Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

8 Pengumuman Yang Menarik Perhatian Pada Google I/O 2018

2.43K 0

Google baru sahaja menamatkan acara tahunannya I/O Keynote, penuh dengan berita dan pengumuman yang menarik. Ketua Pengarah Eksekutif Sundar Pichai memulakan acara dengan menyatakan industri teknologi harus bertanggungjawab terhadap alat dan perkhidmatan yang dicipta. Dari situ, bermulalah pengumuman-pengumuman besar yang menarik. Dari kemaskini Android terkini, 6 suara baru untuk Google Assistant hinggalah penulisan email secara automatik oleh Gmail. Sepanjang pengumuman, Kecerdasan buatan (AI) menjadi tema utama sepanjang acara.

Android P

Kemaskini terkini OS Google mobile memperkenalkan Digital Wellbeing Dashbord, dengan papan pemuka yang baru dan segar. Digital Wellbeing ini bertujuan untuk mengurangkan jumlah masa kebergantungan anda terhadap telefon pintar. Papan pemuka juga menunjukkan bagaimana anda meluangkan masa menggunakan telefon pintar anda, termasuklah masa yang digunakan untuk aplikasi, jumlah bilangan anda membuka telefon, dan jumlah notifikasi yang diterima. Sehinggakan anda boleh meletakan had penggunaan setiap aplikasi pada bila-bila masa.

Interaksi utama seperti menukar apps kini dilakukan seperti gesture iPhone X. Android P akan datang pada musim panas ini walaubagaimanapun, versi public beta boleh dimuat turun sekarang bagi beberapa jenama telefon pintar. Antaranya Google, Essential, Sony, Nokia, dan lain-lain




Suara Terbaru Google Assistance

Pembantu virtual Google akan diberikan beberapa pilihan suara. Pengguna akan mendapat 6 suara terbaru yang berbunyi lebih santai dan semulajadi. Salah satunya menggunakan suara John Legend. Suara terbaru ini akan datang nanti pada tahun ini.

Google Duplex

Pengumuman yang paling menarik perhatian sepanjang acara keynote ini adalah apabila Sundar Pichai memainkan rakaman Google Assistant menghubungi salun rambut dan membuat temujanji dalam perbualan yang seakan berbunyi seperti perbualan antara dua manusia. Tidak ada tanda-tanda suara robotik dan pekerja salun tersebut tidak sedar sedang bercakap dengan kecerdasan buatan.




Gmail Kini Mampu Draf Email Secara Automatik (hampir) Untuk Anda

Google akan mengembangkan Smart Reply dengan ciri yang dikenali sebagai Smart Compose. Ia berfungsi dengan menggunakan AI untuk membantu menulis draf email dari mula dengan lebih pantas. Ciri ini akan memberikan cadangan ayat-ayat lengkap sambil anda menaip. Smart Compose dijangka akan keluar beberapa minggu akan datang kepada pengguna.

Google Map Lebih Bersosial

Google Maps sedang berkembang dengan menitik berat pengalaman sosial seperti Yelp dan Foursquare. Tab New For You membolehkan anda mengikuti kawasan kejiranan tertentu untuk melihat restoran dan perniagaan yang sedang sohor kini dikalangan pengguna. Anda juga boleh mengkoordinasi bersama rakan dalam secara langsung untuk menghasilkan “senarai pendek” untuk memilih tempat makan.

Tunjuk Arah dilengkapi Augmented Reality

Hanya dengan menyasarkan kamera telefon pintar di depan anda, Google akan pasangkan AI dengan data Street View untuk memberikan anda interaksi dan pengalaman AR turn-by-turn apabila anda bergerak. Sekiranya ia berfungsi dengan tepat dan reliable, ini bakal membantu dan memudahkan masyarakat bernavigasi disesebuah tempat yang baru.




Fungsi Pengedit Google Photos Lebih Bijak dan Berkuasa

Google Photos akan mendapat fungsi-fungsi baru yang membolehkan subjek didalam gambar dipisahkan dari latar belakang dan menonjolkan warnanya atau menjadikan latar belakang bewarna hitam putih. Menggunaknan kebolehan AI, ia mampu untuk mewarnakan gambar lama termasuk juga gambar hitam putih. Ia juga akan menganalisa gambar anda dan memberikan cadangan untuk pembaikan pantas seperti “fix brightness.”


Google Lens Mampu Menyalin Teks Dari Dunia Sebenar Ke Telefon

Meskipun fungsi ini telah didemonstrasikan sebelum ini, tetapi ia kini telah sedia untuk digunakan dan akan digunakan pada Google Lens. Ia berfungsi untuk menyalin sebarang teks pada dunia sebenar melalui kamera telefon dan anda boleh tampalkan teks tersebut didalam telefon pintar anda. Contohnya password Wi-Fi pada dinding restoran, tangkap dan salin teks tersebut kemudian, tampal pada ruangan teks ditelefon pintar.

Selain itu, Google Lens dapat mengenalpasti benda berfesyen. Walaupun tidak secara tepat, ia mampu mengenalpasti rekabentuk yang hampir serupa. Google memperkenalkan ciri-ciri baru yang dikenali sebagai “style match” yang akan mengimbas sesuatu pakaian atau objek apabila kamera di sasarkan dan bantu membuat pembelian melalui peruncit atas talian.

Tonton Rakaman Ringkas Google Keynote Dibawah:




Sumber & Gambar Featured

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.