Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Hanya Untuk Wanita Sahaja. MaGIC lancarkan Program Pre-Accelerator & Bootcamp. Ini Cara Memohon

377 0

Sempena Tahun Pemerkasaan Wanita 2018, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia ( MaGIC) melancarkan Program Latihan Prapecutan: Edisi Pengasas Wanita ( Pre- Accelerator Bootcamp: Female Founders Edition) bagi membantu usahawan wanita mengesahkan idea perniagaan mereka, membangunkan prototaip kerja serta mewujudkan strategi fokus memasuki pasaran.

Ketua Pegawai Eksekutif, Ashran Ghazi berkata program berkenaan adalah inisiatif MaGIC bagi membuka akses pasaran dan menyediakan lebih banyak sokongan kepada wanita, yang sering tidak diwakili dalam kalangan golongan usahawan.

“MaGIC berusaha untuk memperkasa wanita dalam lingkungan ekosistem keusahawanan dan menyediakan mereka dengan platform untuk membolehkan idea perniagaan mereka menjadi realiti.

“Kami mengalu- alukan usahawan wanita dari Malaysia dan Asia Tenggara untuk memohon menyertai Pengasas Wanita dan mengambil langkah seterusnya untuk perjalanan keusahawanan yang menarik,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Program latihan selama dua minggu itu disusun khas untuk mereka yang baharu hendak bermula dengan rakan pengasas wanita serta menyediakan mereka dengan peluang untuk memperoleh kemahiran praktikal dan keupayaan; bimbingan daripada pemain utama industri dan pandangan berguna daripada usahawan wanita terkemuka di Malaysia.

Peserta yang disenarai pendek akan didedahkan dengan latihan melalui topik seperti pengesahan pasaran, asas dan model perniagaan, strategi memasuki pasaran dan pembangunan produk, serta meraih pengalaman padanan perniagaan dan membuat demonstrasi.

Sebagai sebahagian daripada Tahun Pemerkasaan Wanita, bootcamp ini hanya dibuka kepada syarikat permulaan yang mempunyai sekurang-kurangnya satu pengasas wanita.

Tempoh permohonan adalah sehingga 21 Mei, 2018. Permohonan boleh dibuat di http://mymagic. my/pre-accelerator.

Bernama

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.