Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

MegaBot Vs Kuratas, Pertarungan Dua Robot Gergasi

1.64K 0

Pernah tonton filem Real Steal dimana dua robot bertarung didalam gelanggan dikawal menggunakan remote control atau visual control? Jika pernah maka itu yang berlaku pada 17 Oktober baru-baru ini tetapi pada skala yang lebih besar. Pertarungan antara dua robot gergasi adalah impian ramai otaku-otaku dan peminat-peminat anime bergenre mecha. Lebih-lebih lagi anime Gundam Mobile Suit yang terkenal menjadikan ramai bercita-cita untuk mengemudi sebuah robot perang setinggi 18 meter.

Impian menjadi kenyataan apabila Suidobashi Heavy Industries melancarkan Robot Kurata pertama pada tahun 2012. Robot yang boleh dibeli berharga US $1,353,500 ini boleh memuatkan satu pemandu dan mengoperasikannya dari dalam robot tersebut, sama seperti robot Gundam. Ia beroperasi menggunakan XBox Kinect sebagai antaramuka. Walaupun ia adalah sebuah robot berketinggian 4 meter, ia bukan robot bipedal seperti Gundam dan tidak boleh berjalan, sebaliknya menggunakan 3 roda untuk bergerak.

Tanggal 30 Jun 2015, Suidobashi Heavy Industries menerima cabaran dari Megabot Inc melalui video youtube untuk bertarung. Video berdurasi 1minit 41 saat mencabar Suidobashi Heavy Industries untuk bertarung dengan robot gergasi mereka, Iron Glory MegaBots MKII.

“We have a giant robot, You have a giant robot, You know what needs to happened, We challenge you to a duel”

Pengasas MegaBots Inc

MegaBot Inc bermula pada tahun 2014 dengan kempen Kickstarter untuk crowdfunding robot mereka. Pengasas bersama Gui Cavalcanti, Matt Oehrlein, and Brinkley Warren melancarkan MegaBots bertujuan untuk mewujudkan liga pertarungan robot gergasi. Robot MegaBot MKII (Iron Glory) adalah robot menggunakan teknologi hidraulik berketinggian 4.5 meter dengan berat 5500kg.

5 hari kemudian, Suidobashi Heavy Industries memberikan maklumbalas dengan menerima cabaran dari Megabots USA. Menurut penciptanya Kogoro Kurata, penggunaan senjata mariam tidak menyeronokan dan “Super Amerika”. Beliau mencadangkan pertarungan secara “melee combat” untuk menjadikannya lebih menarik.

“if we’re going to win this, I want to punch them to scrap and knock them down to do it.”

Kogoro Kurata

Perbandingan Antara Dua Robot Gergasi

Jelas sekali MegaBot lebih besar dan lebih berat berbanding dengan Kuratas. Walaubagaimanapun, Kurata yang lebih ringan itu menggunakan 3 tayar dan kaki yang boleh di panjangkan untuk berdiri dan bergerak dengan lebih pantas. Megabots pula menggunakan sepasang “tank-style tracks” yang lambat dan agak terhad pergerakkannya.

Kuratas boleh dipandu oleh satu orang sahaja manakala Megabots memerlukan 2 orang (seperti robot dari filem Pacific Rim). Satu untuk mengemudi dan satu untuk mengoperasikan senjata. Kedua-dua robot dilengkapi oleh meriam paintball yang boleh menembak paintball dengan kelajuan 193km/j, cukup untuk merosakkan pintu sebuah kereta.

2 Pertarungan 3 Robot Gergasi

Credit Gambar: Sama.net

Pertarungan antara dua robot pada asalnya akan berlangsung 12 bulan selepas MegaBot USA  mengumumkan cabarannya (Jun 2016)  walaubagaimanapun atas pelbagai masalah teknikal, ia ditangguh sehingga Ogos 2017 dan di tayangkan secara rasmi pada 17 Oktober yang lepas. Dua tahun selepas pengumuman yang pertama.

MegaBots Inc telah upload video berdurasi 26minit pertarungan tersebut yang memaparkan 2 perlawanan antara robot Iron Glory MKII dengan Kuratas diikuti pertarungan antara Kuratas dan Eagle Prime MKIII, versi ketiga MegaBot. Perlawanan pertama tersebut menyaksikan Kurata menang mudah dengan melanggar Iron Glory dan memberikan tumbukan “padu maut”

Perlawanan kedua Kuratas antara Eagle Prime pula menyaksikan kekalahan Kuratas di tangan Eagle Prime. Kuratas pada awalnya menembak Eagle Prime dengan meriam paintball, tetapi dihimpit Eagle Prime dan berlaku sedikit pergelutan. Kemenangan dicapai apabila Eagle Prime menggunakan senjata “chainsaw” dengan mengergaji tangan Kuratas menyebabkan pengadil menghentikan perlawanan.

Tonton video pertarungan dibawah

Pengumuman Pertarungan Dengan Monkey King Battle

Pada 29 April 2017, GreatMetal, sebuah syarikat dari China juga mencabar MegaBots Inc dengan robot gergasi keluaran mereka bernama “Monkey King”. Walaubagaimanapun, tarikh untuk pertarungan tersebut, belum lagi di tetapkan.

Ada tak cabaran robot gergasi dari Malaysia? Kalau ada pasti akan mendapat reaksi positif dan negatif. Apa-apapun kemungkinan besar robot gergasi tersebut akan dinamakan sebagai “Hang Tuah”.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.