Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Ashraf Shuib, Pencipta Farm Assist Robot for Multi Operation, FARMO

7.1K 4
Ashraf Shuib, Pencipta Farm Assist Robot for Multi Operation, FARMO

Temuramah kali ini memperkenalkan seorang siswazah, pemegang ijazah Sarjana Muda Pembangunan Manusia, seorang yang pendiam tetapi aktif dalam sukan Paragliding, Mohd Ashraf bin Shuib adalah petani Hi-Tech yang menggunakan teknologi robot untuk pelbagai operasi peladangan. Siapa kata menjadi petani pekerjaan yang lapok dan ketinggalan zaman?

Farm Assist Robort For Multi Operation, FARMO merupakan sebuah robot untuk membantu petani melakukan operasi semburan racun kimia atau organik di kebun. Dengan FARMO, petani dapat melakukan semburan racun 50% lebih cepat dan penggunaan racun, 30% kurang berbanding konvensional. Petani juga selamat daripada terdedah kepada semburan racun yang merbahaya.

Pengasas kepada Abi Agro, Ashraf Shuib merupakan seorang siswazah yang bertani menggunakan teknologi pertanian moden fertigasi. Antara tanaman yang ditanam menggunakan teknologi moden tersebut adalah rock melon dan timun. Beliau juga menguruskan sebuah laman e-commerce, Abiargo.com.my yang menjual dan membekal alatan pertanian moden terutama alatan fertigasi dan hidroponik   

Farmo bukan sekada robot yang menyembur bahan racun, ia adalah robot modular yang boleh dinaik taraf dengan menambah aksesori seperti pemotong rumput, bakul, nozzle penyembur racun tambahan, kamera serta sensor untuk bergerak secara autonomous.

Ashraf Shuib mendapat inspirasi mencipta robot ini apabila tanaman tidak dapat mengeluarkan hasil tinggi disebab oleh serangan daripada serangga

Katanya, “Saya merupakan seorang petani yang bertani menggunakan sistem pengairan dan pembajaan secara fertigasi. Masalah pengairan dan pembajaan dapat diselesaikan dengan sistem ini. Tetapi, tanaman masih lagi tak dapat mengeluarkan hasil tinggi. Ini kerana selain air dan baja, tanaman juga perlu dilindungi daripada serangan serangga.”

“Serangan serangga perosak tanaman boleh dielakkan dengan sentiasa melakukan semburan racun secara kimia atau organik. Tanaman perlu disembur sekurang-kurangnya satu atau dua kali seminggu. Akibat daripada kekurangan tenaga kerja asing atau tempatan di ladang, semburan tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada masa yang tepat. Daripada isu yang dihadapi ini, pasukan saya telah membangunkan FARMO.”

Menggunakan modal sendiri untuk pembangunan robot, setakat ini, 3 versi telah dicipta oleh Ashraf Shuib bersama dengan 3 orang dalam pasukannya yang berdedikasi, sangat mahir dengan teknologi robot dan automasi.

“FARMO v1 dibangunkan dengan robot controller yang dibangunkan sendiri oleh pasukan kami iaitu Farmo Robot Controller. Bersaiz kompak dengan kapasiti tangki racun sebanyak 15 liter dan bergerak secara autonomous dengan sensor, kamera dan bergerak dengan menggunakan wheel track.”

“FARMO v2 dibangunkan dengan menggunakan SMART DRIVE System dan dikawal dengan alat kawalan jauh. Menggunakan tayar getah dan kapasiti tangki racun sebanyak 30 liter.”

“FARMO v3 pula dibangunkan dengan Farmo Robot Controller. Kapasiti tangki racun sebanyak 30 liter dan dikawal dengan alat kawalan jauh dan bergerak dengan menggunakan wheel track.”

Setakat ini, cabaran yang dihadapi oleh Asyraf adalah kos. Sasaranya adalah menyediakan sebuah robot yang mampu dimiliki oleh petani. FARMO disasarkan untuk petani yang bercucuk tanam dengan menggunakan teknologi pertanian secara fertigasi.

Menurut Asyraf, beliau melakukan validasi melalui group-group Facebook dimana kebanyakkan petani fertigasi berkumpul. Melalui group-group tersebut juga beliau berkongsi masalah dan mendapat cadangan penyelesaian. Ujian juga dijalankan di kebun-kebun fertigasi untuk mendapatkan maklum balas daripada pemilik kebun, selain mendapatkan pandangan dari MARDI, MDEC dan MTDC.

FARMO pernah menyertai pertandingan SUPERB 2016 siri 2, walaubagaimanapun, hanya berjaya masuk peringkat akhir dengan versi FARMO v2. Asyraf merancang untuk sekali lagi menyertai siri ke 3 pada penghujung Oktober ini dengan membawa FARMO v2 dan FARMO v3 sebagai taruhan.

Galakkan daripada rakan-rakan untuk memasarkan FARMO ke pasaran antarabangsa, “FARMO akan terus berevolusi bagi membantu petani dalam operasi-operasi di pelbagai jenis ladang,” Asyraf berpandangan jauh. Beliau menjangka teknologi robot akan terus berkembang dalam pelbagai sektor di Malaysia dan harganya akan jadi lebih murah.

“Buat masa sekarang, fokus diberikan kepada pembangunan FARMO untuk membantu petani melakukan pelbagai kerja di ladang. Perancangan kami untuk membangunkan robot untuk kegunaan ladang-ladang yang berbeza contohnya ladang getah, kelapa sawit serta padi. Sebahagian tugas yang dahulunya dilakukan oleh manusia, bakal digantikan dengan teknologi dan harganya semakin murah.”

Katanya jika FARMO tidak wujud, beliau akan bertani dan berusa membuka lebih banyak kebun.

“Dengan adanya FARMO, diharapkan lebih ramai lagi golongan muda berminat untuk menceburkan diri dalam bidang pertanian dan pekerjaan sebagai petani dipandang lebih tinggi dalam masyarakat.”

Ashraf Shuib juga seorang penulis, yang menulis sebuah buku mengenai teknik berkebun di rumah bertajuk Jimat Dari Dapur. Buku ini ditulis bersama Izham Alias, pengasas KebunBandar.com dan diterbitkan oleh Legacy Publishing. Beliau juga berkongsi video teknik bercucuk tanam terutama teknik hidroponik di blog ashrafshuib.com. Video ini dibuat untuk berkongsi teknik mudah bercucuk tanam di rumah.

4 Comments

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.