Berita dan Info Bisnes ICT

Sebuah projek
Sebuah projek
Sebuah projek

Lukman Nul Hakim CEO BlindspotStudios, Inspirasi Anak Hasilkan Animasi Islamik

4.56K 0
Lukman Nul Hakim CEO BlindspotStudios, Inspirasi Anak Hasilkan Animasi Islamik

Semasa menimang anak pertama, hampir setiap hari lagu Twinkle-twinkle Little star dinyanyikan bersama lagu Itsy Bity Spider, Wheels On The Bus untuk menghiburkan si kecil. Sehinggakan lagu yang tidak pernah di dengari sebelum ini seperti One Little Finger boleh dihafal kerana menontonya animasinya di youtube setiap hari bersama si kecil.

Lagu nursery ryhmes tersebut diselang-selikan dengan lagu Alif Ba Ta nyanyian Upin Ipin dan lagu dari kumpulan Voices of Umi. Sebagai ibubapa yang beragama Islam, tentulah menyerapkan lagu-lagu dan alunan puji-memuji tuhan yang esa. Walubagaimanapun, kebanyakkannya berbahasa Indonesia yang sukar difahami.

Kalau nak pasang lagu Nasyid kumpulan Raihan, tidak sesuai bagi anak yang berumur 1 – 3 tahun.

Sehinggalah munculnya Alif Dan Sofia. Animasi gabungan 2D dan 3D bertemakan Islam dengan lagu-lagu yang menarik, “catchy” dan mudah untuk dihafal. Lagu yang digunakan menggunakan rentak-rentak yang biasa didengari seperti lagu Twinkle Syahadah, digubah dari lagu Twinkle Little Star. Animasinya juga menarik hati sesuai untuk kanak-kanak tidak kira apa sahaja peringkat umur. 

https://youtu.be/syBHzqJ6cmE

Ikuti temubual bersama Pengasas BlindStudio Lukman Nul Hakim Othman sorang family man dan sentiasa berfikiran positif. 

 

Sebelum anda membangunkan Blindspot, apa perniagaan yang diceburi? Boleh anda senaraikan perniagaan yang telah dijalankan (jika ada) beserta sedikit penerangan?

Bermula menceburi bidang perniagaan sejak 2003 sebagai freelance multimedia developer kemudian membuka cafe cyber & printing station pada 2005 hingga 2011. Masih menjalankan perniagaan multimedia development sepanjang tempoh tersebut dan melebarkan perniagaan kepada pembekalan peralatan komputer & system development.

Boleh terangkan serba sedikit mengenai Blindspot dan apakah perniagaan/aktiviti yang dijalankan?

Blindspot Studios adalah studio pembangunan animasi yang beroperasi di Shah Alam. Core business Blindspot adalah pembangunan animasi dan disamping itu menjalankan multimedia & animation servicing.

Apa inspirasi dan kenapa Alif dan Sofia dicipta, bagaimana ia bermula?

Idea asal Alif Sofia bermula pada 2012 ketika membesarkan anak pertama. Pada waktu itu terdapat lambakan kontent pra sekolah di YouTube. Tetapi sebagai bapa, agak sukar mendapatkan kontent berasaskan pendidikan Islam. Idea ini dibangunkan secara serius pada 2015 dan episod pertama telah disiarkan di YouTube pada Januari 2016.

Bagaimana anda memperolehi dana untuk memulakan animasi ini?

Pembangunan Alif Sofia adalah dari dana syarikat Blindspot ini sendiri. Pada tahun pertama, walaupun kos untuk membangunkan animasi ini agak tinggi tapi saya percaya kepentingan dan potensi animasi Alif Sofia. Saya cuba mendapatkan dana dari beberapa tempat tetapi gagal, setelah 1 tahun membangunkan dan menerbitkan 10 epsidod Alif Sofia dengan wang sendiri, Cradle Fund memberikan dana pembagunan kepada kami dan ini membantu menerbitkan 6 lagi episod.

Apa teknologi/perisian digunakan untuk animasi ini. Bagaimana ia dibangunkan dari storyboard hingga produk akhir?

Bagi pembangunan animasi 3D ini kami menggunakan perisian Blender. Proses pembangunan boleh dibahagi kepada 3 peringkat iaitu pra produksi yang terdidi dari konsep, skrip, rakaman, storyboard dan animatcs. Kemudian prosed pembangunan yang melibatkan proses animasi dan rendering. Akhir sekali adalah proses post produksi iaitu compositing dan audio mixing.

Image may contain: 13 people, people smiling, people standing

Gambar Dari Profil Lukman Nul Hakim

Bagaimana pula operasi belakang tadbir? Berapa ramai kakitangan untuk menyiapkan animasi tersebut?

Buat masa ini terdapat 12 kakitangan dalam seluruh operasi syarikat merangkumi animasi, grafik, pemasaran dan pengurusan.

