja negara bergerak kearah tugasan yang lebih kompleks dan khusus.

Sehingga kini, industri E&E menyediakan hampir 800,000 pekerjaan di Malaysia pada tahun 2018. Pekerjaan bentuk baru muncul lebih pantas dalam sejarah moden.

Ia bukan disebabkan oleh pekerjaan tradisional tidak mendapat permintaan sebaliknya, ia berubah kepada peranan dalam satu bentuk hybrid baru.

Seperti mana Malaysia mendapat faedah dari peningkatan E&E, ia juga mendapat faedah daripada fenomena global pendigitalan. Menjelang 2021, dijangka transformasi digital akan menambah RM41 billion kepada ekonomi negara.

Laporan Linkedin Emerging Jobs Report menunjukkan bakat dari Malaysia sudahpun maklumbalas dengan kerjaya yang sohor kini dimana 4 daripada 5 berkaitan dengan teknologi. Berikut adalah 5 kerjaya tersebut mengikut kadar pertumbuhan.

1. Data Scientist

Menurut laporan The Edge Market Econ 4.0: How big is big data?, bakat Malaysia bagi Big Data Profesional sedang meningkat naik. Pasaran bagi Big Data Analytic software solution sahaja dijangka mencecah RM595 juta menjelang 2021. 10.9peratus kenaikan dari 2016.

Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan Asean Data Analytics untuk melancarkan Program Data Star untuk memecut pembangunan Data Profesionals bertaraf antarabangsa.

Perminataan untuk Data Scientist bukan sahaja dalam didalam bidang berkaitan teknologi, malah ia telah keluar daripada tradisi tersebut untuk bidang yang lain.

2. Full Stack Engineer

Pembangunan aplikasi kombinasi front-and back-end web menjadikan bakat Full stack Engineers seumpama pisau Swiss Army dalam bidang teknologi.

Full Stack Engineers mampu menjalankan projek digitalisasi dari mula hingga akhir di peringkat teknikal dan juga dari perspektif pengurusan projek.

Mereka mempunyai pengetahuan mendalam terhadap teknikal di pelbagai peringkat projek dari aspek website server hosting sehingga user experience design.

Malaysia adalah antara negara dimana syarikat permulaan tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan dan permintaan bagi kerjaya ini meningkat dengan pesat.

3. Drive Test Engineer

Kerjaya ini banyak digunakan oleh rangkaian telekomunikasi untuk memantau dan meningkatkan liputan serta kapasiti rangkaian mereka. Mereka menggunakan sistem pengumpulan data terkini untuk mengumpul maklumat, pada masa yang sama, menguji, mengenalpasti dan menyelesaikan masalah.

Menurut SKMM, Malaysia telah mencapai 135.5 peratus mobile cellular penetration pada suku ketiga pada 2018 berbanding 99.8 peratus berbanding 2016.

Memandangkan penembusan penggunaan telefon bimbit dan permintaan untuk liputan internet dan telekomunikasi yang lebih luas di Malaysia, peningkatan ini menunjukkan Kerjaya sebagai Drive Tesst Engineer mempunyai permintaan yang tinggi.

4. User Experience Designer

Menambahbaik sesuatu aplikasi, membangun laman web atau memudahkan penggunaan sesuatu produk, adalah tugas sebagai serorang Pereka UX untuk menjadikan pengalaman penggunaan kepada sesuatu yang lebih baik.

Pereka UX kini telah keluar dari kepompong syarikat teknologi untuk masuk syarikat-syarikat dalam bidang edagang, kewangan dan juga sektor pembuatan.

Industri sebegini sedang meningkatkan penawaran digital dan sedang mencari bakat dengan pengetahuan teknikal, analitical dan kemahiran tertumpu kepada pelanggan.

Peranan Pereka UX memerlukan bakat dalam bidang hybrid dan soft skills seperti analisis, kolaborasi, keutamaan, dan hard skills seperti pengaturcaraan dan prototyping.

5. Content Writer

Seorang Content Writer mampu menarik audien dan mendorong customer engagement dimana ia penting untuk jenama dan media atas talian.

Di Malaysia, Content Writer mampu menceritakan kisah menarik yang resonate dengan pembaca. Mereka memahami audiens, mempunyai kemahiran media sosial yang baik dan tahu kepentingan mencipta sesuatu naratif.

Disebabkan itu, permintaan untuk Content Writer adalah tinggi memandangkan penembusan telefon pintar dan populasi media sosial yang besar. Jenama-jenama besar mengetahui bahawa mencipta engaging online content adalah kunci kejayaan pendekatan “Mobile First”

Sumber Asal dan Kredit Imej

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.