Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Digital Padu Sdn Bhd Berkembang Hasil Dana Keluarga

1.52K 0

Berbekal modal daripada keluarga, pada 26 Jun 2014, Digital Padu Sdn. Bhd. telah ditubuhkan. Ianya diterajui oleh Wan Rahmani Zarif Bin Wan Zahiri yang ketika itu baru tamat pengajian di Universiti Malaysia Perlis (UniMap) dan berumur 24 tahun. Walaupun berkelulusan Sarjana Muda dan Diploma dalam Melatronik, ianya tidak menghalang Zarif untuk menceburi bidang ICT.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini menunjukkan minat berniaga kecil-kecilan bermodalkan satu printer dan CD windows. Beliau, bijak mencuri peluang, dengan memahami kehendak pelajar seterusnya menawarkan khidmat membaik pulih komputer dan mencetak. Sebelum menceburi bidang ICT, Zarif menjadi ahli Student In Free Enterprise (SIFE) di Universiti. Bersama dua orang rakan kongsi, beliau memulakan perniagaan Ice Blanded dan Burger. Selepas setahun beroperasi, Zarif membuka satu cawangan di Kampus Sungai Chuchuh dan memenangi Anugerah Gemilang Siswa UniMAP, kategori Anugerah Usahawan Siswa Jaya. Apabila ditanya mengapa menjalankan perniagaan tersebut, Zarif berkata, “kita perlu melatih diri kita untuk bertemu dengan pelanggan dan menjadi jurujual”.

Mensasarkan para Perusahawan Kecil dan Serdahana (IKS), Kerajaan dan Korporat. Digital Padu membantu meningkatkan produktiviti dengan membangunkan sistem yang diperlukan. Digital Padu menawarkan khidmat pembangunan perisian (Stand Alone/Sever Base), Aplikasi web, clould base system, pembangunan aplikasi mudah alih, latihan penggunaan sistem, membekalkan peralatan komputer & Hi-tech seperti sever dan format komputer.

Sistem Point Of Sale masih di peringkat beta dan akan dilancarkan dalam masa 6 bulan

Sistem Point Of Sale masih di peringkat beta dan akan dilancarkan dalam masa 6 bulan

Digital Padu menekankan aspek pembangunan sistem dalam Bahasa melayu dan Bahasa English. Digital Padu turut mempraktik teknologi clould sistem dan mudah difahami. Sistem yang dibangunkan juga berkonsep Dashboard. Sistem boleh di akses melalui komputer, telefon pintar dan ipad. Beliau turut mengunakan teknologi Cold Fusion 2016, dan ionic framework. Antara produk yang dihasilkan oleh Digital Padu adalah Sistem E-Latihan (MPOB), Sistem kiraan Loan Rumah (Aziz Rescom), Sistem E-Learning Kwik Mandrin dan Sistem Point Of Sale. Sistem Point Of Sale masih di peringkat beta. Ianya akan dilancarkan dalam masa enam bulan tahun ini dengan menjadikan Mazaya Marketing (M) Sdn. Bhd. sebagai pelanggan utama.

Sistem E-Learning Kwik Mandrin

Sistem E-Learning Kwik Mandrin

Sistem Point Of Sale, adalah satu sistem belian secara tertutup atau offline. Module Sistem merangkumi agen dan keahlian. Sistem Point Of Sale, di integrasi dengan sistem membeli belah dalam talian yang dibangunkan oleh pasukan Digital Padu sendiri. Pelanggan boleh mengakses melalui telefon dan komputer untuk kemaskini data, memasukkan data dan menghantar resit ke email pelanggan.

Sistem berkonsep Dashboard

Sistem berkonsep Dashboard

Strategi Digital Padu, kekalkan momentum. Sistem yang dibangunkan hendaklah berdaya saing walaupun sistem tersebut telah wujud dalam pasaran. Namun sebagai peniaga, kita perlu tahu kehendak sasaran pelanggan kita. Syarikat juga harus bersedia dengan perubahan teknologi dan kreatif.

Dari segi penerimaan masyarakat, harga pembangunan sistem baru masih dianggap murah. Ini memberi cabaran kepada Digital Padu. Di samping itu, faktor ekonomi menyebabkan banyak projek-projek di batalkan oleh pelanggan.

Justeru, Zarif sedar sebagai usahawan beliau tidak boleh bergantung kepada sesuatu projek. Maka jaringan perhubungan diperlukan. Antaranya menjadi ahli BNI (Business Network International) yang mempunyai pelbagai ahli dari seluruh dunia. Beliau juga merupakan seorang ahli Business Network International (BNI) di Chapter Solusi dan telah memenangi 4 Notable Networkers Award.

Zarif merupakan ahli BNI

Zarif merupakan ahli BNI

Kejayaan Digital Padu memerlukan pasukan tenaga kerja yang kuat. Oleh itu, pembahagian tugas adalah mengikut kemampuan kakitangan dan mengelakkan sebarang tekanan pada pasukan sedia ada. Walaupun, Digital Padu hanya mempuyai lima orang kakitangan tetapi tahun hadapan syarikat akan menambah satu jabatan baru untuk operasi perniagaan.

Walaupun sibuk mengendalikan urusan perniagaan, beliau mengutamakan keluarga terlebih dahulu, Berkat org tua tu penting untuk kejayaan seseorang. Bagi beliau masa perlu digunakan dengan sebaiknya. Jangan berlengah untuk menyiapkan sesuatu tugasan.

Sistem Point Of Sale

Sistem Point Of Sale

Nasihat beliau kepada usahawan baru, jangan mudah berputus asa, banyakan berdoa kepada Allah, dan ingat, berkat dari ibu dan ayah juga penting dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Berkongsi panduan perniagaan, beliau menasihati para usahawan perlu membentuk jaringan perhubungan dengan semua pihak dan terus belajar dari guru atau mentor dalam bidang yang ingin di ceburi.

Kini Digital Padu sedang rancak dalam melancarkan sistem Point Of Sale pertama untuk kegunaan syarikat. Sistem Point Of Sale bakal mempunyai agen dan beroperasi secara atas talian serta offline dalam masa terdekat.

print

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.