Selain tema keagamaan, apa lagi tema yang diserapkan dan Sebagai pioneer apa trend yang yang anda lihat?
Buat masa ini kami fokus kepada tema pendidikan awal keagamaan kerana kami sedar asas pembentukan dan penerapan nilai nilai Islam adalah penting diterapkan kepada anak seawal yang boleh. Kami percaya akan lebih banyak live action content muncul di YouTube diterbitkan oleh content developer tempatan.

Bagaimana anda validate pasaran untuk animasi tersebut dan proses yang terlibat?

Semasa pembangunan awal animasi tersebut, kami tahu kesukaran untuk memasarkan produk animasi pra sekolah islamik kerana ia terdiri dari 2 perkara yang agak sukar dipasarkan kepada broadcaster iaitu kontent pra sekolah dan kontent islamik. Jadi untuk validate pasaran kami terus ke media sosial iaitu YouTube dan juga Facebook.

Kenapa menerbitkan di Youtube, apa kelebihannya berbanding saluran mainstream? Dan bagaimana anda membiayai operasi syarikat jika anda terbitkan di youtube?

Kelebihan menerbitkan di YouTube adalah kami mendapat direct feedback daripada ibubapa dan penonton mengenai kontent kami. Kami juga dapat menganalisis demografik penonton secara langsung.

Tidak dinafikan kos operasi membangunkan animasi sangat tinggi dan pendapatan dari YouTube tidak dapat menampung kos operasi tersebut. Kami mengambil projek projek kecil dan memperuntukkan sebahagian besar dari keuntungan syarikat untuk terus membangunkan animasi kami.

Image may contain: 4 people

Gambar Dari Profil Lukman Nul Hakim

Apa cabaran terbesar pernah anda hadapi sepanjang membangunkan animasi tersebut?

Cabaran terbesar adalah untuk menjadikan animasi tersebut self sustain, memang sering dikatakan bahawa pembangunan animasi terdapat banyak geran tetapi hakikatnya tidak banyak geran yang sesuai untuk kami. Malah sepanjang pembangunan animasi Alif Sofia kami menerima geran sebanyak RM 150,000 dari Cradle untuk animasi Alif Sofia, selebihnya adalah dari dana syarikat sendiri.

Sepanjang operasi Blindspot, siapa telah anda berjumpa?

Sepanjang operasi syarikat, kami sering berjumpa dengan syarikat-syarikat animasi yang telah berjaya dan mereka menjadi mentor dan penguat semangat saya untuk meneruskan usaha membangunkan animasi. Pihak seperti MDeC, MARA dan GIATMARA membantu dari segi penembusan pasaran luar, bantuan pinjaman dan juga bantuan fasiliti operasi kepada kami.

Apabila rakan-rakan / keluarga anda mengetahui bahawa anda menjalankan perniagaan tersebut, apa yang mereka katakan atau bertanya?
Alhamdulillah, rakan dan keluarga memberi galakan dan dorongan kerana mereka juga percaya kontent kami adalah kontent yang bagus.

Apa yang akan anda memberitahu orang yang berminat untuk menerbitkan animasi di youtube?

Draf secara menyeluruh pelan halatuju animasi sebelum menerbitkan animasi. Animasi adalah serius business bukan hanya menerbitkan siri. Halatuju animasi tersebut akan menggariskan kemana atau dengan siapa yang perlu kita berkerjasama.

Sumber Gambar Pressreader

Ke mana arah tuju Blindspot dan apa yang anda rasa akan berubah tentang penerbitan animasi di youtube tempoh masa lima tahun akan datang?

Kami sedang merancang untuk menerbitkan siri yang lebih panjang untuk disiarkan di televisyen tetapi itu semua masih di peringkat awal kerana kami masih menilai dan membuat market projection.

Dalam masa 5 tahun kami percaya industri hiburan termasuk animasi akan berubah dengan agak drastik. Kalau kita lihat 5 tahun yang lepas, perubahan media dari media tradisional kepada media digital amatlah laju dan memberi kesan kepada banyak industri. Berita lebih cepat dicapai melalui internet, hiburan kanak-kanak lebih banyak ditonton di YouTube. YouTube dan Netflix juga telah mula menghasilkan original series bagi menarik lebih ramai pengguna kearah kontent digital. Penerimaan YouTube Kids di Malaysia juga amat tinggi dimana penggunanya melebihi target Google dalam masa 3 bulan pertama. Tidak dinafikan mungkin didalam 5 tahun YouTube akan menggantikan free tv tradisional dan NetFlix dan Iflix menggantikan paid tv di Malaysia.

Apa lagi yang anda ingin kongsikan mengenai Blindspot atau Alif dan Sofia?

InsyaAllah Alif & Sofia akan datang dengan rekaan watak baru yang lebih menarik pada tahun hadapan. Kualiti animasi Alif & Sofia akan diperbaiki untuk menarik minat lebih ramai penonton.

Fakta menarik:

  • Sehingga kini, Alif dan Sofia mempunyai 437,000 subscriber di Youtube.
  • Pernah mendapat bimbingan dari Nizam Razak, pencipta animasi Boboboi
  • Memenangi Cabaran Pereka Harta Intelek (IPCC) pada 2013 anjuran Pertubuhan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Leave A Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.