Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

10 Bengkel MaGIC Untuk Usahawan Syarikat Permulaan

1.12K 0

Usahawan-usahawan masa kini, sibuk dengan pelbagai aktiviti dan urusan perniagaan sehinggakan menghadiri bengkel atau kursus seperti membuang masa. Walaubagaimanapun, bengkel-bengkel inilah yang diperlukan untuk membongkarkan kaedah-kaedah baru bagi mengembangkan perniagaan. Disini juga tempat untuk bertemu dengan individu-individu yang mungkin menjadi rakan perniagaan di masa hadapan.

MaGIC antara institusi yang menyediakan ekosistem keusahawanan, yang dapat memecut usahawan 5 langkah kehadapan dengan sesi-sesi bengkel dan kursus bertaraf antarabangsa, disampaikan oleh penceramah dan fasilitator berpengalaman luas. Setiap bulan, MaGIC menganjurkan sekurang-kurangnya 10 sesi bengkel sekitar topik keusahawanan, teknologi dan internet; dengan kemasukan percuma sehingga yuran pendaftaran antara RM700 – RM1600. Berikut adalah bengkel-bengkel yang dijalankan.

Fundamentals in Artificial Intelligence

Kursus ini membincangkan topik-topik dan aspek penting dalam Kecerdasan Buatan (AI) secara menyeluruh. Ia termasuk bagaimana teknologi dapat digabungkan antara satu sama lain untuk menghasilkan satu solusi lengkap, aplikasi AI seperti pengenalan imej dan ucapan, pencarian, kelompok, optimasi, ramalan dan pemahaman data serta bagaimana seseorang eksekutif boleh mememulakan perjalanan AI.

Branding with Words by Peaches & Pen

Program dua hari ini mengajar bagaimana untuk melakukan penjenamaan dengan memilih perkataan yang sesuai dengan sesuatu nilai yang ingin disampaikan kepada pasaran oleh perniagaan dan sesuatu nilai yang dapat dikait oleh pasaran. Apabila pasaran merasakan terdapat perkaitan dengan nilai yang disampaikan oleh perniagaan, ia akan menjadikan pasaran taat kepada perniagaan tersebut dan memuji jenama yang dipilih. Kesannya, pasaran yang akan menjual.

Planning your ASEAN Market Access

ASEAN adalah pasaran pengguna yang sedang mengembang dengan pantas dan ia adalah antara hub global utama bagi pedagangan. Untuk berjaya dan mampan, sesebuah syarikat permulaan memerlukan akses kepada pasaran ASEAN. Pengarah Pusat Keusahawanan ASEAN Mohamed Yusnee Rahmat, mengajar senario dan mengenalpasti pelantar yang menyediakan akses serta rancangan pembangunan yang berjaya dan mampan untuk memecah masuk pasaran Asia Tengara.

Fundamentals to Blue Ocean Strategy

Strategy Lautan Biru (BOS) dibangunkan oleh Professor(s) W. Chan Kim and Renee Mauborgne. Ia bertujuan untuk mengurangkan pesaing dengan membentuk sempadan industri yang baru. Ia juga menawarkan satu kerangka kerja dan alatan yang sistematik untuk memisahkan diri dengan menghasilkan pasaran baru tanpa persaing. BOS juga membantu mencipta strategi baru dengan menganalisis dan memahami industri serta meneroka sambil mengintegerasi peluang baru ke dalam pasaran. Disamping itu, BOS menyelaraskan 3 strategi cadangan iaitu, nilai, keuntungan dan orang yang menghasilkan situasi menang-menang untuk pembeli, syarikat, kakitangan dan pemegang saham.

Innovation Catalyst Application

Bengkel ini bertindak sebagai pengenalan kepada perintisan inovasi dan pengurusan inovasi. Ia berdasarkan kerangka kerja Global Innovation Management Institute (GIMI), sebuah organisasi non-profit dan lembaga pensijilan piawaian global bagi inovasi dan pengurusan inovasi di Boston, MA, USA. Lebih 200 syarikat Fortune 500 dan 10,000 pelajar MBA seluruh dunia telah menguasai pembangunan inovasi melalui kerangka kerja berstruktur dan proses GIMI.

Legal 101: Understanding Your Copyright

Sesi ini adalah perkongsian maklumat mengenai perlindungan hakcipta dan pengkomersilan. Peserta akan didedahkan kepada pemahaman undang-undang dan peraturan hakcipta. Ia juga menyentuh pelbagai bentuk hasil kerja kreatif yang dilindungi oleh peraturan hakcipta, pada masa yang sama, kesedaran terhadap paten, tanda dagangan dan pendaftaran harta intelek.

Fundamentals of Design Thinking

Design Thinking adalah satu pendekatan inovasi human-centered yang mengintegrasi keperluan masyarakat, kebolehan teknologi, dan keperluan untuk kejayaan perniagaan. Design Thinking membolehkan syarikat permulaan mempunyai kelebihan persaingan dalam pasaran dan kaedahnya diguna pakai oleh syarikat Fortune 500 dan peneraju teknologi. Sesi yang berlangsung selama satu hari,  membolehkan peserta membiasakan diri dengan alat dan teknik asas yang digunakan oleh seseorang design thinker.

Creative Business Model Canvas

Kurus 1 hari ini direka untuk memahami dan membina perniagaan yang koheran melalui BMC. BMC adalah satu bentuk visual, untuk merekabentuk dan menguji model perniagaan. Biasanya ia digunakan oleh pengurus strategik untuk memberikan gambaran keseluruhan sesuatu perniagaan. Usahawan yang ingin memahami secara mendalam sesuatu model peniagaan, membangunkan atau menambahbaik,  syarikat permulaan akan mendapat faedah dengan BMC ini yang dapat mempengarui strategi dan arah tuju syarikat.

Fundamentals of IoT

Direka khusus untuk pegawai eksekutif, pemilik perniagaan dan usahawan yang berminat untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai Internet of Things (IoT) serta impak potensi terhadap perniagaan. Peserta akan mempelajari konsep, implementasi, jenis solusi, peluang dan bagaimana untuk mengatasi cabaran, isu dan masalah. Peserta juga akan menerima satu sesi bimbingan percuma selepas tamat bengkel yang membolehkan syarikat permulaan memacu kearah syarikat didorong oleh AI.

Grill or Chill

Grill or Chill (GoC) adalah satu pelantar untuk syarikat permulaan bagi membentangkan atau mempamerkan produk mereka untuk mendapatkan maklum balas daripada pakar dalam ekosistem syarikat permulaan. Setiap sesi GoC akan berlangsung selama 10 minit dan ditamatkan dengan sesi rangkaian dimana peserta boleh berinteraksi dan berhubung antara satu sama lain dalam satu persekitaran yang selesa. GoC membolehkan usahawan syarikat permulaan melakukan validasi terhadap sesuatu idea, produk dan perkhidmatan. Pada masa yang sama, berhubung dan berkerjasama dengan rakan niaga, pelabur atau pengguna yang berpotensi. 

Maklumat lanjut mengenai bengkel-bengkel anjuran MaGIC, layari https://mymagic.my/events/

 

Sumber gambar, MaGIC, Vulcanpost

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.